KLIK!

Showing posts with label ShaRinG is CaRinG. Show all posts
Showing posts with label ShaRinG is CaRinG. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

jimat di 'sini', rugi di 'sana'

situasi pertama:
si lelaki ada motor, si wanita ada kereta.
pendek cerita, pasangan kekasih.
Jika keluar, pasti motor yang menjadi pilihan, kereta ditinggalkan.
sebab?
JIMAT duit minyak, duit tol pun tak perlu bayar..tapi.
RUGI di "sana", pabila buku amalan yang diberi daripada belah kiri lebih BERAT dari yang kanan

situasi kedua:
JIMAT kain nak guna apabila buat baju, buat tudung.
tak payah kain panjang-panjang
sikit cukup, harga pun MURAH..
tak perlu tebal-tebal, harga akan rendah
eh, JIMAT lagi di situ!
alahai...sedihnya hati...
kita RUGI di sana, pabila kitab amalan dari sebelah kanan amat nipis sekali..
manakan tidak, solat pun tak diterima akibat JIMATnya kita di sini

situasi ketiga:
buku enggan dibaca,enggan dibeli
kan bagus dipenuhi dengan movie@tidur semata2..
beli baju beli aksesori itu ini
boleh rehatkan minda, hobi itu dituruti..
JIMAT masa kita, jimat tenaga diguna..
eh, mampu ke jawab bila di tanya apa yang kita buat semasa adanya masa?
boleh ke bina jawapan yang utuh  bila di tanya apa ibadah tambahan semasa hayat di kandung badan?
alahai...RUGInya wahai diri..
pabila jawapan itu mampu kita beri, tapi disia-siakan pabila dah terlalu JIMAT dahulu hari

Monday, January 17, 2011

Rebut 5 perkara sebelum 5 perkara

Hadis Nabi ada mengatakan.. Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara..

MUDA sebelum tua,
SIHAT sebelum sakit,
LAPANG sebelum sempit,
KAYA sebelum miskin,
HIDUP sebelum mati.

Tapi, sejauh mana kita benar-benar memahami? 
sejauh mana kita menghayati? 
atau sekadar tahu seadanya? 
wallahulam.
hanya Allah dan si empunya diri yang benar mengetahui..

Kalau benar-benar kita menghayati
Mengapa ada masa senggang yang kita katakan BOSAN?
Kalau benar-benar kita memahami
Mengapa ada ketika yang kita katakan kita TAK CUKUP MASA untuk menuntut ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah?

Kalau benar kita ikuti 
Mengapa ada masa kita yang diisi dengan aktiviti LAGHA yang TIDAK ADA FAEDAHnya?

Kalau benar kita menyedari,
Mengapa ada ketika kita mengadu yang kita tidak kecukupan wang? 
sedangkan kita mampu untuk berjimat cermat ketika KAYA dan dapat digunakan ketika MISKIN?


Kalau benar hati ini mengakui,
Mengapa ada ketika kita mengatakan kita malu untuk menuntut ilmu asas membaca al-Quran ketika umur melanjut TUA?
sedangkan di waktu MUDA kita sia-siakan?

Sudah bersediakah kita dengan skrip jawapan tentang amal yang dilakukan semasa HIDUP yang pasti akan ditanya sesudah bangkitnya kita sesudah MATI??


Tuesday, December 28, 2010

DVD, VCD or CD?

Life is not like a DVD
not a VCD,
not a CD!

Life could not be rewind,
there is no such button like play, stop, pause, etc
there is no button u can push
there is no button u can control

Life keep going
It could not be stop as u wish
U have to face it no matter what
U have 1001 choices in your hand throughout your life

Your choice, You choose!

Live well or live hell?
You choose!

Monday, December 27, 2010

Denyut Kasih Medik



Denyut Kasih Medik hasil karya Dr. Farhan Hadi
Gaya penulisan yang agak biasa-biasa
Menyingkap kehidupan seorang doktor HO
Sambil menyebarkan syiar Illahi

Bukan sahaja sesuai di baca oleh si doktor di luar sana
Bahkan orang-orang kebiasaan juga mampu peroleh kesan yang sama
Walaupun ayat yang digunakan simple dan ringkas bersahaja
Namun, di dalamnya banyak tersisip nota-nota ilmiah dan isu-isu semasa

Bukanlah ianya sekadar kehidupan doktor sehari-hari
Bukan sahaja sakit fizikal sahaja yang cuba ditangani
Namun sakit rohani itu yang cuba didekati
Kepada Sang Pencipta jua diletakkan pergantungan si hati

p/s~maaf, ayat yang kurang menarik dan tunggang terbalik

Sunday, December 26, 2010

from Him, to Him

Dua tahun yang lalu
Si ayah meninggalkannya
Sedang aktif bermain badminton
Nyawanya ditarik
Sudah tertulis ajalnya di saat itu dan di ketika itu

Dan hari ini
Ketika dirinya berumur 15 tahun
Si anak kehilangan si ibu
Pendarahan otak di kepala
Menjadi salah satu musabab nyawa si ibu ditarik
Tapi ia hanya satu alasan,
Alasan untuk Si Pemlik nyawa mengambilnya
Sebab Dia adalah pemilik mutlak!

