KLIK!

Saturday, January 2, 2010

Kotak Baru dan Lama

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Setiap yang bermula pasti ada perakhiran..
Terpulang kepada individu bagaimana mahu menggunakan detik-detik di antara dua peristiwa tersebut..


SELAMAT TINGGAL 1430 & 2009
Tahun yang banyak mengajar diri cik kotak untuk menghadapi tahun 1431/2010..
Tahun yang meninggalkan seribu kepahitan dan kemanisan di dalam kotak memori..

Bergiat aktif dalam AlumniKMPk..
Dikutuk dipuji oleh sesetengah pihak dalam setiap tindakan..
Kena pukul,sepak terajang bagai..
Kesilapan yang menyebabkan nama cik kotak heboh diperkatakan di seantero fakulti..
Result exam naik sedikit dan turun mendadak..
Lesen kereta berjaya diperoleh setelah banyak kritikan dan sindiran tempuhi..
handphone hilang akibat kecuaian diri..
menyebabkan 2009 merupakan
Di antara tahun yang paling banyak air mata cik kotak mengalir..

Namun, bagi diri cik kotak,
pengalaman meninggalkan sejarah..
sejarah tidak mampu diubah walau apa pun yang dilakukan..
dan sesungguhnya
Manusia yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya buat kali kedua!

SELAMAT DATANG 1431 & 2010!!
Setiap perkara yang ingin dilakukan mestilah dimulakan dengan perancangan yang rapi, meskipun perkara yang ingin dilakukan itu semudah seperti makan..
Perancangan menitikberatkan kesan dan akibat sesudahnya..
Dua benda penting yang cik kotak belajar daripada tahun 1430/2009..

Setiap insan pasti ada azam dan matlamat yang baru untuk menghadapi 1431/2010..
tapi jangan dilupa 1430/2009..
ambillah iktibar dan pengajaran,
agar kita bersedia menghadapi setiap dugaan yang mendatang..

5 comments:

MisZrOxZy said...

happy new year gk!!join to be my followers k.

myQza said...

dah lama x ada diari..
cik kotak ada ek diari 2010

miranasib said...

si tedi..
bukan diari..tp more to planner..
senang nak wat perancangan..=P

Jard The Great said...

slamat tahun baru.... ku dapati blog kamu berkualiti ar.. so ku polo.. ehehe

miranasib said...

thanx Jard The Great=D