KLIK!

Wednesday, January 19, 2011

jimat di 'sini', rugi di 'sana'

situasi pertama:
si lelaki ada motor, si wanita ada kereta.
pendek cerita, pasangan kekasih.
Jika keluar, pasti motor yang menjadi pilihan, kereta ditinggalkan.
sebab?
JIMAT duit minyak, duit tol pun tak perlu bayar..tapi.
RUGI di "sana", pabila buku amalan yang diberi daripada belah kiri lebih BERAT dari yang kanan

situasi kedua:
JIMAT kain nak guna apabila buat baju, buat tudung.
tak payah kain panjang-panjang
sikit cukup, harga pun MURAH..
tak perlu tebal-tebal, harga akan rendah
eh, JIMAT lagi di situ!
alahai...sedihnya hati...
kita RUGI di sana, pabila kitab amalan dari sebelah kanan amat nipis sekali..
manakan tidak, solat pun tak diterima akibat JIMATnya kita di sini

situasi ketiga:
buku enggan dibaca,enggan dibeli
kan bagus dipenuhi dengan movie@tidur semata2..
beli baju beli aksesori itu ini
boleh rehatkan minda, hobi itu dituruti..
JIMAT masa kita, jimat tenaga diguna..
eh, mampu ke jawab bila di tanya apa yang kita buat semasa adanya masa?
boleh ke bina jawapan yang utuh  bila di tanya apa ibadah tambahan semasa hayat di kandung badan?
alahai...RUGInya wahai diri..
pabila jawapan itu mampu kita beri, tapi disia-siakan pabila dah terlalu JIMAT dahulu hari

1 comment:

Asfan Ash said...

hmmm 1 kelemahan
cik kotak tak cakap BUKU jenis apa
:D