KLIK!

Showing posts with label monolog daLaman. Show all posts
Showing posts with label monolog daLaman. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Hei kamu [part II]


Katakanlah,"Tidak sekali-kali akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah,orang-orang yang beriman harus bertawakal"~(at-Taubah:51)

Ya, dah tertulis
dah terang, tak perlu bersuluh!
apa yang berlaku ke atas kamu itu atas ketetapan Allah!

Usah mengeluh
Usah berputus asa
DIA pasti tahu apa yang terbaik untuk kamu!

For indeed, with hardship [will be] ease.Indeed, with hardship [will be] ease. (94:5-6)
Ish, kamu!
dah tahu kan ada ayat ni?
faham kan?
mengapa pelu bersusah hati?
itu janjiNYA!
have a faith!

p/s~ untuk sahabat itu, thanx a lot!
it really helps!
thanx for  time!
thanx for lend ur ears!
thanx for that too~!
let Allah repay u by making ur dream comes true..aminnnnn!
may that opportunity belongs to u!

Friday, June 10, 2011

Hei Kamu!

Hei kamu!
Apa guna hidup sebagai seorang anak kalau tak mampu nak membantu mak abah kat umah?

Hei kamu!
Apa guna umur dah 20-an tapi tak mampu menghulur sedikit ketika mereka terdesak?

Hei kamu!
apa guna title anak sulong kl sedikit pun kamu tak mampu nak jalankan tanggungjawab itu?

Hei kamu!
tak ada belas kasihankah kamu terhadap mereka bekerja siang malam mencari sesuap nasi sehingga kesihatan badan mereka sendiri mereka abaikan???

Hei kamu!
cukup bijakkah keputusan yang kamu ambil tu?

Hei kamu!
tidakkah kamu terfikir keputusan yang kamu ambil itu hanya mementingkan diri sendiri?

Hei kamu!
sudah-sudahlah
bertindaklah mengikut akal yang waras berlandaskan iman!
fikirkan jalan untuk menyelesaikan!
bukan hanya sekadar air mata semata-mata
bukan hanya sekadar doa yang kau tititpkan!
bertindaklah!
cari penyelesaian!

(dari saya untuk aku!)

Friday, June 3, 2011

ini penghargaan buat kamu

bermula!
bermulanya episod baru..
umur pun baru..
bersama semangat baru!
mungkinkah berkekalan? 
insyaAllah,akan cuba kekalkan hingga ianya berada di genggaman!

keputusan dibuat,
usah lagi menoleh ke belakang
teruskan langkah! 
ya! teruskan ayunan kaki itu!

1001 cerita, 1001 kenangan!
thank u!
terima kasih buat anda semua yang mengenali
mewarnai setiap saat hidup ini!


khas buat adik2, rakan seperjuangan, abg2, kakak2 dan 'kamu' yang kukenali di KMPk


buat kakak2 senior di lab a.k.a housemate ku kini


mak abah, family 

dan buat arwah wan khususnya,

kalian membuatkan diri ini lebih bersemangat untuk kaki ini meneruskan perjuangan di atas bumi milik Allah~!

AGAIN, MILLION OF THANK YOU!

Monday, April 18, 2011

Buat 3 insan yang berada di sisi

buat insan-insan yang melengkapi kehidupan sehari-hari,
tanpa kalian,
tiadalah warna-warni kehidupanku di sini,
thank u Allah,  memberi peluang untuk adanya kalian di sisi..

untuk 'kamu',
Moga  tabah dalam menghadapi kehidupan sehari-hari,
Moga sakit yang Allah beri, menjadi kaffarah dosa lalu,
Sungguh, sayu hati ini tatkala mndengar 'kamu' meluah rasa yang ditanggungi,
Jasamu tak terhingga sehingga aku mampu berdiri di sini!
"Ya Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
ringankanlah sakitnya, tabahkan hatinya, permudahkan urusannya sehari-hari, 
agar senyuman itu kembali menghiasi..aminnn"

untuk 'kamu'
yang akan menziarahi bumi ambiya',
sungguh beruntungnya 'kamu', diberi peluang olehNya menjejakkan kaki ke tanah suci,
moga dengan kesempatan yang diberi,
mampu membuka hati itu untuk memaafi!
"Ya Rabbi, Kau permudahkan insan ini dalam dirinya mengerjakan ibadah kepada-MU..Selamatkan perjalanannya pergi dan kembali..Bukakanlah pintu hatinya untuk redha setiap apa yang Kau beri...sesungguhnya Ya Allah, Engkau berkuasa ke atas setiap satu antara kami.."


