KLIK!

Tuesday, December 28, 2010

Syabab~!


"Syabab,
musafir kasih"
tulisan dan olahan saudari Fatimah Syarha mohd Noordin

Syabab,
lahirnya ke bumi
bukanlah dengan kesenangan tanpa perlu dicari
bukanlah dari keluarga yang mengamalkan hidup Islami

Syabab,
seorang kanak-kanak yang dicemuh dicaci
dicemuh dicaci lantaran kemiskinan yang melanda diri
lebih senang hidup berdikari
kekayaan hutan dek ciptaan Illahi digunakan untuk perut yang perlu diisi

Syabab,
pada usia yang muda, dia mampu menjadi penternak lembu yang berjaya
walaupun pada peringkat awalnya, tiada ilmu di dada
digagahinya juga menuntut ilmu walaupun menginjak usia
Kuala Lumpur, Kota Syam tanah anbiya' tempat menimba

Syabab,
kau harapan bangsa
menjadi kepala untuk membimbing mereka harapan agama
Moga dikau mampu membuka pintu hati untuk si pembaca~!

DVD, VCD or CD?

Life is not like a DVD
not a VCD,
not a CD!

Life could not be rewind,
there is no such button like play, stop, pause, etc
there is no button u can push
there is no button u can control

Life keep going
It could not be stop as u wish
U have to face it no matter what
U have 1001 choices in your hand throughout your life

Your choice, You choose!

Live well or live hell?
You choose!

Monday, December 27, 2010

Denyut Kasih Medik



Denyut Kasih Medik hasil karya Dr. Farhan Hadi
Gaya penulisan yang agak biasa-biasa
Menyingkap kehidupan seorang doktor HO
Sambil menyebarkan syiar Illahi

Bukan sahaja sesuai di baca oleh si doktor di luar sana
Bahkan orang-orang kebiasaan juga mampu peroleh kesan yang sama
Walaupun ayat yang digunakan simple dan ringkas bersahaja
Namun, di dalamnya banyak tersisip nota-nota ilmiah dan isu-isu semasa

Bukanlah ianya sekadar kehidupan doktor sehari-hari
Bukan sahaja sakit fizikal sahaja yang cuba ditangani
Namun sakit rohani itu yang cuba didekati
Kepada Sang Pencipta jua diletakkan pergantungan si hati

p/s~maaf, ayat yang kurang menarik dan tunggang terbalik

Sunday, December 26, 2010

from Him, to Him

Dua tahun yang lalu
Si ayah meninggalkannya
Sedang aktif bermain badminton
Nyawanya ditarik
Sudah tertulis ajalnya di saat itu dan di ketika itu

Dan hari ini
Ketika dirinya berumur 15 tahun
Si anak kehilangan si ibu
Pendarahan otak di kepala
Menjadi salah satu musabab nyawa si ibu ditarik
Tapi ia hanya satu alasan,
Alasan untuk Si Pemlik nyawa mengambilnya
Sebab Dia adalah pemilik mutlak!

Moga si anak tabah menghadapi hari mendatang
Moga si anak dapat melihat musibah yang menimpa dari suatu sudut orang yang beriman, beragama
Moga si anak mampu berdiri setelah terjelepuk jatuh terduduk di bumi, walau bermula dengan bertatih cuma
Moga si anak menjadi yang solehah kerana doa anak yang solehah itu bekalan si ibu dan si bapa di sana

p/s~ tak terjangka dek hati
tak terjangka dek diri
mampukah kita berdiri
andai kata ianya terjadi pada batang hidung sendiri

"Daripada Allah kita datang, dan kepada Dia juga kita kembali"

Saturday, December 25, 2010

persoalan buat kau, aku dan kita

Tanyalah padi diri
Cukupkah diri mengejar CINTA ILLAHI
sehingga cinta manusia yang kau sanjung tinggi?

