KLIK!

Sunday, January 31, 2010

jOm waLk JoG!

Jom cik kotak bawa jalan-jalan di sekitar kawasan muzium JB.
nak ikut?jom!

Di pagi ahad,
cik kotak dan cik nadiah menghabiskan masa lepas subuh bersama..
semalaman tak tidur dek kerana study tok test pada malam isnin.
huhu..rajin tak kami?
doakan agar usaha kami berbaloi ye?

yang datang ke sini, majoritinya chinese.
payah gak nak cari malays kat situ.
tua muda lelaki perempuan kebanyakannya cina.
memang mereka ini amat rajin kan dalam penjagaan kesihatan?
kawasan yang best untuk jogging.
rugi lak tak bawa sport shoes.


suasana sebelum kami bertolak. Gelap lagi..lepas solat subuh lak tu..


di antara bangunan yang ada di dalam taman tersebut. udara yang nyaman dan segar di pagi hari~

Wahh...cik kotak jumpe camel tau di pagi hari~! jangan jelous! hehe

subhanAllah...cantik kan ciptaan Allah?

ok, untuk ilmu tambahan..
kat dalam taman ni, ada rumah ala-ala jepun taw!
cute sanngggaattt!!


Saturday, January 30, 2010

CubaLah kaLau anda MamPu?!

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu (terlebih dahulu) mengubah apa yang ada dalam dirinya.”

Namun, ada di antara benda/perkara yang kita TAK mampu ubah walaupun kita berusaha sesungguhnya..

1. Tarikh/tempat/masa kita dilahirkan ke dunia ini

2. Jantina kita
(tapi ada je yang memandai tukar walaupun 100% tak pure)

3. Nama kita
(agak-agak boleh ke cakap kat mak abah kita nak nama apa masa baru lahir tu?)

4. Islam sebagai Agama kita
(sepatutnya kita rasa bangga pabila kita dilahirkan sebagai Islam. Tapi ada gak yang nak convert walaupun haram! dusshhh2!)

yang lain? ada lagi tak?


DatangLah sayang..muncuLLah intan..

apelah yang cik kotak mengarut ni..
datanglah sayang?
muncuLLah intan?
lelaki mane lak cik kotak tergila-gilakan lak ni?

opppps! tidak!
BUKAN lelaki!
tetapi SEMANGAT dan KERAJINAN!

test dan keje semakin mnyesakkan hidup.
semangat dan kerajinan amat-amat sangat diperlukan!
urgent!

ISTIQAMAH...
berterusan melakukan sesuatu perkara tanpa jemu terumatanya melakukan perkara yang baik..
alahai cik kotak...
bila nak berubah jadi istiqamah ni?


Thursday, January 28, 2010

Lagi berita Pilihanraya Kampus~

Alahai...
Sekali pandang, dah tak ada rupa macam fakulti.
poster pun kebanyakan muka yang sama.
Perlu ke ditampal berulang-ulang kali, berderet-deret sebegini rupa?
malam pasang, esok pagi dah kena mengundi.
tidak sampai tempoh 24jam pun poster ini berguna.

fenomena pembaziran secara terang-terangan.
Agak-agak ape jadi kat poster tu nanti?
buang juga akhirnya bukan?
dan cik kotak percaya,
amatlah sikit peratusannya yang akan recycle kembali kertas-kertas tu..


Cik kotak sangkakan, pilihanraya kampus sebegini tak ada kes-kes yang pelik;
kes sabotaj itu ini..
rupa-rupanya?
ada jugak...
hmmm...ni baru pilihanraya kecil sebegini,
cuba bayangkan kalau pilihanraya di dunia politik sebenar di luar sana,
adakah fenomena ini akan terus dipraktikkan jua?
nak tahu,klik senior serol

I promise myself..

I promise myself...

To forget mistakes of the past and press on to the greater achievements of the future.

To wear a cheerful expression at all times and give a smile to every creature I meet.

To give so much time to improving myself that I have no time to criticize others.

To be too large for worry, too noble for anger, too strong to fear and too happy to permit the presence of trouble.

To think well of myself and to proclaim this fact to the world, not in loud words, but in great deeds.

To live in faith that the whole world is on my side, so long as I am true to the best that is in me

CHRISTIAN D. LARSON
The Optimist's Creed

the question is, could I be that kind of optimist?=)

Pilihanraya Kampus MPP

Keadaan di bawah pintu bilik cik kotak malam sebelum pembuangan undian pilihanraya Umum MPP..
Fenomena biasa yang berlaku setiap tahun.
personally, cik kotak rasa ni febomena tak sihat.
sebab?
Pembaziran kertas secara terang-terangan!
kertas tu hanya dibaca 2 3 minit, lepas tu?
tong sampah jua destinasi terakhir untuk di tuju.
Mungkin lepas ni kita perlu mencari kaedah yang lebih sesuai untuk mengedarkan manifesto masing-masing.
Kaedah yang tidak membawa pembaziran dan environmental friendly mungkin.
sesiapa ada idea?
tapi, mungkin juga ini adalah satu-satunya kaedah yang ada.
pendapat kita juga mungkin berbeza~

Wednesday, January 27, 2010

Sabar DaLam UjikaJi

Aktiviti cik kotak di setiap petang rabu : Menghadiri makmal kejuruteraan kimia dari pukul 2pm hingga 5pm.
Ujikaji dalam penghasilan biodiesel. Tindakbalas antara minyak masak yang selalu digunakan di rumah dengan methoxides (Natrium Hidroksida + Methanol)

Apa itu biodiesel?
Biodiesel ni digunakan sebagai standard diesel engine.
Macam minyak untuk menggerakkan bus kat jalan raya tu.
Murah pun murah, senang pun senang nak buat.
dan yang paling penting boleh kurangkan pencemaran udara!

Gambar di bawah adalah semasa proses tindakbalas berlaku.
Dibiarkan campuran tersebut bertindakbalas dan dikacau selama 1jam pada suhu 60 darjah celcius..
(huhu, lama cik kotak tunggu)


Gambar ini pulak lepas proses campuran dilakukan.
Campuran tadi dibiarkan selama 24 jam untuk menghasilkan 2 layer. Sok cik kotak pergi tengok ye?
Tapi kat bawah ni pun da nampak kan 2 lapisan yang terbentuk?


Gambar ni hasil kreatif dan "tak ada keje" partner group cik kotak, encik muaz namanya.
special thanks to ms.ika, ms.atim and mr.muaz..(cik kotak punya group)

maklumak tambahan biodiesel, klik bawah

agak-agak bila malaysia nak guna sepenuhnya biodiesel dalam tangki-tangki bus atau lori kat atas jalan raya tu?hehehe