KLIK!

Thursday, October 6, 2011

i miss it~!!

rindu untuk berblogging
rindu nak bermadah kata seperti dulu kala
rindu untuk berkongsi itu ini dengan pembaca

rindu untuk membaca
rindu untuk menyelak helaian buku mencari makna
rindu untuk terus membangkitkan motivasi diri dengan permainan kata-kata

rindu untuk menghayati bait-lait lagu
rindu nak mencari lirik lagu yang diminati
rindu nak mengalunkan lirik2 yang bermakna yang mampu memberi inspirasi pada diri

itu aku suatu ketika dahulu
itu cara aku menghabiskan sisa-sisa masa yang berlalu
itulah aku di kala aku kuat untuk terus berdiri mencari hala tuju

Thursday, September 22, 2011

tertekan terus tersesak dan pengsan

OK
tertekan
ada benda tak kat dalam dunia ni tanpa guna duit?

kete:

minyak,
duit.

tol,
duit.


makan,
duit.

toilet
pun duit!

Haish
hulur daun ke
guna recycle paper ke
tak leh ke?
bernilai gak
sapa kate tak bernilai?

huh
sesak!
pengsan!


Tuesday, September 6, 2011

4 tahun

4tahun
dihempas pulas
habis keringat dikerah
diperah sehabis-habis
akhirnya
ini kesudahannya

ajar aku untuk redha Ya Allah!
ajar aku untuk redha Ya Allah!
ajar aku untuk redha Ya Allah!

tiada scroll
tiada topi
tiada jubah
mungkin
tapi itu kemungkinan besar
tinggi peratusannya

keputusan dibuat
bukan bermakna mementingkan diri
tapi melihat pada keadaan diri
mengukur baju di badan sendiri

4 tahun berlalu
bnyak memori
suka dan duka
tiada gambar bakal tergantung
tiada jambangan bunga bakal diterima

maaf mak!
maaf abah!
maaf atuk!
aku tak mampu!

biarlah
malam ini
saat ini
ketika jari-jari ini menari di atas keyboard
air jernih itu laju membasahi

biarlah
malam ini
sedu sedan itu
rasa terkilan itu
menghantui diri

esok hari
moga KAU ajar aku untuk REDHA
moga KAU ajar aku untuk terus terSENYUM
moga KAU bimbing aku untuk terus TENANG

Wednesday, August 31, 2011

For you who read
For anyone that know me
Special for the followers
From heart to the silent readers


Friday, August 26, 2011


ke 'sana' ke 'sini'

berubah?
memang mudah!
ke arah 'atas' mahupun 'bawah'

yang payah?
mahu istiqamah
untuk terus melangkah
itu bukan mudah

sekali tergelincir
dua kali terngadah
pasti mudah mengalah
terjentik di hati,
penat dan lelah!

ah!
hidayah datang bukan hari-hari
yang mampu untuk ditelefon, disms
dalam 15 minit
datang dalam bentuk delivery mcm McD

Hati
itu tempat hidayah duduki
hati
bukan kita pemilik hakiki
Illahi
Dia yang mampu membolak-balikkan
ke 'sana' mahupun ke 'sini'

Surah Al-Imran:Ayat 8




without HIM, we are just nothing