KLIK!

Wednesday, January 19, 2011

jimat di 'sini', rugi di 'sana'

situasi pertama:
si lelaki ada motor, si wanita ada kereta.
pendek cerita, pasangan kekasih.
Jika keluar, pasti motor yang menjadi pilihan, kereta ditinggalkan.
sebab?
JIMAT duit minyak, duit tol pun tak perlu bayar..tapi.
RUGI di "sana", pabila buku amalan yang diberi daripada belah kiri lebih BERAT dari yang kanan

situasi kedua:
JIMAT kain nak guna apabila buat baju, buat tudung.
tak payah kain panjang-panjang
sikit cukup, harga pun MURAH..
tak perlu tebal-tebal, harga akan rendah
eh, JIMAT lagi di situ!
alahai...sedihnya hati...
kita RUGI di sana, pabila kitab amalan dari sebelah kanan amat nipis sekali..
manakan tidak, solat pun tak diterima akibat JIMATnya kita di sini

situasi ketiga:
buku enggan dibaca,enggan dibeli
kan bagus dipenuhi dengan movie@tidur semata2..
beli baju beli aksesori itu ini
boleh rehatkan minda, hobi itu dituruti..
JIMAT masa kita, jimat tenaga diguna..
eh, mampu ke jawab bila di tanya apa yang kita buat semasa adanya masa?
boleh ke bina jawapan yang utuh  bila di tanya apa ibadah tambahan semasa hayat di kandung badan?
alahai...RUGInya wahai diri..
pabila jawapan itu mampu kita beri, tapi disia-siakan pabila dah terlalu JIMAT dahulu hari

Monday, January 17, 2011

Rebut 5 perkara sebelum 5 perkara

Hadis Nabi ada mengatakan.. Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara..

MUDA sebelum tua,
SIHAT sebelum sakit,
LAPANG sebelum sempit,
KAYA sebelum miskin,
HIDUP sebelum mati.

Tapi, sejauh mana kita benar-benar memahami? 
sejauh mana kita menghayati? 
atau sekadar tahu seadanya? 
wallahulam.
hanya Allah dan si empunya diri yang benar mengetahui..

Kalau benar-benar kita menghayati
Mengapa ada masa senggang yang kita katakan BOSAN?
Kalau benar-benar kita memahami
Mengapa ada ketika yang kita katakan kita TAK CUKUP MASA untuk menuntut ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah?

Kalau benar kita ikuti 
Mengapa ada masa kita yang diisi dengan aktiviti LAGHA yang TIDAK ADA FAEDAHnya?

Kalau benar kita menyedari,
Mengapa ada ketika kita mengadu yang kita tidak kecukupan wang? 
sedangkan kita mampu untuk berjimat cermat ketika KAYA dan dapat digunakan ketika MISKIN?


Kalau benar hati ini mengakui,
Mengapa ada ketika kita mengatakan kita malu untuk menuntut ilmu asas membaca al-Quran ketika umur melanjut TUA?
sedangkan di waktu MUDA kita sia-siakan?

Sudah bersediakah kita dengan skrip jawapan tentang amal yang dilakukan semasa HIDUP yang pasti akan ditanya sesudah bangkitnya kita sesudah MATI??