KLIK!

Showing posts with label persOaLan di daSaR kOtak... Show all posts
Showing posts with label persOaLan di daSaR kOtak... Show all posts

Friday, June 10, 2011

Hei Kamu!

Hei kamu!
Apa guna hidup sebagai seorang anak kalau tak mampu nak membantu mak abah kat umah?

Hei kamu!
Apa guna umur dah 20-an tapi tak mampu menghulur sedikit ketika mereka terdesak?

Hei kamu!
apa guna title anak sulong kl sedikit pun kamu tak mampu nak jalankan tanggungjawab itu?

Hei kamu!
tak ada belas kasihankah kamu terhadap mereka bekerja siang malam mencari sesuap nasi sehingga kesihatan badan mereka sendiri mereka abaikan???

Hei kamu!
cukup bijakkah keputusan yang kamu ambil tu?

Hei kamu!
tidakkah kamu terfikir keputusan yang kamu ambil itu hanya mementingkan diri sendiri?

Hei kamu!
sudah-sudahlah
bertindaklah mengikut akal yang waras berlandaskan iman!
fikirkan jalan untuk menyelesaikan!
bukan hanya sekadar air mata semata-mata
bukan hanya sekadar doa yang kau tititpkan!
bertindaklah!
cari penyelesaian!

(dari saya untuk aku!)

Wednesday, January 19, 2011

jimat di 'sini', rugi di 'sana'

situasi pertama:
si lelaki ada motor, si wanita ada kereta.
pendek cerita, pasangan kekasih.
Jika keluar, pasti motor yang menjadi pilihan, kereta ditinggalkan.
sebab?
JIMAT duit minyak, duit tol pun tak perlu bayar..tapi.
RUGI di "sana", pabila buku amalan yang diberi daripada belah kiri lebih BERAT dari yang kanan

situasi kedua:
JIMAT kain nak guna apabila buat baju, buat tudung.
tak payah kain panjang-panjang
sikit cukup, harga pun MURAH..
tak perlu tebal-tebal, harga akan rendah
eh, JIMAT lagi di situ!
alahai...sedihnya hati...
kita RUGI di sana, pabila kitab amalan dari sebelah kanan amat nipis sekali..
manakan tidak, solat pun tak diterima akibat JIMATnya kita di sini

situasi ketiga:
buku enggan dibaca,enggan dibeli
kan bagus dipenuhi dengan movie@tidur semata2..
beli baju beli aksesori itu ini
boleh rehatkan minda, hobi itu dituruti..
JIMAT masa kita, jimat tenaga diguna..
eh, mampu ke jawab bila di tanya apa yang kita buat semasa adanya masa?
boleh ke bina jawapan yang utuh  bila di tanya apa ibadah tambahan semasa hayat di kandung badan?
alahai...RUGInya wahai diri..
pabila jawapan itu mampu kita beri, tapi disia-siakan pabila dah terlalu JIMAT dahulu hari

Monday, January 17, 2011

Rebut 5 perkara sebelum 5 perkara

Hadis Nabi ada mengatakan.. Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara..

MUDA sebelum tua,
SIHAT sebelum sakit,
LAPANG sebelum sempit,
KAYA sebelum miskin,
HIDUP sebelum mati.

Tapi, sejauh mana kita benar-benar memahami? 
sejauh mana kita menghayati? 
atau sekadar tahu seadanya? 
wallahulam.
hanya Allah dan si empunya diri yang benar mengetahui..

Kalau benar-benar kita menghayati
Mengapa ada masa senggang yang kita katakan BOSAN?
Kalau benar-benar kita memahami
Mengapa ada ketika yang kita katakan kita TAK CUKUP MASA untuk menuntut ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah?

Kalau benar kita ikuti 
Mengapa ada masa kita yang diisi dengan aktiviti LAGHA yang TIDAK ADA FAEDAHnya?

Kalau benar kita menyedari,
Mengapa ada ketika kita mengadu yang kita tidak kecukupan wang? 
sedangkan kita mampu untuk berjimat cermat ketika KAYA dan dapat digunakan ketika MISKIN?


Kalau benar hati ini mengakui,
Mengapa ada ketika kita mengatakan kita malu untuk menuntut ilmu asas membaca al-Quran ketika umur melanjut TUA?
sedangkan di waktu MUDA kita sia-siakan?

Sudah bersediakah kita dengan skrip jawapan tentang amal yang dilakukan semasa HIDUP yang pasti akan ditanya sesudah bangkitnya kita sesudah MATI??


