KLIK!

Monday, September 30, 2013

=)

To whom that may concern;

from deep inside my heart, 
I pray to Him,
that He will grant you and your whole family with all the happiness in this world.

how i miss to talk, laugh and even your karaoke session.

=)

Monday, June 17, 2013

Guru Kehidupan

Setiap sesuatu yang berlaku itu dengan izin DIA.
Hanya dengan adanya izin DIA,
maka terjadilah ia.

Baik mahupun buruk sesuatu perkara,
Gembira mahupun duka sesuatu kejadian,
Pengajarannya perlu diambil kira oleh setiap orang yang terlibat,
Bukan hanya orang yang melakukan kesilapan,
Bukan hanya orang yang memperoleh kejayaan,
Tapi setiap orang yang mengetahui,
Setiap orang yang terlibat.

Oleh hal yang demikian,
Usah menunding jari!
Usah berdengki!

Bagi yang melakukan kesilapan,
Ianya satu latihan untuk merendahkan ego memohon kemaafan,
Satu peluang untuk muhasabah diri.

Bagi yang melihat atau menegur,
Ianya satu latihan bagaimana untuk memaafkan,
Satu peluang untuk belajar menerima kekurangan masing-masing.

Sudah-sudahla.
Kita masing-masing ada lebih, ada kurang.
Tak perlu nak menunding jari,
Tak perlu nak saling menyalahkan.
Tak perlu nak menunjuk kita betul dia salah,

Terima seadanya,
Beri yang sepatutnya,
Kutip pengajarannya
sebab
aku mahupun kau bukanlah SEMPURNA!

Sunday, March 31, 2013

31 March 2013

Setiap satu yang berlaku itu dengan izin Dia. 
Jika Dia membenarkan, maka terjadilah ia ke atas kita. 
Andai tawakal dan keyakinan diri itu kuat, pasti seluruh pancaindera itu redha melalui aturanNya, tanpa soal, tanpa tanya.

Telapak tangan ditadah,
Doa dipanjatkan.
Memohon apa yang diingini.
Tempoh jawapan yang diberi olehNya, mungkin cepat, mungkin lambat. 
Hanya yang sabar akan terus menerus melakukan benda yang sama tanpa jemu,

Nah!
Hari ini, untuk setakat ini,
Inilah jawapan kepada doa-doamu selama ini.
Usah menangis, usah bersedih.
Bukankah dirimu yang mendambakan jawapan DariNya.
Sudah Dia berikan jawapanNya,
Maka bersyukurlah, redhalah.
Ini yang terbaik.
Bukankah dirimu juga mengakui aturanNya yang terbaik?

Setakat ini, ketika ini,
Jawapan ini yang terbaik.
Esok lusa tulat,
kita tak tahu apa yang dirancangNya untuk kita.
Maka, bergembiralah wahai hati =)

DOA
DOA
DOA!
Itulah senjata paling hebat.
Kalah senjata terhebat di seantero dunia!





Monday, October 8, 2012

Dulu dan kini

Dulu,
kaki melangkah keluar bilik, 'release tension' katanya dek tekanan,
Merayau sambil bercerita itu ini tentang study, assignment kononnya

Tapi kini,
Masing-masing ada rumah sewa dah, ada la nak melangkah keluar ambik angin,
Cerita kini dah berubah fasa, bercerita pasal kerja
Pasal gaji, allowance, benefit itu ini.
Nak berfoya2 ngan duit yang ada, tak boleh sangat,
Perlu 'bajet' betul-betul,
Banyak hutang bulanan yang perlu dilangsai,
.
Alahai~=p

Dulu,
Keluar merayap di shopping complex naik teksi je,
Tak pun, cari la mana-mana kereta sewa yang murah,
Minyak/tambang kongsi-kongsi,
Bahagian kat shooping complex yang biasa dituju;
bahagian ladies, kasut, baju, tak pun tgk wayang,  bagi mereka yang minat menyanyi, pi la cari karaoke

Tapi kini,
Keluar merayap di shopping complex guna kereta sndiri yang dibuat loan 9 tahun.
'section' yang dituju dah bertukar dah..
Tuju- kedai emas, cari cincin tunang, cincin kahwin.
Lagi best, bila bahagian baby yng dituju. (kalau dulu, memang tidak la bahagian ini dipandang kan..)
Excited tgk kawan sendiri nak menimang cahaya mata ni

Dulu,
Selamba je ajak kawan blok/bilik lain tidur/lepak bilik kita semalam dua.
Al-maklumlah, senang nak bergossip, layan movie ke kan..