untuk 'kamu' yang ku anggap seperti kakakku sendiri,
terlalu banyak rasanya yang ku ingin luah untuk dikongsi,
tapi tak mampu kulakukan,
mengenangkan betapa dirimu lagi hebat diuji,
tak sampai hati ini untuk menambah beban yang sedia ada 'kamu' tanggungi,
"Ya Rahman Ya Rahim, bukakan pintu hatinya dalam menerima kehilangan orng yang disayangi, 
berikan kebahagian itu sebagai rencah kehidupan sehari-hari, agar senyuman yang terukir di wajahnya menggambarkan bahagia di hati"

p/s~ bnyak lagi rasanya mahu diluah di sini, tapi mata tak tertanggung lagi sebab empangan pecah tak henti-henti..

Wednesday, December 15, 2010

saya tiada jawapan untuk itu

kenapa manusia sering bergaduh angkara duit?
kenapa manusia sering bermasam muka angkara duit?
kenapa manusia sering bermusuhan kerana duit?
kenapa manusia boleh putus saudara juga hanya kerana duit??

kenapa?
kenapa?
dan kenapa?
maaf, saya tiada jawapan untuk itu

bukankah kekayaan itu nikmat sementara dari Sang Pencipta?
bukankah kemewahan itu juga merupakan ujian dari Si Maha Berkuasa?

Mengapa pula manusia sering bongkak akan pinjaman itu?
Mengapa manusia amat kedekut untuk diberikan sedikit kepada yang lain?
Bukankah itu bukan milikmu?!
Mengapa kamu sering lupa diri?

Tuesday, December 14, 2010

Mari membunuh masa! edisi ke-3

wahhh
edisi ke-3 sudah
memang berazam gila untuk membunuh itu masa!

next destination
KMPk, Gopeng, Perak
dari khamis hingga selasa
so, pandai-pandai kira berapa hari mengambil masa

rindu ini tempat!
every year pasti akan berkunjung
pasti ada program yang ingin menyibuk
tak kiralah ada orang datang menjemput atau tidak
"ada aku kisah?"

ada dinner
ada kursus induksi
ada pergi gua tempurung
ada saja jalan-jalan sekeliling kolej
ada wat sesi ketupat dengan pensyarah!
ada gelak ketawa sesama rakan lama yang lama tak jumpe,
walaupun sebenarnye duduk sebelah-sebelah daerah je..
dan ada juga insan-insan baru yang dikenali untuk tambah bilangan friend di FB!

hilang masalah
hilang hidup tak tentu hala
hilang masa yang dibuang fikir benda yang tak tentu ada
walau kena makan bubur nasi setiap masa
akibat gusi yang wat hal tak kene masa
tapi, Alhamdulillah,
Allah balas kesenangan itu dengan lain cara

ok, next
photo!
3 je sudah
malas nak upload banyak-banyak
sebab tahu 
tak ada orang yang baca!

suasana di KMPk
 dalam gua tempurung
cube cari gambar macam orang pakai topi
 Luar gua tempurung.

teringat satu ayat 
"pergi matiey-la~!!"
hahaha

Friday, December 3, 2010

maaf!

mungkin..
maybe..
my action, perlakuan saya
buat anda keliru,
or konfius mungkin

maaf
saya call,
saya message!

niat saya hanya satu,
bertanya khabar dan bertanya keadaan
tak lebih dari itu
dan Allah Maha Mengetahui
sebab sesengguhnya hati saya sangatlah risau
hati saya bimbang
risau dan bimbang adakah kamu telah bangun dan bangkit dari kesedihan itu

bukan niat saya
telefon dan message tu,
mahu mengganggu hidup kamu,
mahupun mahu mengendeng, mengadu kasih,
atau mahu bermanja-manjaan mungkin.
TIDAK sama sekali

takpelah,
saya faham
mungkin saya silap langkah
takpe,
saya mohon maaf sekali lagi..

