KLIK!

Monday, October 31, 2011

Gula


This pic credit to aimanazlan

Sejauh mana kita mampu melihat sesuatu perkara yang berlaku di depan mata itu ketentuan dariNya?
Terjadi dengan izinNya
BagiNya, itu yang terbaik untuk kita
Tapi bagi kita?
Mungkin satu kesedihan
Hatta jua satu kekecewaan

Pabila sesuatu yang tak diingini dek hati terjadi
Pasti!
Cepat sekali rasanya diri ini terus melenting
Cepat benar api marah itu terus menular
Lantas sekali air mata itu turut datang menemani

Terus
Persoalan bertubi dalam diri
Di mana letaknya waras akal yang dimiliki
Di mana letaknya sabar dan redha

Sedarlah wahai diri
Bukalah pintu hati
Sampai bila hidup terus-terusan begini
Belajarlah  melihat sesuatu itu di bawah suratan takdir Illahi
Pasti hidupmu tenang dan aman setiap hari

Buruk di mata kita
Pasti baik di ‘mata’Nya

Sedih di hati kita
Mungkin akan membawa gembira dariNya

Kecewa dirasa saat ini
Pasti di turunkan rahmat dariNya esok mahupun lusa

Sabarlah
Pahit untuk seketika
Pasti akan ada  ‘gula’ yang akan dikirimkanNya untuk kita
Cuma kita tak tahu
Sama ada  'gula melaka' mahupun 'gula pasir' yang akan diturunkan olehNya
Sabarlah!
Pasti manis di penghujungnya

Sunday, October 30, 2011

Erti hidup pada memberi

Erti hidup pada memberi
tanpa mengharap
sedikit pun balasan

Erti hidup pada memberi
tidak perlu harta benda
tolak ke tepi wang dan harta
bukan itu menjadi kayu ukuran


Erti hidup pada memberi
Doa
Kasih sayang
Perhatian
itu lebih bermakna


Erti hidup pada memberi
'tangan' di atas lebih mulia
tegakah kita untuk merelakan
sampai bila hanya untuk terus menerima

Syukran
bagi mereka yang senantiasa berada di sisi
tidak kira sesak mahupun bahagia
anda harta tidak terhingga!

Friday, October 28, 2011

Indah hidup bertawakal

this pic credit to aimanazlan

Indah hidup bertawakal
Hanya yang benar-benar mengamal
Pasti tahu kemanisan!

Indah hidup bertawakal
Teguhnya diletakkan setinggi pengharapan
segenap kepercayaan
hanya pada Yang Memiliki

Indah hidup bertawakal
Tiada gusar di hati
Tiada apa perlu dibimbangi
kerna dirinya tahu
nasib diri 101% terletak pada Illahi

Indah hidup bertawakal
bukan mudah untuk dikejari
tapi ia bukan suatu illusi
mampu direalisasi
jika pandai menjaga hati

Indah hidup bertawakal
wahai hati
wahai diri
kau lebih mengerti
kau lebih memahami
perit hidup dengan 1001 persoalan yang tiada jawapan yang pasti
kembali pada Yang Hakiki
agar hidup lebih bererti!

[monolog dalaman;2pm, 28/10/2011,friday]

Wednesday, October 19, 2011

For me and also for you

"Allah menguji kita menerusi “apa” yang paling kita sayangi. Seperti Ismail yang menjadi ujian kepada ayahnya Ibrahim, justeru Ismail itulah yang paling disayangi oleh Ibrahim AS. Dalam hidup kita pasti ada “Ismail” kita yang tersendiri. Mungkin anak, mungkin isteri atau suami yang menjadi “Ismail” kita… lalu korbankanlah demi cinta kita kepada Allah. Rasa sakit diuji tidak akan sembuh secara mendadak, tetapi beransur-ansur. Teruskanlah merintih kepada Allah. Pinta dibesarkan iman untuk menghadapi ujian yang diberi..."

Jatuh hati bertimpa-timpa

Perjalanan kehidupan
Rumit
Berliku-liku
Kusut
Tak mampu di sikat bagai menyikat rambut yang kusut

Hati
Tersimpan seribu satu rahsia
tak mampu diluah
Dengan hanya kata-kata
Kadang-kadang,
Perkataan yang digunakan tak seiring sejalan dengan hati yang turut berkata-kata

Langkah kaki yang diambil
Tangan yang dihayunkan
Ekspresi muka yang diberikan
Mampu berikan makna berbeza
Dalam terus menghadapi kehidupan seharian

Argh
Mengarut sudah
Akal di kepala mengerah berfikir
Hati di dalam badan terus memujuk
Jari di keyboard sibuk menekan-nekan
Mata melihat baris-baris ayat manual yang perlu diedit

Abaikan
Pabila diri sebegini
Tidak keruan

Ya Allah
Permudahkan!

Tuesday, October 18, 2011

$$$

Same problem
Same thing
All round
Like a circle

Haisshhh
Think harder
Act wisely

Tuesday, October 11, 2011

PENANG TOUR PART 1

BUKIT BENDERA, PENANG
MENARIK!
SEJUK IF LEPAS HUJAN...
AGAK TAK SEJUK BILA PANAS=P
YANG MENARIK..
NEK TRAIN YANG SUDUT NAIK DAN TURUN 45 DEGREE
HIJAU..
DAMAI..
YES!

PERINGATAN!
SILA BAWA KAD MATRIK/KAD PELAJAR + IC BIRU YER..
THEN U GET RM4.00 FOR TRAIN TICKET...
IF NOT, 
WITHOUT KAD MATRIX=RM 8
WITHOUT BOTH = RM30!
HONESTLY,
KAT ATAS TU TAK ADE YANG MENARIK PUN...=P

 



BT FERINGGI
NICE!
BEST!
MANDI?
ERMMM....LELAKI BOLEH LA KOT...
 TENANG?
SURE, IT DO!

TO BE CONTINUE...
HEHE...
SUKE!

Thursday, October 6, 2011

i miss it~!!

rindu untuk berblogging
rindu nak bermadah kata seperti dulu kala
rindu untuk berkongsi itu ini dengan pembaca

rindu untuk membaca
rindu untuk menyelak helaian buku mencari makna
rindu untuk terus membangkitkan motivasi diri dengan permainan kata-kata

rindu untuk menghayati bait-lait lagu
rindu nak mencari lirik lagu yang diminati
rindu nak mengalunkan lirik2 yang bermakna yang mampu memberi inspirasi pada diri

itu aku suatu ketika dahulu
itu cara aku menghabiskan sisa-sisa masa yang berlalu
itulah aku di kala aku kuat untuk terus berdiri mencari hala tuju