Tanyalah pada hati
Penuhkah dia dengan SAYANGNYA pada ILLAHI
sehingga sayang manusia dahulu juga kau tercari-cari?

Tanyalah pada akal diberi
Banggakah ia apabila lahir dengan ISLAM agama yang dianuti, Allah sebagai pemilik hakiki
sehingga dengan bongkak dirimu mencanang sana-sini siapa pemuda/pemudi ajnabi yang kamu agung-agungi?

Tautan Hati

TAUTAN HATI
novel setebal 785 muka surat
ditulis, digarap oleh saudari Fatimah Syarha mohd Noordin
sarat dengan1001 pesanan yang cuba disampaikan


TAUTAN HATI
bukan novel ISLAMIC biasa
bahkan lebih dari luar biasa
Subhanallah, Allah memberi ilham yang sungguh luar biasa


TAUTAN HATI
permulaannya seakan-akan novel thriller
buat si pembaca tertanya-tanya
apa kaitan dengan aksi memukul, memekik meraung dalam message ISLAMIC yang cuba diberi?
sungguh, isi kandungannya berbaloi untuk didalami


TAUTAN HATI
banyak yang isu semasa yang dibangkiti
dari sekecik permasalahan sehingga sebesar-besarnya
dibincang dan dikupas berhati-hati
agar tak tersinggung mana-mana hati


TAUTAN HATI
disitu adanya,
soa akidah di hati
soal cinta yang hakiki
soal cinta duniawi
soal aurat wanita yang perlu ditutupi
soal pertalian pernikahan antara wanita dan lelaki
soal kasih sayang ibu bapa yang suci murni
soal indahnya persaudaraan sesama umat seAKIDAH siISLAMi!!


TAUTAN HATI
siapa kata dengan membaca kita tak mampu melihat dunia?
siapa kata dengan membaca sekadar mengisi masa yang melapang?
siapa kata dengan membaca kita tak mampu mendidik hati?
Nah, ia terbukti kini!
dengan adanya ALLAH sebagai tujuan utama empunya diri!






p/s~syukran atas kesudiaan meminjamkan buku yang sarat 1001 pesanan dan emosi~


Wednesday, December 15, 2010

saya tiada jawapan untuk itu

kenapa manusia sering bergaduh angkara duit?
kenapa manusia sering bermasam muka angkara duit?
kenapa manusia sering bermusuhan kerana duit?
kenapa manusia boleh putus saudara juga hanya kerana duit??

kenapa?
kenapa?
dan kenapa?
maaf, saya tiada jawapan untuk itu

bukankah kekayaan itu nikmat sementara dari Sang Pencipta?
bukankah kemewahan itu juga merupakan ujian dari Si Maha Berkuasa?

Mengapa pula manusia sering bongkak akan pinjaman itu?
Mengapa manusia amat kedekut untuk diberikan sedikit kepada yang lain?
Bukankah itu bukan milikmu?!
Mengapa kamu sering lupa diri?

Tuesday, December 14, 2010

Mari membunuh masa! edisi ke-3

wahhh
edisi ke-3 sudah
memang berazam gila untuk membunuh itu masa!

next destination
KMPk, Gopeng, Perak
dari khamis hingga selasa
so, pandai-pandai kira berapa hari mengambil masa

rindu ini tempat!
every year pasti akan berkunjung
pasti ada program yang ingin menyibuk
tak kiralah ada orang datang menjemput atau tidak
"ada aku kisah?"

ada dinner
ada kursus induksi
ada pergi gua tempurung
ada saja jalan-jalan sekeliling kolej
ada wat sesi ketupat dengan pensyarah!
ada gelak ketawa sesama rakan lama yang lama tak jumpe,
walaupun sebenarnye duduk sebelah-sebelah daerah je..
dan ada juga insan-insan baru yang dikenali untuk tambah bilangan friend di FB!

