KLIK!

Monday, February 22, 2010

Hamil luar nikah = buang bayi ??

hamil luar nikah = buang bayi
(valid ke equation nie?)

Satu fenomena yang rasanya sangat popular,hangat diperkatakan pabila ada berita di TV mahupun di akhbar tempatan. Tapi, yang peliknya, hangat diperkatakan dalam masa 1-2 minggu sahaja selepas berita disiarkan. Lepas tu? sunyi sepi...sehinggalah ada kes yang terbaru.



berita lanjut:

Kebiasaannya golongan yang terlibat adalah remaja-remaja kita yang baru sahaja mengenal dunia..Lingkungan umur belasan tahun sehinggalah awal 20-an. Lebih-lebih lagi yang masih lagi berstatus sebagai seorang pelajar di institusi pengajian awam mahupun swasta. Kadang-kadang, pelajar sekolah menengah pun ada.

Apa sebenarnya yang mereka fikirkan ye? Melakukan dosa berturut2 dan bertalu2.. Dosa melakukan persetubuhan tanpa ikatan yang sah dah satu part dosa, membunuh bayi yang tak berdosa tu pun another part lagi. Tu belum kira tipu mak ayah. Yelah, tak kan ada yang berkata jujur pulak ngan mak ayah bila nak keluar berdua-dua melakukan perkara tak senonoh tu kan?

Mungkin ada yang insaf dan sedar bila dah mengandung dek akibat perbuatan haram tu. Tapi, terbantut lak bila mengenangkan penerimaan keluarga dek kesilapan yang dilakukan. Kerja senang dan mudah, melarikan diri setelah dibuang keluarga, "beranak" ntah di mana-mana. Lepas tu? Buang aje bayi yang malang tu kan? gitu?

Argggh..masalah masyarakat yang sangat serius. perlu ditangani segera. Memang la orang boleh kata ape kita nak sibuk-sibuk..hidup mereka? bukan kita..OIT, memanglah..tapi, kita hidup bermasyarakat, bukan duk sorang-sorang. Kalau tak nak bergaul tu, pergi hidup kat dalam hutan tu..tu pun, kalau mampu dan sanggup la..

to be continued..

1 comment:

Atiqah said...

salah semua pihak kak..
kerajaan, media, ibu bapa, dri sndr..
zmn skrg ni byk sgt suasana x elok yg didedahkan kpd masyarakat..
sbb tu remaja rosak..
remaja skrg cuba tye bape kali dorg solat..agknye bacaan Al fatihah pun x tau..sbb pe?
sama2 la kte fkr