Saturday, December 25, 2010

persoalan buat kau, aku dan kita

Tanyalah padi diri
Cukupkah diri mengejar CINTA ILLAHI
sehingga cinta manusia yang kau sanjung tinggi?

Tanyalah pada hati
Penuhkah dia dengan SAYANGNYA pada ILLAHI
sehingga sayang manusia dahulu juga kau tercari-cari?

Tanyalah pada akal diberi
Banggakah ia apabila lahir dengan ISLAM agama yang dianuti, Allah sebagai pemilik hakiki
sehingga dengan bongkak dirimu mencanang sana-sini siapa pemuda/pemudi ajnabi yang kamu agung-agungi?

Wednesday, December 15, 2010

saya tiada jawapan untuk itu

kenapa manusia sering bergaduh angkara duit?
kenapa manusia sering bermasam muka angkara duit?
kenapa manusia sering bermusuhan kerana duit?
kenapa manusia boleh putus saudara juga hanya kerana duit??

kenapa?
kenapa?
dan kenapa?
maaf, saya tiada jawapan untuk itu

bukankah kekayaan itu nikmat sementara dari Sang Pencipta?
bukankah kemewahan itu juga merupakan ujian dari Si Maha Berkuasa?

Mengapa pula manusia sering bongkak akan pinjaman itu?
Mengapa manusia amat kedekut untuk diberikan sedikit kepada yang lain?
Bukankah itu bukan milikmu?!
Mengapa kamu sering lupa diri?

Wednesday, December 8, 2010

siapa tahu, sila beritahu

Fakta:
Aurat seorang wanita itu adalah seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya

Comment:
Ni memang dah terang lagi nyata tak perlu lampu torchlight or what so ever lampu pelita yang ada. Memang wajib tutup bila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim kita. Malah, undang-undang/peraturan/ fakta yang sama juga diaplikasikan semasa kita nak solat.
betul?

Yang  ketat semendat yang kononnya ikut fakta di atas pun memang salah. sebab nampak segala perhiasan dan bentuk/alur tubuh.
betul?

ok.

Persoalan: 
Bagaimana pula hukumnya, sah ataupun sebaliknya bagi seorang wanita yang solat menggunakan telekung putih tapi jarang?

Ya betul, dari segi zahirnya memang wanita tersebut sudah pun menutup auratnya bila pemakaian telekung itu diaplikasikan.

Kita sedia maklum, kain ada banyak jenis dan material. Ada mahal ada murah. Ada tebal ada nipis. Ada jarang ada tidak.

so, if si pemakai memakai telekung yang agak nipis (selalunya murah) yang mampu kelihatan lehernya, mampu kelihatan bayang-bayang kakinya yang dua, or mampu kelihatan tangannya..maka sahkah solat tersebut??

p/s: kadang-kadang kita terlepas pandang

Friday, November 26, 2010

teori

When me is not 'mi'
hoho...
apakah?

looking for myself
oh, pegi manakah?
gi jalan-jalan kot

is wishing to make herself busy 
eh, tapi mahu busy dengan apakah?
dengan membaca mungkin
ntah-ntah, membloging juga boleh membantu..
maaf, gambar ni tak ada kene-mengena pun ngan entry. sekadar mengingatkan diri akan bukti kekuasaan Yang Maha Esa. itu sahaja

Hidup tak seronok kalau tak ada masalah
betulkah itu teori?
betullah tu!
bosan gak bila tak ada masalah kan?
tak ada masalah pun, still gak masalah tu..

Saturday, November 20, 2010

Maaf andai kata-kataku mengguris hatimu

Ya Rabb,
Jika mati itu adalah lebih baik bagiku,
Maka matikanlah aku.

Namun Ya Allah,
Jika sebaliknya,
Kau berikan aku petunjuk dan hidayahMu..

"Sesungguhnya dengan mengingati mati, hati-hati akan menjadi tenang"

Mati itu pasti,
Cuma ketika, tempat dan bagaimana ia terjadi kita tak tahu,

Mati itu BUKAN SUATU PENGAKHIRAN,
tetapi SUATU PERMULAAN!!
permulaan menuju ke alam lain,
Alam yang lebih baik,
Yang lebih baik keadaannya dari hidup di dunia penuh dosa dan godaan syaitan
tak gitu??

bukankah kita ada 6 Rukun Iman yang menjadi pegangan?
5. BERIMAN/PERCAYA PADA HARI KIAMAT
6. BERIMAN/PERCAYA PADA HARI QADA' dan QADAR!

p/s~andai ditakdirkan aku mati sesaat selepas ni, seminit selepas ini, mahupun sehari selepas ini,
ampunkahlah dosa-dosaku...!sesungguhnya dosa sesama manusia itu lebih berat tanggungannya berbanding dosaku dengan pemilikKu..

