KLIK!

Wednesday, December 30, 2009

seOrang iBu, guRu, auntY..iTu dia baGi aku..



Entry khas buat NORA ABDULLAH..
seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata yang chomeyl2 semuanya..
Seorang makcik kepada anak-anak buahnya..
seorang guru kepada semua anak muridnya, dan salah seorangnya ialah diri ini..
seorang anak ke-6 bagi kedua ibu bapanya..
seorang isteri buat suaminya..

HAPPY BIRTHDAY!!
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN!!
30th dEceMber..today is her birthday!

she is my 2nd aunty yang leh dikatakan rapat..
she encourage me a lot to gain knowledge as much as possible..
kalau ada masalah akademik leh rujuk ngan wanita ini..
n important is, she is my "penjamin" for my scholarship!hehehe

" selamat ulang tahun kelahiran acik..!!mie doakan moga acik senantiasa diberkati di dunia dan akhirat..
diberikan kebahagian dan kesihatan yang baik dan berpanjangan..insyaAllah.."

more picture of her and her little gorgeous family!..






Tuesday, December 29, 2009

aku dan kamu




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


"TIDAK SELAMAT BAGI UMAT YANG HIDUP TANPA BERBUAT KEBAIKAN 
DAN
TAKUT MENCEGAH KEMUNGKARAN,
MAKA BALA AKAN DATANG BERTIMPA-TIMPA"


p/s~perkongsian bersama..tak sempat nak udate selalu disebabkan kekangan tanggungjawab..

Monday, December 28, 2009

SherLock HoLmes



Genre : Action/Adventure, Thriller, Adaption and Mystery
Running Time : 2 hr 9 min
Starring : Robert Downey Jr, Jude Law, Rachel McAdams, Mark Strong, Eddie Marsan
Director : Guy Ritchie



Mr. Sherlock and Dr.Watson

Synopsis :
Permulaan cerita dengan scene selamatkan seorang wanita daripada bunuh diri sendiri disebabkan jampi serapah seorang ahli sihir, Mr. Blackwood.
Mr. Blackwood ni berjaya ditangkap dan di kenakan hukuman gantung. Tetapi yang peliknya, dia dikatakan hidup semula walaupun Dr.Watson sendri telah mengesahkan kematian Mr.Blackwood selepas kene gantung.
Dr Watson ni merupakan kawan baik dengan Mr Sherlock Holmes.
Ke mana mereka pergi, pasti berdua walaupun Dr.Watson refused nak ikut. 
Secara keseluruhannya, cerita ini mengisahkan bagaimana Mr sherlock Holmes tu membuktikkan yang sihir/magik yang digunakan oleh Mr.Blackwood tu adalah trik semata-mata dengan penjelasan yang lebih logik dan masuk akal berlandaskan fakta sains.



Mr.Sherlock and Mr.Blackwood 


My comments :
i) Watak sherlock holmes so cute! sebab cara dia..  mamat ni sangat ambik berat kat dr.Watson. but then, dia tunjuk dengan cara yang berbeza dengan cara dia.
ii) Setiap penjelasan tentang ilmu sihir berpandukan sains dan fakta sangat masuk akal dan menarik.
iii) Scene apabila dia boleh berfikir dengan cepat untuk beberapa saat sebelum dia ambik tindakan, rasanya banyak mengajar. "berfikir sebelum bertindak"
iv) sound effect yang mantap. really like it..thumbs up!


My rattings :
from 5 star, i give 4 star! 
lagi satu bintang tu hilang sebab keadaan cinema yang sangat tak tenang. 
Nadey dan mr.Donald Duck nak bagi bape yer?hehehe

p/s~ thanx to Ms. Nadey and Mr.Donald Duck. Peneman yang setia menunggu 1 jam sebelum wayang bermula=D

Sunday, December 27, 2009

Survey tentang seorang kawan bagi anda..

Apakah definisi kawan bagi anda
a)Hanya peneman di kala anda suka? di kala anda huhahuha
b)Peneman bagi anda ketika duka semata2? bila sedih anda cari, da terubat sedih tu anda pergi..
c) teman untuk kedua-dua masa suka dan duka?masalah dan gembira dikongsi bersama..atau
d) teman disetiap saat suka dan duka..malah, teman yang boleh membawa anda ke arah kebaikan?