hilang masalah
hilang hidup tak tentu hala
hilang masa yang dibuang fikir benda yang tak tentu ada
walau kena makan bubur nasi setiap masa
akibat gusi yang wat hal tak kene masa
tapi, Alhamdulillah,
Allah balas kesenangan itu dengan lain cara

ok, next
photo!
3 je sudah
malas nak upload banyak-banyak
sebab tahu 
tak ada orang yang baca!

suasana di KMPk
 dalam gua tempurung
cube cari gambar macam orang pakai topi
 Luar gua tempurung.

teringat satu ayat 
"pergi matiey-la~!!"
hahaha

Sunday, December 12, 2010

sila dengar apa yang anda sendiri perkatakan!!

diberi mulut,
boleh berkata-kata

diberi mata
untuk melihat apa yang ada

diberi telinga,
untuk mendengar apa yang diperkata

kadang-kadang diri tak pernah sedar
yang apa yang diperkata
apa yang diluahkan
sebenarnya tak dipraktikkan sama sekali
bak tin yang kosong yang berbunyi nyaring pabila dijatuhkan ke lantai simen!

betul!
benar!
tiada orang yang sepurna
kalau yang sempurna je yang dibenarkan untuk menegur,
so, memang tak ada yang menegur bukan?

tapi,
sedarlah!
bangunlah!
yang anda berkata, bernasihat bukanlah untuk orang lain
tapi untuk diri anda juga
sebab anda juga ada telinga yang mendengar setiap apa yang anda sendiri perkatakan!!

Saturday, December 11, 2010

mengapa dirimu tak pernah mengerti?

Kita insan tak pernah sempurna
Apatah lagi terhindar dari segala dosa

sekejap ingat,
tentang dosa pahala,
sekejap alpa dan terleka,
bagai tiada iman di dada

Kekadang hati selalu merintih
Bilakah datang kegembiraan hakiki?
tidakkah ada untukku untuk dinikmati?
mengapa harus ini yang aku lalui?

Allah..
akanku terus cuba tanpa henti
untuk terus mengingatkan diri
akan Kau senantiasa memerhati

Mengapa hati ini tak pernah puas dalam nikmat-Mu
senantiasa meminta sesuatu yang BUKAN MILIKku
terbukti betapa berdosanya diri!

Berikanlah petunjukMu 
bagaimanakah kuharus ajarkan pada hati
akan keREDHAan dan kesSYUKURan 
pada apa yang telah Kau beri
mahupun apa yang Kau TIDAK MAHU BERI!

Wahai hati
keraskanlah dirimu,
akan bisikan dan kehendak nafsu,
hapuskanlah keinginan itu
mungkin dia bukan dijadikan untuk dirimu!

Friday, December 10, 2010

itu pinjaman hanya sementara!

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Syukur nikmat Allah..

Sungguh,
setelah kesulitan itu pasti ada kelapangan..

Dan
terbukti..
Allah tak pernah memungkiri janji kepada umat-Nya..

Seronok dapat 'happy'kan hati kedua orang tua..
seronok bila dapat capai azam itu

Tapi,
harus diingat.
nikmat itu pinjaman Allah buat sementara
if ditarik nikmat itu,
janganlah berduka wahai hati
berlapanglah dada itu untuk menerima!

Wednesday, December 8, 2010

its just a sentence, maybe..

you don't even bother to care, then why bother to ask and read??

siapa tahu, sila beritahu

Fakta:
Aurat seorang wanita itu adalah seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya

Comment:
Ni memang dah terang lagi nyata tak perlu lampu torchlight or what so ever lampu pelita yang ada. Memang wajib tutup bila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim kita. Malah, undang-undang/peraturan/ fakta yang sama juga diaplikasikan semasa kita nak solat.
betul?

Yang  ketat semendat yang kononnya ikut fakta di atas pun memang salah. sebab nampak segala perhiasan dan bentuk/alur tubuh.
betul?

ok.