Saturday, October 30, 2010

Q n A..

status orang di FB:
"Let`s StarT our study week with smile...=) hehehe"




Q: eh, dah study week?
A: dah


Q: bila?
A: dah mula la ni.it starts from today, 00.01am, saturday


Q: eh, betol?
A: betol la sengal!


Q: kenape tak sedar?
A: Sibuk kowt


Q: ha,ah..ade PSM
A: yelah sgt!


Q: tapi, nape rasa masa cepat je masa berlalu?
A: Nak akhir zaman dah..!


Q: PSM tak siap lagi nih..sempat ker?
A: sempat


Q: kalau tak sempat?
A: repeat


TAKKKKKK NAAAAAKKKKK repeat! mintak dijauhkan.....


p/s- Q dilakonkan oleh otak bawah sedar, dan A dilakonkan oleh otak yang fully sedar



Saturday, April 10, 2010

Its MiXed

JATUH CINTA ATAU JATUH LUBANG?


Thanks to Ms. M di atas sumbangan tajuk di atas.. Ayat yang terlintas di kotak fikiran pabila ternampak lubang saluran paip dalam perjalanan pulang dari kelas semalam. Tema perbualan antara Ms. M adalah mengenai perasaan hati dan jiwanya..Kira kisah jatuh cintan la..Happy to hear it from her..=) Suddenly, ternampak lubang kat depan..so, jadilah tajuk seperti di atas..

Kesimpulan yang boleh diambil daripada perbualan tersebut.."nak jatuh cinta boleh. tak salah..malah itu adalah lumrah hidup, Allah menggalakkan umatnya berkasih sayang tapi berlandaskan syariatNya..tapi...perlu diingatkan, kadang-kadang apa yang kita sayang, kita kasih tak semestinya akan menjadi milik kita..Senang cerita, jangan terlampau mengharap atau jangan letakkan pengharapan yang tinggi...takut nanti, dari jatuh cinta terus jatuh lubang!" *peringatan untuk diri CK jua*


Semakin Banyak Yang diTimba Semakin Dekat Kita Dengan-Nya

Yang ni, CK dapat simpulkan bila berada di dalam "study week"..Memang banyak yang perlu dibelajar, yang perlu dihafal dan difahami. Kadang-kadang, terlintas kat otak CK, kenapa apa yang CK pelajari ni tak dapat membuka mata hati dan akal fikiran CK untuk melihat keagungan dan kebesaran penciptaNya?

Sepatutnya, bila semakin banyak yang kita kaji, kita dapat melihat kekuasaan Allah. Tapi CK? hmmm...betullah, hidayah dan petunjuk itu milik ALLAH, dan sesungguhnya CK masih lagi tercari-cari..hmmmm....





Thursday, April 8, 2010

Boleh tak?


Boleh tak nak mengeluh? hmmm....CK memang tahu dan maklum sangat mengeluh ni tak baik..huhu...*sedar, tapi tanya lagi tu*

Kalau mak ngan abah tahu anak dara dia kat U berkeadaan mcm ni, mesti depa dissapointed kat CK kan? hmmmm...

Sebab ape CK nak mengeluh? hmmm......entahla...huhu...

Wednesday, April 7, 2010

Sama tapi tak serupa~


Take a look above picture for a minute,
Sama ke? ada iras-iras tak?
orang sekeliling selalu kata kami ni 'twin'..

hmmm...
sekali pandang, mungkin ada irasnya..

Tapi, walaupun kami ni sama or serupa secara physically,
It doesn't mean that CK(cik kotak) is nunu..n nunu is CK..

Janganlah ade yang membandingkan di antara kami ye?
Masing-masing ade kelebihan dan kekuatan..

as an example, cik nunu kita ni lemah lembut orangnya, baik budi pekerti..
CK? CK ni ape ade..totally upside down!

btw, nunu ni one of my best friend..knowing her a few years ago at KMPk..dan sekarang menuntut di U yg sama, tp lain fakulti, lain jurusan dan lain bilik...=)


nunu sayang, sorry i ambik pic yang u edit ni...i tak reti nak edit-edit ni..heheh


p/s~Untuk orang yg berkenaan, tlg bg CK "sign" yg u still waiting for me~


Tuesday, April 6, 2010

Spill out the truth~private or not

CK tak tahu apa yang awak fikirkan sehinggakan awak boleh buat macam ni.
CK tak tahu apa yang awak harapkan bila awak pilih tindakan ni.
CK tak tahu apa yang awak hadapi sekarang sehinggakan awak perlakukan CK sebegini.

