Mahu syukuri apa yang ada
Bukan menangisi apa yang tiada
Mahu mengejar cita-cita
Bukan membiarkan masa yang ada berlalu begitu sahaja
Bukan setakat pangkat yang dikejar-kejarkan
tapi peluang untuk berbakti pada bangsa dan agama
Mahu mencari keredhaan dan kerahmatan dari si Dia
Bukan meraih amarah mahupun dosa
bukan hanya berjaya di dunia
malah di 'sana' matlamat utama
Mahu menjadi seorang yang senang dihampiri
Bukan seorang yang ditakuti dan digeruni
menjadi seorang yang mampu dicontohi dan diteladani
bukan seorang yang hanya betah berkata tanpa isi
Mahu menjadi seperti pokok kelapa
Yang mampu digunakan di setiap inci dan sentimeter
Dari batangnya hingga hujung daunnya
berguna untuk setiap manusiawi
Mahu menjadi seperti sekuntum mawar
Bunganya cantik dari pandangan mata
Harum baunya dihidu si manusia
Namun tak tegar dipetik begitu sahaja
Mahu menjadi seperti Aishah
Yang bijaksana dengan ilmunya
Yang manja dengan telatahnya
Yang hebat dengan keimanannya
Yang taat dan mesra bersama suami tercinta
Oh!
banyak sungguh harapan itu dan ini
perlu disiplin diri yang tinggi
moga ini bukan hanya omong-omong kosong
tapi satu isi kata hati
yang mampu menjadi matlamat buat badan, tangan, kaki, akal dan hati
untuk turut berkerjasama
mencari bahagia yang hakiki
buat semua yang baca post ini
doa kalian amat ku damba dan ingini!
(~.*)
No comments:
Post a Comment