Apakah harapan anda pabila berkawan?
a) mengajar anda ke arah kebaikan atau erti kata laen kawan yang boleh mempengaruhi anda untuk menjadi yang lebih baik? atau
b) membawa anda ke arah yang songsang..?menyebabkan anda menjadi legih negatif dari asalnya..
c) saling lengkap-melengkapi..tegur-menegur di antara satu sama lain agar tidak tersasar dari jalanNya..

Apakah perasaan anda pabila rakan anda semakin jauh dari anda malah tingkahlakunya bertukar ke arah negatif?
a) Sedih dan kecewa melihat rakan anda sebegitu
b) tak rasa apa-apa..sebab hidup dia,lantak lah!
c) gembira.

p/s~tok yg rajin dan sudi,tolong erk jawab survey nie..pastu kalau xkeberatan bagi taw sekali kenapa anda pilih jawapan tu

Let me sLeep pleassee..


uwwwaaaa...nak tido...please la encik mata..sila lelap setelah pejam tu..
jangan la kedip-kedip lagi mata tu..
buka jam 6pagi nanti la..
saya suruh awak rehat, awak tak nak..
urat-urat kepala sekeliling awak tu da tegang da wahai mata!
Wahai encik otak..
sudah-sudah la fikir pasal pc, pasal separation, pasal PSM..
bawa-bawa la  rehat pulak..
kosongkan la sementara waktu..
kan esok masih ada..insyaAllah
encik mata, encik otak!
moh2 la kita tidur yer?

Saturday, December 26, 2009

Peristiwa 27 diSember/ESOK..!

Hari Ahad 27 disember adalah bersamaan dengan 10 Muharram-satu hari amat istimewa kerana:

1. Nabi Yunus a.s dikeluarkan dari perut ikan Nun
2. Allah terima taubat Nabi Adam a.s yang memakan buah khuldi
3. Nabi Idris diangkat ke syurga dengan rahmat Allah
4. Nabi Nuh selamat dari banjir besar
5. Nabi Ibrahim diselamat oleh Allah dari dibakar
6. Nabi Yaakob dapat melihat
7. Nabi Ayub sembuh dari penyakit kulit
8. Laut Merah terbelah dua,Nabi Musa terselamat,Firaun dan pengikutnya tenggelam dalam laut
9. Nabi Yusuf bebas dari penjara


Sunat melakukan:
1. Puasa
2. Sedekah kepada fakir miskin
3. Menyapu kepala anak yatim
4. Meluaskan perbelanjaan untuk keluarga…

~semoga bermanfaat~ =)

Wallahualam...

Friday, December 25, 2009

SenaNg diuNgkap taPi keihLasan paYah diberi..


assalamualaikum..hye readers sekalian..
Jika semalam hati ini berbunga riang nan gembira..
Tak semestinya hari ini perasaan itu akan bersama..
Setiap insan atas dunia ini pasti pernah memberikan kemaafan mahupun meminta kemaafan bukan?
tak kisahlah kemaafan yang diberikan itu sebab kesalahan yang kecil mahupun besar..
Kadang-kadang maaf itu senang di beri..
amat senang diungkap..
tapi keikhlasan dalam memberikan kemaafan itu tidak pasti mampu diberikan sepenuh hati..

Dato' Fadzilah Kamsah selalu berpesan dalam segmen-segmen motivasinya,
"MAAFKAN SETIAP ORANG DI SEKELILING SEBELUM KITA TIDUR SETIAP MALAM"

Nasihat yang rasanya senang diperkata tapi amat payah dilakukan seikhlas hati.
Lagi-lagi bila kesalahan itu amat menyentuh dan mempersoalkan peribadi kita.
betul, benar..ikhlaskan hati dan terima seadanya dalam memafkan seseorang sebab kita sendiri pun tidak semestinya sempurna dan tidak akan lari dari melakukan kesilapan.

Tapi adakah kita mampu memaafkan orang yang tak pernah mengaku itu adalah kesalahannya malah terus-menerus melakukan kesilapan itu sehingga melukakan perasaan orang lain?

Thursday, December 24, 2009

CANDID PHOTO CONTEST

Salam bahagia...(hati ngah bahagia nie!hehe)
first time/pertama kali menyertai contest di blog..
CANDID PHOTO CONTEST dianjurkan di http://aku-halim.blogspot.com/
menang kalah belakang cite..
hehehe
and the candid photo is..
tarikh gambar diambil : 14 disember 2008
Sebab candid : ada orang tak tahu apa itu cat pelaka! tengah gelak kan tuan punya badan la ni..bukan saya ye..
sweet kan photo nie??mmg gelak "penuh keikhlasan"!

