Salam pembuka bicara, penghulu segala kata.
Persoalan yang terlintas di dasar kotak akal fikiran cik kotak semasa dalam perjalanan ke fakulti pagi tadi.
"Ada apa dengan rupa?
Jika hati budinya entah ke mana..
Ada apa dengan harta mahupun kekayaan?
Jika ilmu dan imannya bukanlah pegangan.."
Cuba direnungkan betul-betul persoalan di atas? ada kebenaran atau tidak?
Apa pentingnya rupa? muka lawa@cantik@handsome@kacak pasti akan menyebabkan mata kita sedap memandang kan. Tapi bukankah ianya sementara? akan lapuk dek usia dan peredaran zaman? Lainlah kalau mereka ini golongan yang tidak akan tua-tua..
Tapi dengan adanya hati dan budi pekerti yang baek, bukankah ia lebih terkesan di hati? Berpanjangan sehingga ke nafas akhirnya..Kalau dah baik hatinya , pasti akan dijaga hati dan perasaan orang disekelilingnya..
Apa pentingnya wang dan kekayaan? kalau digunakan sewenang-wenangnya tanpa ilmu di dada, akhirnya akan habis jua.. tak sempat tibanya nafas terakhir, dah habis pun semua kekayaan yang ada.
Sebab? Ilmu itu penting dalam membantu kita berfikiran secara waras dan membuat keputusan yang bijak.. Cuba bandingkan pabila kita memberi RM 1juta kepada orng yang berilmu dan sebaliknya? Pasti tindakan yang diambil akan jauh berbeza.. Harta boleh dikumpul dan dicari dengan ilmu di dada..Tapi harta tak mampu untuk membeli ilmu tanpa kesungguhan dan usaha yang berpanjangan..dan yang pasti, HARTA BUKANLAH SATU TIKET UNTUK KITA KEKAL BAHAGIA..
No comments:
Post a Comment