Monday, November 29, 2010

entah!

why dont u pick up?
sudah membencikah?
sudah bosankah?
atau sudah meluat??

why dont u reply?
tak de kredit kah?
tak reti nak taip kah?
atau memang msg itu, call itu
cukup-cukup mengganggu??

entahlah..
entahlah
entahlah
entahlah

ha....kan dah 4 kali entahlah tu
ape maksudnye tu?
once again, entahlah!

p/s~oh, maaf! otak mereng bertambah senget ke kiri dan ke kanan

Thursday, November 25, 2010

Anda lah si badang, andalah wira!

Sabar..
Redha...
tenang la wahai hati!

Ingat akan Pemilik hatimu!
Ingat akan Penciptamu!

Usah dibazirkan air matamu
Usah dikenangkan lagi

Teruskan berjalan
Teruskan melangkah!

Tanamkan perasaan itu
Timbuskan perasaan itu buat seketika..

Tolonglah wahai hati, tolonglah wahai diri
Tenanglah
Sabarlah
Berdoalah
Tabahlah!!

Pretend..berlagaklah..berlakonlah..
seolah-olah andalah si badang, andalah si wira
walaupun di dalam,
walaupun jauh di sudut hati,
Allah sahaja yang mengetahui!

p/s~Betapa hati ini mengharap dapat melakukan perkara itu!

Wednesday, November 24, 2010

Kenapa Saya Rasa New Zealand !ARC13! Best"





Open your eyes,
Open your mind,
Open your heart,
Look around yourself..

Biarkan gambar bercerita,
Biarkan photo itu berbicara,
Tanpa perlu 1001 kata,
Ia sudah cukup membuktikkan keEsaan Yang Maha Kuasa!


(5)  Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu
(6) Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon, kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturan-Nya
(7) Dan langit dijadikan (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan
....
(13) Maka yang mana satu di antara nikmat Allah yang kamu hendak dustakan??
(Ayat 5-7 &13, surah ar-Rahman)

Sungguhpun kaki tidak pernah menjejaki,
jauh sekali merasai pengalaman dan suasana si penulis rasai,
Cukuplah sekadar gambar dan cerita yang sudi dikongsi,
Cukup membuka mata si hati yang buta tuli!


Subhanallahh!
Subhanallah!!
Syukran jazillan atas perkongsian!
Moga perkongsian itu membawa 1001 kebaikan!
akibat murahnya hati berkongsi bukti keKuasaan dan keEsaan Tuhan Yang Hakiki..

Saturday, November 20, 2010

'...ed'

have u ever feel that
u lost one
but it seem two??

hoho
complicated
confused
serabuted

but
i do believed
Allah always be beside me
He always know what my heart says, what my heart want
He always be there when i cried
He always hear what i'm asking for

Ya Allah, Ya  Rabb
Perkenankanlah doaku yang satu itu!

p/s~To look he 'wake up' again, its enough for me,
it doesn't matter if he is not mine in my future..
sometimes, to look others happy is good enough even me myself is not!

Friday, November 19, 2010

mambling..

nak buat post baru,
tapi tak tahu mane nak dicerita,
mane yang dulu,
mane yang kemudian.

thesis dah siap dibukukan/dijilidkan..
Allhamdullilah,
thank u, syukran, terima kasih, "to che"
kpd semua pihak yg terlibat,
rasanya name yg berhak dah pun dimasukkan dalam tu

pulang ke KL dgn persona hitam
JB-KL 2hr 40 minutes
org kata.."mak ai, laju nyer!"
eh, laju ker?
110-140km/hr..sesekali 150km/hr
oklah tu kan..?kan?kan?

rabu lepas, sambut raya QURBAN..
sungguh, tak terasa raya,
tak lah se happy mane,
sbb CK tahu yang di sana, sedang berduka cita.
Doa dan yassin tak pernah lupe dibaca dan dipinta

adat bersahabat, adat berteman,
buka setakat suka saja kita bersama,
sedih pun nak gak dikongsi terasa,
kita makhluk Allah, terus-terusan diuji sebab Dia sayangkan kita..

nah, gi tgk link ni...
http://www.youtube.com/watch?v=NkeoMhQJK_A

p/s~
"Allah itu hampir,
Tapi, kenapa aku masih meminggir,
Akalku alpa berfikir, hatiku jauh berzikir.."
MasyaAllah...(by Pahrol Mohd Juoi)

Wednesday, November 10, 2010

saya peduli ape!