Tapi,

Bagi CK, tindakan awak buat macam tu bukan memudahkan kehidupan CK.
Tetapi sebaliknya.
Kalau awak rasa tindakan awak boleh menyebabkan CK tumpukan perhatian kat exam CK sekarang ni, awak silap barangkali.

Apa yang CK harapkan,

Awak senantiasa sihat kat sana.

p/s~Cik kotak dah mula merapu..kalau Cik kotak privatekan blog ni, agak-agak ade tak orang yang kisah?


Thursday, April 1, 2010

Weird but thankful for that~

Weird+pelik..
siapakah gerangannya insan-insan yang datang dari pelbagai negara itu?

anyone who come from that country, let me know k?
just say hi on my chit-chat box there...

curious to know..coz I think this blog just a nothing!
just my personal thought and my activities to share..
but, who knows rite?
maybe we can share experience or a view together?

THANX READERS!
come again!
*bunyinya macam kat servis counter lak kan?=P*

sorry for that bluurrr image~

Wednesday, March 31, 2010

there must be a reason~!


Something that happened, must be a followed by a reason.
Sebab yang mungkin akan kita sedar sebaik sahaja sesuatu itu berlaku ataupun its takes time for us to figure out.
Its doesn't matter how long we take to figure that out..
But, the most important thing is how we take and applied that reason in our daily life..

By resist or deny something that happened might not be appropriate ways to face it..
Some times, run from it might be the best way to take,
but realize it or not, one day it will came out just right in front of our face..

Run from it for a minute, its acceptable..
because we can used that minute to prepared ourself to face it..

Open your heart, take it easily and reflect back in your life!
InsyaAllah..it will be simplified..=)


Monday, March 29, 2010

its nothinG~!

itS really hurt!


please dont do this..


plz consider others have feelings too~



if u, yourself has a feelings, has a heart to take care of..so do i~


plz no lies, no pretending~


p/s~I'm hoping for the best...
No matter what, i will be waiting..as long as u also do so...=)

setiap yang berlaku telah pun ditentukan olehNya terlebih dahulu..tapi, bukanlah itu bermakna kita harus goyang kaki sehingga ianya jatuh ke riba mahupun di depan mata.

Setiap perkara perlu ada usaha, perlu ade kesungguhan dari jiwa dan hati.barulah ianya membuahkan hasil dan manisnya..

Bukankah Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah umat sehinggalah umat-Nya itu yang berusaha untuk mengubahnya?

Oleh itu, i will try my best to achieve all those dreams that i'm dreaming about~!
hoping u always besides me...~


Sunday, March 28, 2010

car wasH~!

pabiLa cik kotak berada di rumah..
abah kata.."habislah kete aku!"

cik kotak kata.."abah..pinjam kete leh?hehehe"

maaf ye abah, bila yong da ade kat umah, kete tu la jd mangsa...adik peneman setia..ke mane saje cik kotak pergi, mesti dia ade..

petang tadi keluar beli tiket balik JB isnin nie..
name je nak balik lama sket, lastly, kene gak balik awal..
hampa harapan kedua orang tuaku..=|

Bagi mengelakkan cik kotak pinjam kereta tu secara free2, maka dengan hati terbuka, persona hitam kedua orang tua cik kotak di bawa mandi!

a) suasana dari dalam kete..
*tak sempat nak buka pintu kereta, orang tu da selamat jirus ngan air sabun! conclusion, duduk jela dalam tu*
b) suasana sebelum kereta abah di basuh..tengah tunggu turn la ni..
terlintas kat kepala..jarang kan nampak orang melayu kita buat kerja ni? Mesti ade yang segan silu ala-ala malu kucing gitu..atau pun buat 1001 alasan: :"keje ni penat, nanti hitam, nanti sakit badan..nanti..nanti..bla..bla,..bla...blaa"
rela "tanam anggur" kat umah dari mengerah keringat sebegini..hmm..mentaliti! itu yang sebenarnya!

Wednesday, March 24, 2010

sKeLetOn


Cik kotak always believe that everyone of us has 'skeleton in their closet'..
What is that means?
it means that everyone has a secret from their past that they are hiding.

Tiada siapa yang sempurna bukan?
(kecuali Nabi dan Rasul Allah yg memang dikurniakan sifat maksum)

Oleh itu, setiap insan akan melakukan kesalahan..
pasti ada kesilapan..
itu normal..