Moga si anak tabah menghadapi hari mendatang
Moga si anak dapat melihat musibah yang menimpa dari suatu sudut orang yang beriman, beragama
Moga si anak mampu berdiri setelah terjelepuk jatuh terduduk di bumi, walau bermula dengan bertatih cuma
Moga si anak menjadi yang solehah kerana doa anak yang solehah itu bekalan si ibu dan si bapa di sana

p/s~ tak terjangka dek hati
tak terjangka dek diri
mampukah kita berdiri
andai kata ianya terjadi pada batang hidung sendiri

"Daripada Allah kita datang, dan kepada Dia juga kita kembali"

Monday, December 6, 2010

mari membunuh masa!

Mari membunuh masa dengan perkara berfaedah!!
hoho
like it!

perjalanan tak dirancang
main serbu je
mane terlintas dek kepala,
pergi aje..

plan asal: cari tudung di kompleks PKNS,
mahu paw duit orng yang sudah bergaji 
memang dapat la kedua2..
 1st time makan beef steak kat secret recipe..
ni pun sebab orang belanje..
suke2!=)
moga dimurahkan rezeki orang itu...aminn

Next location,
Bukit Cahaya @ Bukit Cerakah, Shah Alam
Tarikh: 5th December 2010
Masa: 3.15 - 5.30pm

2nd time makcik datang sini since tahun 2000 dolu-dolu
best! sebab leh cycling!
syiok ooooo..
kuah peluh manyak2
naek bukit, turun bukit
tak larat kayuh,
turun aje, then tolaklah!
ha.ha.ha
basikal leh sewa ye makcik-pakcik
sejam pertama, RM 5.00
sejam kedua dan seterusnya, RM 1.00
waa...makcik suke cycling!!

dan gambar di bawah untuk tatapan anda semua..miahaha

 ok, makcik tahu
pasti ada yang tak kenal
apa itu kuda
dan, inilah dia KUDA!!!
dan ini adalah rumah 4 musim
time makcik datang
musim sejuk ye makcik pakcik
even gambar tak clear,
layan je la....

Saturday, October 2, 2010

Mak, Abah..TQ!!

Budak kecik: "Mak, ampu-ampu!" (sambil menunjuk-nunjuk ke arah lampu yang berwarna-warni)
Si Mak: "Iye, lampu tu"


Situasi ini berlaku 18 tahun dahulu, ketika budak kecik itu berumur 4 tahun. Ketika itu, mereka sedang bersiar-siar menaiki motorsikal di perkarangan jalan parlimen di malam hari.

Aiyoo....
Ketika mak abah bercerita tentang itu,
Bercerita di depan wan ngan busu pulak tu,
Membuatkan CK senyum tersipu2 ayu!
haha

Kalau suruh flashback time umur 5tahun ke bawah,
Ampun maaf, memang CK tak mampu nk rewind, n play back!

Dah besar,
22tahun!
aiyoo!~
sok lusa, semalam tulat, still menyusahkan mak abah!
Ceit!

Saturday, September 25, 2010

Untuk kamu yang aku kenali

"Ya Allah, kumohon dipermudahkan urusan kami.."

Minggu yang baru di lalui mahupun minggu yang bakal diharungi...
Bagi mereka yg aku kenali,
ia merupakan minggu yang agar sukar dilalui dan diharungi!

PSM/FYP,dengan experiment  yang tak menjadi,
Ditambah pula dgn due date yang aci suka main kejar-mengejari,
memang cukup menyesakkan kepala sehingga menggigit jari!

Bagi yang baru sahaja diarahkan untuk submit proposal untuk dilulusi,
ditolak direject diteguri,
memang suatu berita yang amat mendukacitakan si hati!