Esok exam.
nice...boleh salah tarikh dan hari.
ingat first paper hari jumat..so nice!
well done !

ok,
saya risau.
saya gelabah!
eh, bukan sebab exam keesokkan harinya.
ada yang lebih penting untuk dirisaukan!

sebab wan saya
sebab nenek saya
sebab grandmother saya
eh, wan, nenek or grandmother tu sama je lah!
laen sebutan, lain ejaan, tapi maksud yang sama

orang yang saya rasa saya rapat!
dolu2, sejak lahir smpai lepas tadika,
duk ngan dia
tangan dia yang asuh diri ni
time tu mak abah keje,
cari duit utk sya
then, wan yg jaga.

tapi, sekrang pun
sama jer
ade masa, ada cuti
selalu je menapak kat umah wan tu

saat ni, wan kat hospital
sumpah! hati risau
even Doc kate operation tu tak de lah risiko sangat
tp......
saya peduli ape
dah memang hati saya risau!
dalam hati memang tak sudah2 doakan dirinya


p/s~boleh pulak empangan pecah time wat post nie...!

Tuesday, November 2, 2010

1,2,3,4 dan 5...

3.00am, selasa
kepala ting tong, mata kuyu bak ikan puyu

serious, there is a lot f things being played in my mind..
apa dia?
meh, nak terang satu persatu

1st-mampu ke diri yang serba kekurangan ni nak gapai bintang di langit?? (ececeh, poyo jahh)
haha..
what i mean is "mampu ke nak realisasikan impian yang bersarang kat hati?"
di antara tanggungjwab dan impian?
mana satu patut didahulukan?

2nd-Complete draft thesis dah hantar..
dengan senyum kambing CK bagi hand by hand kat Doc tingkat 4..
gila puas! even banyak benor halangan menimpa..
but, Alhamdulillah, syukran Allah, Kau permudahkan..

3rd-Projek Plant design I  dah submit, dah siap present pun
walau CK tahu my contribution towards the group project ala2 siput sedut..
kesian kat my team mates..ampun-ampun

4th-PELIK!
even draft dah hantar, plant design dah siap,
tapi still terasa beban...
beban bertan-tan pulak tu..
kenapa ye??
(haha, ni kes buat-buat tak tahu)

5th-Stefan Salvatore!
oh, dear...really miss u..!
penat i berpuasa dari melihat u di kaca skrin laptop i yang tak beberapa nak besar ni..
da beberapa minggu kita berjauhan..
cepat-cepatlah my step sister bawa u ke lab kan?
boleh i bawak u balik bilik i pulak!
hahahah(Sengal!)

p/s-JANGAN anggap yang bukan-bukan yer? sebelum buat tuduhan dan tohmahan yang agak melulu, silalah tanya dulu..!

Wednesday, October 13, 2010

Dah cukup BAIK ke aku dan kamu?!

Semua orang nk jadi baik
Tapi, "baik' sgt subjektif

Cube tanye kat sowang-sowang ape 'baik' bagi mereka
memang confirm akan dpt jawapan yg berbeda-beda, eh silap, berbeza-beza

maybe ada yang kata,
baik itu apabila seseorang itu bertudung labuh, menutup aurat,
baik itu apabila si dia lemah lembut, bersopan santun, lemah gemalai..
mungkin juga ada yang kata, baik itu apabila si dia sanggup berkorban apa saja untuk si kawan yang susah,
bahkan, si dia yang sanggup buat segala bagai kerja orang lain atau mereka yang sanggup selesaikan tanggungjawab orang lain juga dianggap baik.

Ade ke skema jawapan untuk maksud apa itu "baik"?

CK pernah terbaca pendapat seorang rakan..
"baik itu apabila seseorang itu melakukan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR yakni melakukan segala kebaikan dan meninggalkan segala larangan-Nya"

hoho,
memang payah tu nak capai aspek ke"baik"an sebegitu..
Buat baik satu perkara tak semestinya si dia akan tinggal semua larangan-Nya..

so, kiranya semua orang tak baik lah ye?
(kecuali nabi dan rasul Allah yang bersifat maksum..)

hmmm...
manusia itu tak sempurna,
tak pernah lari dari melakukan kesilapan..
tapi, berusaha ke arah menjadi yang lebih baik itu lebih baik kan?
sebab kita senantiasa ada ruang untuk menjadi lebih baik!