Tapi kini,
Nak ajak member lepak rumah sewa kita,
Kena cek dulu,
Ada suami ke tidak?
Mana boleh sesuka hati nk pinjam isteri orang semalam dua!
ceit!hahah

Melihatkan perubahan sebigini,
Terdetik!
Ah, 'zaman' kita dah banyak berubah
Umur semakin meningkat
Ke mana hari-hari itu dihabiskan?
Bermanfaatkah atau sebaliknya?
Sejauh mana kematangan yang ada?
Ohhh....
Soalan dah ada, pandai-pandailah sediakan jawapan kan?

Peace! (*.~)v

Friday, September 28, 2012

'Delete'&'Backspace'

Banyak perkara yang terlintas di kepala
Cuma tak mampu untuk diperkatakan satu persatu

Taip, 'backspace'
Taip, 'delete'
Taip, 'backspace'
Taip, 'delete'

Inilah yang berlaku pabila mencuba mengarang sesuatu

Alangkah bagusnya andai hidup kita juga sebegitu.
Ah!
Usah berangan wahai diri!
Itu tak mungkin akan berlaku
Berjalanlah di atas titian realiti

Sejarah itu perlu
Ada pahit
Ada manis
Telan sahaja dengan redha
Sebab sang yang melakukan, dirimu sendiri
Tiada yang memaksa
Pilihan itu seluruhnya ke atasmu

Hargai sejarah
Agar mampu mendidik diri lebih matang
Agar mampu menjadi tanda aras yang mana salah yang mana betul

(ok, sangat mengarut post kali ini. maaf, andai tiada manfaat, sila abaikan!)



Thursday, August 30, 2012

Life #1

Manusia. Jangan cepat menghukum.
Antara kita, tiada yang sempurna (Baca: zaman kita)
Kelebihan, kita raikan
Kekurangan, kita top upkan

Manusia
Bukan semua punya cara pemikiran yang sama

Manusia
Setiap dari kita punya cara hidup yang berbeza

Manusia
Tidak semua peroleh petunjuk dari Yang Maha Esa

Terdiam
Seribu persoalan menerjah


Adakah dengan bertudung labuh, berstokin, berkopiah itu memberikan kau lesen untuk menghukum?
Adakah dengan bertudung labuh, berstokin, berkopiah itu memberikan kau lampu hijau untuk memandang serong pada yang tidak?
Adakah dengan bertudung labuh, berstokin, berkopiah itu memberikan satu mandat besar untuk kau menolak segala idea/pandangan mereka yang berlainan cara  hidup denganmu?


Bukankah kelembutan hati yang dikurniakan oleh-Nya utk kau berpakaian sebegitu (baca:menutup aurat) sepatutnya kau gunakan untuk mengajak orang lain juga ke arah itu?

Bukankah orang-orang sepertimu yang sepatutnya  memimpin mereka yang mungkin agak tersasar sedikit (baca:salah simpang, tak jauh) ke jalan yang sama mencari redha Illahi?

Di mana usaha dakwah mu?

Bukankah dengan memandang serong terhadap golongan ini akan membuatkan mereka bertambah jauh dari agama fitrah lagi suci?

Bukankah dikau lebih tahu tentang Habluminnallah?
tentang Habluminannas?


Kita tiada beza
Hidayah/petunjuk itu dari Dia
Yang kita selalu ingat,
Dia yang Memberi
dan jangan lupa,
Dia juga berhak untuk tarik kembali!


[untuk pembaca berfikir dan peringatan buat yang menulis]