Yang ditarik nikmat kesihatan yang baik sehari-hari,
diuji dengan kesakitan dan kedukaan si diri,
sesak dan risau confirm2 duk bersila dlm hati!

pick pocket nama diberi
hilang segala bagai kad dan segala maklumat yang penting untuk si diri!
hinggakan terpaksa pulang ke rumah yg beribu batu semata2 nk  dikembalikan semua yang bukan di lagi digenggami..
Duit/wang yang berangka-angka memang confirm kene sapu sekali
Penat badan dan juga penat hati!

Test dan ujian bakal diduduki,
buku tebal berinci-inci minta ditemani,
korban tidur, korban kehendak hati,
Agar tak menyesal di kemudian hari.

Bagi yang berprogram berhari-hari,
Pasti hati menjerit-jerit mahu ia berjalan seperti yg diingini!

p/s~Semua kisah di atas CK kumpul dari orang disekeliling mahupun diri ini sendri..baik sahabat, keluarga mahupun yang disayangi..

Untuk kamu yang aku kenali,
"terimalah dengan hati yang terbuka dan tanpa soal dihati,
tapi aku cukup mengetahui,
melaluinya sendiri mungkin tak mampu diri ini harungi!

Namun,
ketahuilah, yang setiap masalah mahupun halangan yang anda lalui,
memang tercipta untuk anda harungi,
kerana si DIA tahu yang anda mampu untuk terus BERDIRI!!!"

Friday, September 24, 2010

not good..not good!

Teringin...terasa..mengidam...nk marah..
errrrrrrrr...
not good..not good...
not a gud feeling to feel!

ok!
d best solution is,
Jom cry-cry!
tak susahkan sape-sape kan?

its remind me of 'umi' advice.
sometimes crying is the best way to let it out!
wokeyh 'umi'!!
i'm practising it now..
LOL

Thursday, September 23, 2010

bulat kecik, bulat besar

Bulat kecik bulat besar,
nak kata telur ikan, bukan, telur katak pun bukan!
bila synthesis memang mengharap besar,
agar tak jadi bentuk bukan-bukan!
 (sengal!)

finally!
dapat gak bentuk bulat-bulat ni..
even tak sama saiz..
tapi, xkira!
cik kotak bersyukur gegila!!
sebab nak wat bende ni, kena "empangan pecah" dulu kot!

p/s: sila teka, apakah dimaksudkan dengan 'empangan pecah'??

Tuesday, May 25, 2010

syukur dan redha seadanya...~

Dah lama xupdate..Quite long time right? rindu rasanya sama ini blog! bt, what can i do..ada idea, tapi tak ada masa yang boleh dicuri (alasan semata-mata~)

bila baca status kawan2 kat FB, rasa sgt cemburu pabila mereka berpeluang gi kilang2 yg mmg padan ngan kos masing2...escpecially, my coursemate...masuk plant yg real plant as an chemical engineer..ade yg siap leh apply major subject in their LI..

bt CK? in pharmaceuticals area, not much that i can apply that totally relate with my course.. yang ade pun maybe a boiler dan freeze drier tu je...

boiler house tu pun just the small one..real pictures as below k?



Even though my place is not to big or its name is not a well-known factory..but, i try to  absorb all those knowledge from my sv.. UTM graduates in mechanical engineering, he must have a lot of experiences and knowledge rite? so, I will ask everything including the one that are not related with my course..miahahaha..ketamakan terserlah di situ..

Thursday, April 15, 2010

A Precious Words~


Kami tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dariada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


al-Baqarah:286





Narrated from Anas: Rasulullah bersabda;
"None of you should long for death because of a calamity that had befalled him; and if he cannot, but long for death, the berdoalah,

"Ya Allah, let me live as long as life is better for me, and take my life if death is better for me."

Sahih Bukhari

Saturday, April 10, 2010

Its MiXed

JATUH CINTA ATAU JATUH LUBANG?


Thanks to Ms. M di atas sumbangan tajuk di atas.. Ayat yang terlintas di kotak fikiran pabila ternampak lubang saluran paip dalam perjalanan pulang dari kelas semalam. Tema perbualan antara Ms. M adalah mengenai perasaan hati dan jiwanya..Kira kisah jatuh cintan la..Happy to hear it from her..=) Suddenly, ternampak lubang kat depan..so, jadilah tajuk seperti di atas..