KArangan UPSR terHeBAT dalam seJarah

soalan: tulis sebuah kerangan yang bertajuk "kejadian paling menakutkan pernah saya saksikan"
(amaran!entry ini hanya untuk umur 12 tahun ke atas dan kepada orang yang sabar membaca ekoran ianya panjang berjela)

nama: abu bin bakar
kelas: 6 anggur
kejadian paling menakutkan pernah saya saksikan.
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu.

Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer.

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.

Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kejadian paling menakutkan yang pernah saya saksikan sebelum saya mati.

Wednesday, December 23, 2009

Lelaki siLa jawab pertaNyaaN ini,pleasseee...

pertanyaan dan persoalan yang sering berada di kepala miera..

KeNapa lelaki susah sangat nak mengaku yang dia ada girlfriend/makwe atau pun wanita yang sudah pun berada di lubuh hatinya?

i mean wanita yang sering dia berikan harapan..

tapi bila di tanya, mesti dinafikan..

kenapa ya?

The WorLd with rainboWs c0Lors

HIDUP INI SEINDAH PELANGI..

SETIAP WARNA MEMBERI MAKNA TERSEMBUNYI..

WALAUPUN BUKAN SENANTIASA PELANGI MENEMANI..

SESEKALI IA DATANG MEMBAWA DUKA DAN LARA PERGI..












The World With Rainbow Colors
The World With Rainbow Colors 36 images...



...

tanda pengaKhiran ZaMan

Di antara tanda kita di akhir zaman...

Setahun dirasakan sebulan,

Sebulan dirasakan seminggu,

Seminggu dirasakan sehari,

Sehari dirasakan sejam,

Sejam dirasakan seminit,

dan Seminit dirasakan sesaat..

Daripada Riwayat Tarmizi..

Tuesday, December 22, 2009

A sPeciaL tHanKs

ALhamdulillah..

syukur nikmat Allah..

Sesugguhnya Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Thank you Allah..

Thank you mak abah..

Thank You Encik Nurhisham Hashim a.k.a pak cik Sam...

Thank you Mr.Donald Duck...

Thank You Nadey..

Thank you bloggers sekalian..

atas tunjuk ajar yang tak pernah jemu, sokongan, dorongan,
perkongsian cerita pahit dan manis, kritikan dan kutukan yang membina
dan doa yang dipanjatkan...

Akhirnya, selepas dua kali ujian JPJ..

permohonan memiliki lesen kederaan kelas D diluluskan..

bertambah la lagi seorang pengguna jalan raya membawa kereta menyesakkan lagi jalan raya!

SMILE is SENYUM

Hidup di dunia,
Ianya singkat malah sementara..
Penuh warna-warni di mana kita yang mencoraknya..

Setiap langkah memberi makna..
hitam putih,hijau kuning pelbagai warna..
hadapilah dengan hati yang terbuka..
Senyum dan redha penghias jiwa..
agar hidup lebih bermakna!

Monday, December 21, 2009

BagaiMana maHu memiKat haTi peGawai JPJ?

Bagaimana mahu memikat hati pegawai JPJ??
tersengih bila buat entry ni..=P
entry ni bukan la entry yang ada senarai cara-caranya ye!
hehehehe

kepada yang sudi membaca entry2 miera semula ni..
pasti tahu yang miera akan mengambil Re-Test JPJ pada esok hari!
wawawawa...
gerun ngan pakcik-pakcik/abang-abang JPJ!
tak reti nak senyum agaknya mereka ni..=P

so, readers...
doakan miera lulus test JPJ sok ye..
kene re-do part 2 yang ada bukit, parking dan 3 penjuru.
Moga perjalanan esok hari dipermudahkan bagi miera..
btw, sok lepas test..
terus pulang ke JB!
UTM,wait for me! n assignment to=D

