KLIK!

Friday, March 4, 2011

problem o problem

problem o problem
im too clever to run from it
very smart to hide from it...

but,
once a time
when u're alone
it will come to chase u

hahaha

Wednesday, January 19, 2011

jimat di 'sini', rugi di 'sana'

situasi pertama:
si lelaki ada motor, si wanita ada kereta.
pendek cerita, pasangan kekasih.
Jika keluar, pasti motor yang menjadi pilihan, kereta ditinggalkan.
sebab?
JIMAT duit minyak, duit tol pun tak perlu bayar..tapi.
RUGI di "sana", pabila buku amalan yang diberi daripada belah kiri lebih BERAT dari yang kanan

situasi kedua:
JIMAT kain nak guna apabila buat baju, buat tudung.
tak payah kain panjang-panjang
sikit cukup, harga pun MURAH..
tak perlu tebal-tebal, harga akan rendah
eh, JIMAT lagi di situ!
alahai...sedihnya hati...
kita RUGI di sana, pabila kitab amalan dari sebelah kanan amat nipis sekali..
manakan tidak, solat pun tak diterima akibat JIMATnya kita di sini

situasi ketiga:
buku enggan dibaca,enggan dibeli
kan bagus dipenuhi dengan movie@tidur semata2..
beli baju beli aksesori itu ini
boleh rehatkan minda, hobi itu dituruti..
JIMAT masa kita, jimat tenaga diguna..
eh, mampu ke jawab bila di tanya apa yang kita buat semasa adanya masa?
boleh ke bina jawapan yang utuh  bila di tanya apa ibadah tambahan semasa hayat di kandung badan?
alahai...RUGInya wahai diri..
pabila jawapan itu mampu kita beri, tapi disia-siakan pabila dah terlalu JIMAT dahulu hari

Monday, January 17, 2011

Rebut 5 perkara sebelum 5 perkara

Hadis Nabi ada mengatakan.. Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara..

MUDA sebelum tua,
SIHAT sebelum sakit,
LAPANG sebelum sempit,
KAYA sebelum miskin,
HIDUP sebelum mati.

Tapi, sejauh mana kita benar-benar memahami? 
sejauh mana kita menghayati? 
atau sekadar tahu seadanya? 
wallahulam.
hanya Allah dan si empunya diri yang benar mengetahui..

Kalau benar-benar kita menghayati
Mengapa ada masa senggang yang kita katakan BOSAN?
Kalau benar-benar kita memahami
Mengapa ada ketika yang kita katakan kita TAK CUKUP MASA untuk menuntut ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah?

Kalau benar kita ikuti 
Mengapa ada masa kita yang diisi dengan aktiviti LAGHA yang TIDAK ADA FAEDAHnya?

Kalau benar kita menyedari,
Mengapa ada ketika kita mengadu yang kita tidak kecukupan wang? 
sedangkan kita mampu untuk berjimat cermat ketika KAYA dan dapat digunakan ketika MISKIN?


Kalau benar hati ini mengakui,
Mengapa ada ketika kita mengatakan kita malu untuk menuntut ilmu asas membaca al-Quran ketika umur melanjut TUA?
sedangkan di waktu MUDA kita sia-siakan?

Sudah bersediakah kita dengan skrip jawapan tentang amal yang dilakukan semasa HIDUP yang pasti akan ditanya sesudah bangkitnya kita sesudah MATI??


Tuesday, December 28, 2010

Syabab~!


"Syabab,
musafir kasih"
tulisan dan olahan saudari Fatimah Syarha mohd Noordin

Syabab,
lahirnya ke bumi
bukanlah dengan kesenangan tanpa perlu dicari
bukanlah dari keluarga yang mengamalkan hidup Islami

Syabab,
seorang kanak-kanak yang dicemuh dicaci
dicemuh dicaci lantaran kemiskinan yang melanda diri
lebih senang hidup berdikari
kekayaan hutan dek ciptaan Illahi digunakan untuk perut yang perlu diisi

Syabab,
pada usia yang muda, dia mampu menjadi penternak lembu yang berjaya
walaupun pada peringkat awalnya, tiada ilmu di dada
digagahinya juga menuntut ilmu walaupun menginjak usia
Kuala Lumpur, Kota Syam tanah anbiya' tempat menimba

Syabab,
kau harapan bangsa
menjadi kepala untuk membimbing mereka harapan agama
Moga dikau mampu membuka pintu hati untuk si pembaca~!

DVD, VCD or CD?

Life is not like a DVD
not a VCD,
not a CD!

Life could not be rewind,
there is no such button like play, stop, pause, etc
there is no button u can push
there is no button u can control

Life keep going
It could not be stop as u wish
U have to face it no matter what
U have 1001 choices in your hand throughout your life

Your choice, You choose!

Live well or live hell?
You choose!

Monday, December 27, 2010

Denyut Kasih Medik



Denyut Kasih Medik hasil karya Dr. Farhan Hadi
Gaya penulisan yang agak biasa-biasa
Menyingkap kehidupan seorang doktor HO
Sambil menyebarkan syiar Illahi

Bukan sahaja sesuai di baca oleh si doktor di luar sana
Bahkan orang-orang kebiasaan juga mampu peroleh kesan yang sama
Walaupun ayat yang digunakan simple dan ringkas bersahaja
Namun, di dalamnya banyak tersisip nota-nota ilmiah dan isu-isu semasa

Bukanlah ianya sekadar kehidupan doktor sehari-hari
Bukan sahaja sakit fizikal sahaja yang cuba ditangani
Namun sakit rohani itu yang cuba didekati
Kepada Sang Pencipta jua diletakkan pergantungan si hati

p/s~maaf, ayat yang kurang menarik dan tunggang terbalik

Sunday, December 26, 2010

from Him, to Him

Dua tahun yang lalu
Si ayah meninggalkannya
Sedang aktif bermain badminton
Nyawanya ditarik
Sudah tertulis ajalnya di saat itu dan di ketika itu

Dan hari ini
Ketika dirinya berumur 15 tahun
Si anak kehilangan si ibu
Pendarahan otak di kepala
Menjadi salah satu musabab nyawa si ibu ditarik
Tapi ia hanya satu alasan,
Alasan untuk Si Pemlik nyawa mengambilnya
Sebab Dia adalah pemilik mutlak!

Moga si anak tabah menghadapi hari mendatang
Moga si anak dapat melihat musibah yang menimpa dari suatu sudut orang yang beriman, beragama
Moga si anak mampu berdiri setelah terjelepuk jatuh terduduk di bumi, walau bermula dengan bertatih cuma
Moga si anak menjadi yang solehah kerana doa anak yang solehah itu bekalan si ibu dan si bapa di sana

p/s~ tak terjangka dek hati
tak terjangka dek diri
mampukah kita berdiri
andai kata ianya terjadi pada batang hidung sendiri

"Daripada Allah kita datang, dan kepada Dia juga kita kembali"