Cuma, terpulang kepada setiap individu bagaimana nak menghadapi kesilapan dan kesalahan yang kita sendiri lakukan..
A matured person, will face all those wrongs, live with it and move on!
Tak kisahlah sebesar gajah mane pun kesalahan itu, mahupun sekecil kuman pun...


Kalau kita hide pun thats mistake, some day it will come out just right in front of our face..
So, why not we FACE IT and TRY TO CHANGE TO BE A BETTER?

p/s~ cik kotak love the person the way they are.. i'm not love or hate them because of their past..
everybody makes mistakes right? so do I..
forgive, forget and accept...can we?


Friday, March 19, 2010

Monolog Dalaman

Salam pembuka bicara, penghulu segala kata.

Persoalan yang terlintas di dasar kotak akal fikiran cik kotak semasa dalam perjalanan ke fakulti pagi tadi.

"Ada apa dengan rupa?
Jika hati budinya entah ke mana..

Ada apa dengan harta mahupun kekayaan?
Jika ilmu dan imannya bukanlah pegangan.."


Cuba direnungkan betul-betul persoalan di atas? ada kebenaran atau tidak?

Apa pentingnya rupa? muka lawa@cantik@handsome@kacak pasti akan menyebabkan mata kita sedap memandang kan. Tapi bukankah ianya sementara? akan lapuk dek usia dan peredaran zaman? Lainlah kalau mereka ini golongan yang tidak akan tua-tua..

Tapi dengan adanya hati dan budi pekerti yang baek, bukankah ia lebih terkesan di hati? Berpanjangan sehingga ke nafas akhirnya..Kalau dah baik hatinya , pasti akan dijaga hati dan perasaan orang disekelilingnya..

Apa pentingnya wang dan kekayaan? kalau digunakan sewenang-wenangnya tanpa ilmu di dada, akhirnya akan habis jua.. tak sempat tibanya nafas terakhir, dah habis pun semua kekayaan yang ada.

Sebab? Ilmu itu penting dalam membantu kita berfikiran secara waras dan membuat keputusan yang bijak.. Cuba bandingkan pabila kita memberi RM 1juta kepada orng yang berilmu dan sebaliknya? Pasti tindakan yang diambil akan jauh berbeza.. Harta boleh dikumpul dan dicari dengan ilmu di dada..Tapi harta tak mampu untuk membeli ilmu tanpa kesungguhan dan usaha yang berpanjangan..dan yang pasti, HARTA BUKANLAH SATU TIKET UNTUK KITA KEKAL BAHAGIA..

Saturday, March 13, 2010

Di antara 5 dari 30...

Salam..
di bawah adalah di antara 5 senarai..
senarai 30 SAAT TERINDAH DALAM PERSAHABATAN
(di copy dan ditaip semula dari majalah REMAJA-1 feb 2010)


Saat 1~ Apabila kamu dalam kesusahan, sahabatmu sentiasa setia di sisi mendengar luahan kamu tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bosan.

Saat ke-3~Satu kebiasaan kamu mendapat hadiah hari jadi sahabatmu setiap kali hari jadi kamu namun satu yang luar biasa dan paling indah apabila sahabatmu tiba-tiba sahaja memberikan kamu hadiah tanpa sebarang sebab.

Saat ke-4~ Sememangnya indah apabila sahabatmu mengucapkan perkataan terima kasih kerana kamu sudi jadi sahabatnya yang paling baik.

Saat ke-10~ Kamu dan sahabatmu berjaya menyelesaikan perselisihan yang berlaku dan perselisihan tersebut menjadikan persahabatan kamu berdua makin akrab dan lebih mengenali antara satu sama lain.

Saat ke-25~ Palimg terharu apabila sahabatmu membetulkan kesilapan kamu kerana kamu tahu dia lakukannya kerana sentiasa mahukan yang terbaik untukmu.

Bagi cik kotak..
pasti bahagia kan pabila kita mampu merasai & memperoleh saat-saat di atas..? Tak mustahil untuk berlaku..Tapi perlu diingat, sebelum nak sahabat kita buat untuk kita,kita terlebih dahulu buat macam tu..lumrah hidup..

cik kotak nak tambah sikit,

sahabat yang baik tidak akan menjatuhkan maruah/menggelakkan sahabatnya di depan orang lain, terutamanya orang yang tidak dikenali..
Tetapi, sebaliknya..sahabat yang baik pasti akan sedaya upaya menjaga maruah sahabatnya yang lain..