Kesimpulan yang boleh diambil daripada perbualan tersebut.."nak jatuh cinta boleh. tak salah..malah itu adalah lumrah hidup, Allah menggalakkan umatnya berkasih sayang tapi berlandaskan syariatNya..tapi...perlu diingatkan, kadang-kadang apa yang kita sayang, kita kasih tak semestinya akan menjadi milik kita..Senang cerita, jangan terlampau mengharap atau jangan letakkan pengharapan yang tinggi...takut nanti, dari jatuh cinta terus jatuh lubang!" *peringatan untuk diri CK jua*


Semakin Banyak Yang diTimba Semakin Dekat Kita Dengan-Nya

Yang ni, CK dapat simpulkan bila berada di dalam "study week"..Memang banyak yang perlu dibelajar, yang perlu dihafal dan difahami. Kadang-kadang, terlintas kat otak CK, kenapa apa yang CK pelajari ni tak dapat membuka mata hati dan akal fikiran CK untuk melihat keagungan dan kebesaran penciptaNya?

Sepatutnya, bila semakin banyak yang kita kaji, kita dapat melihat kekuasaan Allah. Tapi CK? hmmm...betullah, hidayah dan petunjuk itu milik ALLAH, dan sesungguhnya CK masih lagi tercari-cari..hmmmm....





Thursday, April 8, 2010

Untittle~

"Allah protects those spreading Love through His Glory.
Where are those who love one another through My Glory?
Today I shall give them shade in My shade, it being a day when there is no shade but My shade."

It was related by al-Bukhari (also by Malik)

Monday, April 5, 2010

A dream


A dream..

Boleh jadi it's something yang kita nak tapi takkan dicapai..
suatu mimpi....,
suatu ilusi...

atau

suatu impian yang kita nak fulfill,
come hell or high water,
yang boleh menjadikannya ia realiti..



Rooftop Rant by Hlovate

Sunday, March 28, 2010

Sometimes~


Sometimes its bright, sometimes its too dark..
Sometimes its colorful, sometimes its just dull..
Sometimes its up, sometimes its down..
Sometimes its laugh, sometimes its cried..
Sometimes its successful, sometimes its didn't..
Sometimes its good, sometimes its bad..

"its" life..
We will never facing the same situation throughout our life..
Its must be a changes..
No changes, meaning there is no life..
So, If we love to live in a life, we need to learn how to love changes in our own life!

p/s~ sorry, cik kotak dah start merapu..Tetiba boleh pulak *terbuat* ayat sebegini..hope kalian will enjoy it..kalau tak faham, boleh je pretend faham..its doesnt matter with me=D
*cik kotak perasan sendiri, macam ada je yang nak baca blog ni..hehe*

(pelik la post kali ni, settings pic small je, bila kuar jadi besar satu alam! papepun..credit to makcik photobucket atas pic diatas..)

Saturday, March 20, 2010

Dunia dan Kegembiraan

Dunia ini untuk kegembiraan,
akan tetapi kegembiraan itu dibungkus dengan kesusahan.

Dunia jambatan yang tidak kekal,
untuk dilalui ke negeri yang Baqa'

By Hukamak

Saturday, March 13, 2010

Di antara 5 dari 30...

Salam..
di bawah adalah di antara 5 senarai..
senarai 30 SAAT TERINDAH DALAM PERSAHABATAN
(di copy dan ditaip semula dari majalah REMAJA-1 feb 2010)


Saat 1~ Apabila kamu dalam kesusahan, sahabatmu sentiasa setia di sisi mendengar luahan kamu tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bosan.

Saat ke-3~Satu kebiasaan kamu mendapat hadiah hari jadi sahabatmu setiap kali hari jadi kamu namun satu yang luar biasa dan paling indah apabila sahabatmu tiba-tiba sahaja memberikan kamu hadiah tanpa sebarang sebab.

Saat ke-4~ Sememangnya indah apabila sahabatmu mengucapkan perkataan terima kasih kerana kamu sudi jadi sahabatnya yang paling baik.

Saat ke-10~ Kamu dan sahabatmu berjaya menyelesaikan perselisihan yang berlaku dan perselisihan tersebut menjadikan persahabatan kamu berdua makin akrab dan lebih mengenali antara satu sama lain.

Saat ke-25~ Palimg terharu apabila sahabatmu membetulkan kesilapan kamu kerana kamu tahu dia lakukannya kerana sentiasa mahukan yang terbaik untukmu.

Bagi cik kotak..
pasti bahagia kan pabila kita mampu merasai & memperoleh saat-saat di atas..? Tak mustahil untuk berlaku..Tapi perlu diingat, sebelum nak sahabat kita buat untuk kita,kita terlebih dahulu buat macam tu..lumrah hidup..

cik kotak nak tambah sikit,

sahabat yang baik tidak akan menjatuhkan maruah/menggelakkan sahabatnya di depan orang lain, terutamanya orang yang tidak dikenali..
Tetapi, sebaliknya..sahabat yang baik pasti akan sedaya upaya menjaga maruah sahabatnya yang lain..

Wednesday, February 17, 2010