Allah
Kau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu
dia
Kau uji dengan kesakitan
dia
Kau tarik satu kemudahan
dia
Kau uji dengan kemiskinan
dia
Kau uji dengan keluarga
"sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya"
[riwayat al-Bukhari]
Terang
tak perlu bersuluh
jelas
tak perlu karangan berjela-jela
tujuanNya satu
K.E.B.A.I.K.A.N
betul,
diri ini tak melalui
benar
bukan bahu ini memikul
hanya ini yang terdaya
berpesan,
memberi,
doa,
itu kekuatan diri ini untuk dia, dia dan sesiapa sahaja!
Usaha
agar senyuman itu senantiasa mekar
agar kegembiraan itu tidak pernah pudar
buat dia, dia, dia dan sesiapa sahaja
No comments:
Post a Comment