PeneRokAan GenTing Kota KeriAngan

Date ; 20th DeCember 2009
Place : Genting Highlands
Participants : 14 people that mostly SPKG5 members

back in Malay languange!hahaha

Kalau teringin/berhajat pergi ke sana..
sila lah beli tiket awal-awal ye..lagi2 musim cuti sekolah ni..memang payah nak dapat tiket.
harga tiket rm35..bayaran ini termasuk sekali bas pergi balik,skyride pergi balik dan segala bagai permainan dalam tu..
Kalau ikut logik akal, memang tak sempat nak main semua permainan!
Keadaan semasa nak naik skyride/gondola terpanjang di asia..
sejam jugak la beratur..tapi, yang penting tanamkan kesabaran yang tinggi ye kawan-kawan=P
ha...masa kami tiba!!inilah rupenye gondola tu..
Gambar di bawah merupakan gambaran dari dalam gondola..kat luar tu kabus tebal giLE!!
kat dalam, da terasa tempias hujan rintik2 tambah lak ngan kesejukan kabus..
waa....sejuk2
nampak apa-apa dalam gambar nie??
Kabus tebal!!!rugi tak bawa sweather time ni..
naseb baek ada member yang bawa sweather,so apa lagi, kebas n pakai la kan..
kredit to nasz!
untuk pengetahuan semua, miera bawa sekali adik miera..
saja nak ajak dia jalan-jalan sekali..
1st game kami main, SPINNER..
muka-muka tgh beratur tunggu giliran..
mase nie tak ramai lagi..
ni lah rupenye game spinner nie..
dan kini..giliran kami pula!
abg kamal@takwaman yang tersengih manjang..
NexT!!
Grand Prix Fun Kart..
ala2 go-kart gitu..tapi rasenye paling tinggi pun kelajuannya,20km/j je..
therd game : Corkscrew aka roller-coster
mase ni, miera tutup mata dan mulut diam seribu bahasa..
waaaaa...takut!kecut perut wo..

Space sHot! the best game ever
naek tinggi-tinggi secara perlahan-lahan, selepas 10 saat,
turun dengan mendadak!
mmg punggung tak cecah seat!
petua nak kurang takut: masa turun mendadak tu, sila tahan nafas anda!hahaha
Rupe kanak-kanak SPKG5 tahan ke'nervous'an
dah maen bnyak2,jerit banyak2..
perut pun nk menjerit gak minta diisi...
tapi..tengoklah hargnya, adakah berpatutan?

disebabkan perut nak jugak mintak diisi, maka dengan separuh rela hati mengeluarkan note2 kertas di dalam beg kecil..
lapar punya pasal kan..
Moral of the story~sila bawa bekalan penuh satu beg galas anda ye?

Pose sebentar di bas restoran merah..walaupun xmakan di situ,
tapi kami tetap nak bergamabar!
sooo nice!
Macam kat korea x? sejuk dah sejuk..
kabus tebal pun ada kat belakang tu..
xyah gi jauh2 nak merasa sejuk-sejuk camnie..gi je genting musim hujan..
confirm rase!ahaks~
itu saje perkongsian di kala ini..
pape pertanyaan tentang trip ke Genting Highlands, boleh tanya kat ruangan "bebelan anda" ye?

Saturday, December 19, 2009

H0sTeL vs HoMe

There are a lot of different between life in hostel and life in your own home..
At hostel, u have your friends but at home, u have your own family..
At hostel, u have to pay 100% attention on your study.. your goal there,
GET A BETTER RESULT AS U CAN!
But, at home, LIVE HAPPY EVER AFTER...hahah

For this entry, i want to share about what stuff make the 2 places are quite different for me..
There here go..

At HOME..u will have this..

1. REfrigeraTor
anytime, anyminute..u can have a cold drink here..No energy needed to be here..only take a few step..and most important no need to go to any cafe to get syrup!!
2. Television
Of coz,your room in your hostel, didnt have this..if not, u will be looking at it 24/7 ryte?

3. a CaR
The best things to have it!eventhough i didnt have any license yet, but at home i have my own driver!hahaha..so, i can go anywhere like windows shopping perhaps=P



ObviousLy, at your HOSTEL u will have a comfortable environment to study..
ur books just infront of ur eyes..
Just grab it if u needed one..
but in home?hard to get ryte?


BUT then...anywhere i go..home or hostel..i will have it (LAPTOP+BROADBAND) with me..
cannot leave it anywhere..or else, i will be like person "hilang arah"!
hehehe..just joking..

so, you guys? any different between 2 this places that affected u most?
my plessure if u wanna to share with me..=D

7 Kalimah Cinta

Assalamuailaikum wbt..

