KLIK!

Sunday, May 30, 2010

Tak terhurai~

p/s_ rasenye readers pandai dah kot nak tafsirkan maksud di sebalik gambar di bawah..so, tak perlu kot rasanya CK nak elaborate panjang-panjang..

Sekian~ 

Tuesday, May 25, 2010

syukur dan redha seadanya...~

Dah lama xupdate..Quite long time right? rindu rasanya sama ini blog! bt, what can i do..ada idea, tapi tak ada masa yang boleh dicuri (alasan semata-mata~)

bila baca status kawan2 kat FB, rasa sgt cemburu pabila mereka berpeluang gi kilang2 yg mmg padan ngan kos masing2...escpecially, my coursemate...masuk plant yg real plant as an chemical engineer..ade yg siap leh apply major subject in their LI..

bt CK? in pharmaceuticals area, not much that i can apply that totally relate with my course.. yang ade pun maybe a boiler dan freeze drier tu je...

boiler house tu pun just the small one..real pictures as below k?



Even though my place is not to big or its name is not a well-known factory..but, i try to  absorb all those knowledge from my sv.. UTM graduates in mechanical engineering, he must have a lot of experiences and knowledge rite? so, I will ask everything including the one that are not related with my course..miahahaha..ketamakan terserlah di situ..

Monday, May 10, 2010

Jom jadi spiderman~

Jom jadi spiderman!! yeah, panjat sana, panjat sini...yang bezanya tak ada all those white string je,CK guna tangga..

ok,permandangan di bawah adalah dari atas bumbung company tempat CK berpraktikal.  terketar-ketar lutut kaki kowt nak naik tangga tinggi tu..


Apa CK buat kat atas tu? hehe...pe lagi?keje maintanance la..tapi tak pe, CK happy wat keje macam ni.. Redah je semua..Janji staff laen tak nampak CK ni lembik dan mengada orangnya..

Tuesday, May 4, 2010

Mari ke bulan~!lalalal

Mari kita ke bulan!yeay~!
bukan calang-calang orang boleh ke bulan taw..
hanya orang yang bertuah, lagi yang terpilih saja  yang layak..miahaha=p

ok, stop all that nonsense CK!
kita kembali ke alam nyata. "pergi ke bulan" maksudnya mari kita berpakaian seperti ke bulan.
bukan naik bulan, tapi masuk Filling Room@Clean Room.
Dipanggil Clean Room sebab bilik ini tersangat la BERSIH!
hatta particle yang bersaiz 0.5mironmeter pun payah nak jumpe dalam kawasan ini...

Ok, mari CK explain permandangan di bawah..

Gambar di bawah adalah di mana seorng kontraktor yang sedang mengambil bacaan velocity udara dari HEPA filter..

dan gambar ini pula sedang tunggu bacaan bilangan particle..
tunggu seminit je pun..



oh ya, CK nak kongsi pesanan my supervisor..katanya..

"Nak jadi engineer, kena mula dari bawah.."


Saturday, May 1, 2010

I wish but..

I wish I can turn back the time..
but, it definitely impossible!

I wish I can hold back my words...
but, it definitely also impossible!!

I wish I never do that..
but, I'm definitely has over do it..


CONCLUSION :

Think wisely before u say or do it.
So that, u wont regret in a few minutes later~

Thursday, April 29, 2010

Update2!!!

da hmpir seminggu CK mulakan latihan industri. Penat tak terkata, update blog pun dah lama kan?kan? tapi, macam la ada yang nak membaca dan mengikuti..ceh!!

1st day:
(gmbar di atas adalah bukti CK kebosanan, parking pun nak ambik gambar!)

Hari yang paling memBOSANkan!! dibawa ke seluruh ceruk kawasan dan diperkenalkan ngan setiap orang dan makhluk. Jumpe orang kampung sendri, bekas kawan sekolah sendri, jiran sendri...memang tak berkembang la otak!hehe...CK ditempatkan di department yang SEMUAnya LELAKI..apakah yang akan berlaku seterusnya?=p

Lepas lunch ngan solat zohor, baca manual GMP-Good Manufacturing Practices~memang tersengguk-sengguk la CK dibuatnya..lalalala~

2nd day:

TOUGH day! sangat PENAT woo... kene cat Filling Room...tapi, luckly, I'm not alone, ade 2 orng uncle lagi yang menolong. Dan sesungguhnya kerja mengecat ini akan menjadi lebih rumit apabila my supervisor sangat teliti dan perfectionist orangnya..apa nak buat?layan akan aje~

3rd day:
hari yang penat juga! sapa kata perempuan tak boleh buat kerja berat? kerja CK pada hari ni, buka motor air-cond, tukar lampu fluorescence and pasang air curtain! gmbar kat atas ni adalah gambar yang diambil di atas siling! berpeluh woo duk atas siling tu, takut gak siling tu tak kuat ke..ape ke, mau terjatuh ke bawah, tak kahwin2 CK nanti!=p Tapi yang pasti, CK buat kerja tu berdua la, ngan uncle muthi! kl sowang, memang tak terbuat la..

and today...
Hari yang paling seronok diantara hari-hari yang di atas! sebab banyk ilmu baru..di antaranya macam gambar di atas, Freeze Drier namenya..wahhh...sgt besar wooo...dan menurut maklumat yang dipercayai, mesin berskala besar ni, ade 2 buah je yang ada kat Malaysia ni! so, lagilah CK tertarik kan.. Lagipun, hari ni tak banyk keje berat...tapi, da dpt task baru, kena report macam mane nak handle chemicals yang ada dlm company tu..kononnya, CK lak kena bagi talk to others staff pasal tu!hahah..habis la..wait n c aje!

Dan hari esok? CK masih ternanti-nanti..dan sesungguhnya...


"Hidup ini ibarat ada 3 hari. Semalam sebagai pengalaman, hari ini untuk perancangan dan esok hanya menantikan jawapan.."

Thursday, April 22, 2010

CK redha

Jika itu pilihan terbaik untukku, CK redha dengan setiap ketentuannya. Mungkin sudah tertulis, "its not meant to be"..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap umatnya kan?

"Lantaklah!"

when that word cross in my mind. It shows that CK dah pun berhenti berharap untuk sesuatu yang tak pasti untuk diri ini. *tiba-tiba lagu berhenti berharap by sheila on7 bermain di kepala,heheh*

Tapi, yang pasti CK tak pernah berhenti berharap akan nikmat-nikmat Allah yang lain. Mungkin yang satu tu je bukan milik CK.

KUATKAN genggaman tanganmu
terhadap AGAMA ALLAH,
kerana hanya DIA tempatmu BERSANDAR
ketika semua orang mengkhianatimu.


p/s~CK tidak pun dikhianati ye..=)