Thursday, September 23, 2010

bulat kecik, bulat besar

Bulat kecik bulat besar,
nak kata telur ikan, bukan, telur katak pun bukan!
bila synthesis memang mengharap besar,
agar tak jadi bentuk bukan-bukan!
 (sengal!)

finally!
dapat gak bentuk bulat-bulat ni..
even tak sama saiz..
tapi, xkira!
cik kotak bersyukur gegila!!
sebab nak wat bende ni, kena "empangan pecah" dulu kot!

p/s: sila teka, apakah dimaksudkan dengan 'empangan pecah'??

Wednesday, June 30, 2010

Pernahkah kamu terfikir..


Pernahkah kamu terfikir..
Mahupun terdetik di suatu sudut akalmu..
Yang betapa kamu tidak mengukur baju di badan sendiri?

Pernahkah kamu terfikir...
Mahupun pernah seketika ia mencuit lamunanmu..
Yang betapa kamu meminta sesuatu sedangkan ia tidak layak sama sekali untuk kamu?

Pernahkah kamu terfikir..
Mahupun ia pernah menyoal imanmu..
Yang usahamu tidak pernah seiring dan sejalan dengan apa yang kamu inginkan?

Pernahkah kamu terfikir..
Mahupun terlintas di hati..
Yang betapa hinanya kamu di sisi-Nya?


dan sesungguhnya diri ini sering kali mengingatkan hati ini..
"Layakkah diriku untuk ITU...?"

Sunday, June 27, 2010

Seorang sahabat..


Seorang sahabat,
Akan senantiasa mendengar rintihan hatimu,
Tidak mengira ketika dan waktu..

Seorang sahabat,
Akan sudi meminjamkan bahunya tatkala dirimu memerlukan teman untuk berkongsi,
Akan ditolak ke tepi kesemua kepentingan diri..

Seorang sahabat,
Akan senantiasa mendoakan kebahagianmu dalam setiap doanya,
Sedangkan dirinya tidak pernah mengharapkan sekelumit pun pulangannya..

Seorang sahabat,
Akan senantiasa tersenyum setiap kali mendengar dan melihat dirimu gembira dan bahagia..
Walau dalam hatinya tidak tentu bahagianya..







Thursday, April 22, 2010

CK redha

Jika itu pilihan terbaik untukku, CK redha dengan setiap ketentuannya. Mungkin sudah tertulis, "its not meant to be"..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap umatnya kan?

"Lantaklah!"

when that word cross in my mind. It shows that CK dah pun berhenti berharap untuk sesuatu yang tak pasti untuk diri ini. *tiba-tiba lagu berhenti berharap by sheila on7 bermain di kepala,heheh*

Tapi, yang pasti CK tak pernah berhenti berharap akan nikmat-nikmat Allah yang lain. Mungkin yang satu tu je bukan milik CK.

KUATKAN genggaman tanganmu
terhadap AGAMA ALLAH,
kerana hanya DIA tempatmu BERSANDAR
ketika semua orang mengkhianatimu.


p/s~CK tidak pun dikhianati ye..=)

Sunday, April 18, 2010

Hanya Allah yang tahu..

Hanya Allah je yang tahu apa yang terbaik untuk umatNya..
Hanya Allah je yang tahu apa yang tidak untuk umatNya..
Hanya Allah je yang tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam hati umatNya..
Hanya Allah je yang tahu apa yang disorok dan disembunyikan oleh umatNya..

Sungguh kuasa Allah itu tada bandingannya.
Ar-Rahman..Maha Pemurah
Ar-Rahim..Maha Pengasih
Al-Malik..Maha Agung
Al-Kuddus...Maha Suci
As-Salam..Maha Selamat Sejahtera..
dan ada 95 nama lambang lagi sifat kebesaranNya..

Sekuat mana pun seorang hamba,
Sepandai mana seorang hamba mengatur hidupnya,
kepada Allah jua tempat diletakkan pergantungan terakhir..

"Ya Allah, ku pohon padaMu.. Kau tunjukkanlah jalan dan caranya.."