Sabda Rasululllah s.a.w
"Barangsiapa yang mengamal tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahhirrahmannirahim : ketika setiap kali hendak melakukan sesuatu

2. Alhamdulillah : Ketika setiap kali selesai melakukan sesuatu

3. Astagfirrullah : Ketika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk

4. InsyaAllah : Ketika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang

5. Laahaulawalaquataillahbillah : Pabila tidak dapat melakukan sesuatu yang berat atau melihat sesuatu yang buruk

6. Innalillah : Jika menghadapi musibah atau melihat kematian

7. LaailaahaillAllah : Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkan selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Wallahulam..perkongsian dan peringatan kita bersama terutamanya buat diri sendri yang alpa~

Friday, December 18, 2009

BapAk bOreK anaK rintiK

Pasti kalian semua sinonim dengan peribahasa ini kan? Peribahasa yang mengisahkan tentang sifat mahupun sikap yang diturunkan oleh kedua orang tua kepada anak-anaknya. Tapi bagi miera, perkataan "bapak" boleh merujuk kepada golongan yang lebih tua,tidak kiralah ada pertalian darah mahupun tidak dan "anak" itu pula merujuk kepada golongan yang lebih muda.

Kadang-kadang bila melihat keadaan sekeliling, melihat setiap pergerakan dan pertuturan golongan yang lebih tua membuatkan miera berfikir panjang. Ada yang cakap tak serupa bikin pun ada. Kata golongan yang lebih tua ni, kene menghormati ibu bapa, mak ayah. Jaga hati mereka walau sehebat mana pun anda suatu hari nanti. Tapi akhirnya, tuan punya badan yang menasihati yang tak mengamalkannya.Ini cerita benar ye, bukan lah cerita yang direka semata-mata.

Ada yang suruh anak-anak muda nie solat/sembahyang/mengaji itu ini bagai. Tapi?? diri sendri?? haram nak menjaga!

entahlah..benar, ingat-mengingati itu dituntut. Tapi mengingati diri sendiri itu lebih penting rasanya. Nak membetulkan orang lain, kene betulkan diri sendiri dulu bukan? dan sememangnya setiap insan tidak sempurna, tapi kita perlu berubah untuk penambahbaikkan bukan? bukan hanya kereta mahupun rumah je perlu di renovate, diri sendri pun kene juga..

Macam mana agaknya anak-anak muda nak berubah kalau contoh depan mata pun buruk-buruk belaka? so, tidak hairanlah kalau anak-anak muda ini melawan cakap/kurang ajar dengan ibu bapa sendiri, jiKalau si ibu bapa pun melakukan perkara kurang ajar dengan mak bapak mereka kan?! Allah itu Maha Adil..bila kita buat kat orang, suatu hari kita pasti kita kene balik.. (arrrghhh,ayat da berbelot-belit..faham ke?)

p/s ~ yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan=D

Thursday, December 17, 2009

WaRNa-WarNi dUniA bLogGinG


SELamAT PaGi daN sALam keCerIaan buat seMua BLogGer maHupun siLenT reAders TanPa bLog..MoGa haRi ini MemBawa seriBu keCeriAn..

DunIa bLogginG seMakiN beRkeMbang deNgan adanya bLOg barU yaNg diDaftaRkan seTiap haRi tanpa kita seDari yang kini PenuH deNgan warNa-waRni seAkan peLangi..






SetiAp insan MempunYai penDapat YaNg berLainan DarI kaCa maTa YanG berLainan...BLog merUpakan suatu mediUm diMana KitA daPat berkOngsi ILmu mahuPun
pAnDangAn..Dari situ, Kita daPat bUka mAta , BuKa pintu HaTi tenTang sesUatu peRkara yAnG dibanGkitkaN Oleh penuLis BLog terSebut..




JiKa duLu, Kita hanya daPat mengEtahui update-upDate terbaru darI blog lisT di Dashboard aKaun kiTa..Tapi tIdak kini..

GENGBLOGGER..suaTu meKanisMe mahuPun kaeDah MuDah unTuk kIta menGetaHui entRy terbaru di dUnia bLoggIng..seTiap miniT, pasTi ada enTry terBaru..TErPulaNg kepaDa indiVidu unTuk meMiLih sALah saTu..


unTuk menYerTai haNya muDah..DafTar, LogIn daN piNg! beberapa saat kemudiAn, TaaDDDAaaa...pasti entry terBaru anda akAn kelihaTan di sAna..
PastInya andA akan gemBira apaBiLa entry anDa dibAca oLeh insaN laiN bukAn?aPatah Lagi aDa resPon untUk entRy anda?!

so, APa tuNggU Lagi..DafTarLah unTuk kiTa saMa-saMa berkOngsi pengALaman mahupun panDangaN.. http://gengblogger.com/