KLIK!

Thursday, April 29, 2010

Update2!!!

da hmpir seminggu CK mulakan latihan industri. Penat tak terkata, update blog pun dah lama kan?kan? tapi, macam la ada yang nak membaca dan mengikuti..ceh!!

1st day:
(gmbar di atas adalah bukti CK kebosanan, parking pun nak ambik gambar!)

Hari yang paling memBOSANkan!! dibawa ke seluruh ceruk kawasan dan diperkenalkan ngan setiap orang dan makhluk. Jumpe orang kampung sendri, bekas kawan sekolah sendri, jiran sendri...memang tak berkembang la otak!hehe...CK ditempatkan di department yang SEMUAnya LELAKI..apakah yang akan berlaku seterusnya?=p

Lepas lunch ngan solat zohor, baca manual GMP-Good Manufacturing Practices~memang tersengguk-sengguk la CK dibuatnya..lalalala~

2nd day:

TOUGH day! sangat PENAT woo... kene cat Filling Room...tapi, luckly, I'm not alone, ade 2 orng uncle lagi yang menolong. Dan sesungguhnya kerja mengecat ini akan menjadi lebih rumit apabila my supervisor sangat teliti dan perfectionist orangnya..apa nak buat?layan akan aje~

3rd day:
hari yang penat juga! sapa kata perempuan tak boleh buat kerja berat? kerja CK pada hari ni, buka motor air-cond, tukar lampu fluorescence and pasang air curtain! gmbar kat atas ni adalah gambar yang diambil di atas siling! berpeluh woo duk atas siling tu, takut gak siling tu tak kuat ke..ape ke, mau terjatuh ke bawah, tak kahwin2 CK nanti!=p Tapi yang pasti, CK buat kerja tu berdua la, ngan uncle muthi! kl sowang, memang tak terbuat la..

and today...
Hari yang paling seronok diantara hari-hari yang di atas! sebab banyk ilmu baru..di antaranya macam gambar di atas, Freeze Drier namenya..wahhh...sgt besar wooo...dan menurut maklumat yang dipercayai, mesin berskala besar ni, ade 2 buah je yang ada kat Malaysia ni! so, lagilah CK tertarik kan.. Lagipun, hari ni tak banyk keje berat...tapi, da dpt task baru, kena report macam mane nak handle chemicals yang ada dlm company tu..kononnya, CK lak kena bagi talk to others staff pasal tu!hahah..habis la..wait n c aje!

Dan hari esok? CK masih ternanti-nanti..dan sesungguhnya...


"Hidup ini ibarat ada 3 hari. Semalam sebagai pengalaman, hari ini untuk perancangan dan esok hanya menantikan jawapan.."

Thursday, April 22, 2010

CK redha

Jika itu pilihan terbaik untukku, CK redha dengan setiap ketentuannya. Mungkin sudah tertulis, "its not meant to be"..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap umatnya kan?

"Lantaklah!"

when that word cross in my mind. It shows that CK dah pun berhenti berharap untuk sesuatu yang tak pasti untuk diri ini. *tiba-tiba lagu berhenti berharap by sheila on7 bermain di kepala,heheh*

Tapi, yang pasti CK tak pernah berhenti berharap akan nikmat-nikmat Allah yang lain. Mungkin yang satu tu je bukan milik CK.

KUATKAN genggaman tanganmu
terhadap AGAMA ALLAH,
kerana hanya DIA tempatmu BERSANDAR
ketika semua orang mengkhianatimu.


p/s~CK tidak pun dikhianati ye..=)

Sunday, April 18, 2010

Hanya Allah yang tahu..

Hanya Allah je yang tahu apa yang terbaik untuk umatNya..
Hanya Allah je yang tahu apa yang tidak untuk umatNya..
Hanya Allah je yang tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam hati umatNya..
Hanya Allah je yang tahu apa yang disorok dan disembunyikan oleh umatNya..

Sungguh kuasa Allah itu tada bandingannya.
Ar-Rahman..Maha Pemurah
Ar-Rahim..Maha Pengasih
Al-Malik..Maha Agung
Al-Kuddus...Maha Suci
As-Salam..Maha Selamat Sejahtera..
dan ada 95 nama lambang lagi sifat kebesaranNya..

Sekuat mana pun seorang hamba,
Sepandai mana seorang hamba mengatur hidupnya,
kepada Allah jua tempat diletakkan pergantungan terakhir..

"Ya Allah, ku pohon padaMu.. Kau tunjukkanlah jalan dan caranya.."



Thursday, April 15, 2010

A Precious Words~


Kami tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dariada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


al-Baqarah:286





Narrated from Anas: Rasulullah bersabda;
"None of you should long for death because of a calamity that had befalled him; and if he cannot, but long for death, the berdoalah,

"Ya Allah, let me live as long as life is better for me, and take my life if death is better for me."

Sahih Bukhari

Wednesday, April 14, 2010

A Review..

Sedikit perkongsian bersama: diambil, dicopy dan dipaste dari sebuah buku hasil tulisanSaudara Pahrol Mohd Juoi..*p/s~encik Azrai tak perlu baca post ni taw, sebab saudara dah pun baca buku ni..=)*



"Yang penting tanyalah hati sendiri, untuk apa aku bercouple? Jika niatnya benar-benar suci, yakni untuk bernikah (kerana itu tuntutan Alah dan mengikut sunnah) maka perliharalah niat yang suci itu baik-baik. Jangan dicemari dengan perbuatan yang kotor dan jijik. Tetapi sekiranya niat kita hanya untuk suka-suka, sekadar berseronok-seronok, maka hentikanlah. Takut syaitan menyelah. Apatah lagi bagi pasangan yang sering berdua-duaan di tempat sunyi. Ingat selalu pesan Rasulullah saw, tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya" m/s 31



"Tidak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlinga mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa." m/s 45



InsyaAllah,jika ada yang perlu dikongsikan bersama, CK akan publishkan sini sebab tak habis kaji lagi buku ni, baru pertengahan jalan. Tapi kalau nak beli sendiri buku ni pun apa salahnya. Banyak manfaatnya. Moga pandangan dan pegangan kita bertambah teguh.

Tuesday, April 13, 2010

Saje suka-suka~

Something that will make us smile alone while reading it..try it once..=)