Persoalan: 
Bagaimana pula hukumnya, sah ataupun sebaliknya bagi seorang wanita yang solat menggunakan telekung putih tapi jarang?

Ya betul, dari segi zahirnya memang wanita tersebut sudah pun menutup auratnya bila pemakaian telekung itu diaplikasikan.

Kita sedia maklum, kain ada banyak jenis dan material. Ada mahal ada murah. Ada tebal ada nipis. Ada jarang ada tidak.

so, if si pemakai memakai telekung yang agak nipis (selalunya murah) yang mampu kelihatan lehernya, mampu kelihatan bayang-bayang kakinya yang dua, or mampu kelihatan tangannya..maka sahkah solat tersebut??

p/s: kadang-kadang kita terlepas pandang

mari membunuh masa! edisi ke-2

If semalam, pergi cycling,
hari brikutnya pula, kita tengok lampu-lampu pula ye kawan-kawan

venue: i-City, Shah Alam
Time: 11.00pm - 1.30 am

this time, with family.
even dah bertapak kat sini 2 kali
tapi, sengaja
mahu pergi lagi
dah kata mahu membunuh itu masa

oh ya,
jumpe dua orang budak chomeyl di bawah 
dah boleh membuatkan jiwa kusut kembali "tersikat"
miahaha
(pe kejadahnye bahasa makcik guna ni, marah orang DBP)


below picture adalah muka-muka pihak yang terlibat,
maaf muka makcik je tak de


nota kaki + nota tapak kaki: makcik rasa salah satu punca utama pembaziran tenaga elektrik lagi terang dan nyata adalah sebab tempat ni kowt
even panas, orang selalu je datang kan (ni dah mengata diri sendiri)

Monday, December 6, 2010

mari membunuh masa!

Mari membunuh masa dengan perkara berfaedah!!
hoho
like it!

perjalanan tak dirancang
main serbu je
mane terlintas dek kepala,
pergi aje..

plan asal: cari tudung di kompleks PKNS,
mahu paw duit orng yang sudah bergaji 
memang dapat la kedua2..
 1st time makan beef steak kat secret recipe..
ni pun sebab orang belanje..
suke2!=)
moga dimurahkan rezeki orang itu...aminn

Next location,
Bukit Cahaya @ Bukit Cerakah, Shah Alam
Tarikh: 5th December 2010
Masa: 3.15 - 5.30pm

2nd time makcik datang sini since tahun 2000 dolu-dolu
best! sebab leh cycling!
syiok ooooo..
kuah peluh manyak2
naek bukit, turun bukit
tak larat kayuh,
turun aje, then tolaklah!
ha.ha.ha
basikal leh sewa ye makcik-pakcik
sejam pertama, RM 5.00
sejam kedua dan seterusnya, RM 1.00
waa...makcik suke cycling!!

dan gambar di bawah untuk tatapan anda semua..miahaha

 ok, makcik tahu
pasti ada yang tak kenal
apa itu kuda
dan, inilah dia KUDA!!!
dan ini adalah rumah 4 musim
time makcik datang
musim sejuk ye makcik pakcik
even gambar tak clear,
layan je la....

Friday, December 3, 2010

maaf!

mungkin..
maybe..
my action, perlakuan saya
buat anda keliru,
or konfius mungkin

maaf
saya call,
saya message!

niat saya hanya satu,
bertanya khabar dan bertanya keadaan
tak lebih dari itu
dan Allah Maha Mengetahui
sebab sesengguhnya hati saya sangatlah risau
hati saya bimbang
risau dan bimbang adakah kamu telah bangun dan bangkit dari kesedihan itu

bukan niat saya
telefon dan message tu,
mahu mengganggu hidup kamu,
mahupun mahu mengendeng, mengadu kasih,
atau mahu bermanja-manjaan mungkin.
TIDAK sama sekali

takpelah,
saya faham
mungkin saya silap langkah
takpe,
saya mohon maaf sekali lagi..