KLIK!

Sunday, September 26, 2010

Ya Rabb

Allah....
Berat..
Sakit...
Tapi aku tahu Kau tetap disampingku..

Allah...
Kau berikan masalah..
Kau menguji...
Tapi aku tahu Kau menyayangiku..

Allah...
Walau aku tidak tahu dengan siapa yang harusku luahkan dengan hambaMu yang lain,
Walau aku buntu siapakah yang harusku cari,
Tapi aku tahu aku ada Kau yang sudi mendengar setiap duka dan sukaku..

Saturday, September 25, 2010

Untuk kamu yang aku kenali

"Ya Allah, kumohon dipermudahkan urusan kami.."

Minggu yang baru di lalui mahupun minggu yang bakal diharungi...
Bagi mereka yg aku kenali,
ia merupakan minggu yang agar sukar dilalui dan diharungi!

PSM/FYP,dengan experiment  yang tak menjadi,
Ditambah pula dgn due date yang aci suka main kejar-mengejari,
memang cukup menyesakkan kepala sehingga menggigit jari!

Bagi yang baru sahaja diarahkan untuk submit proposal untuk dilulusi,
ditolak direject diteguri,
memang suatu berita yang amat mendukacitakan si hati!

Yang ditarik nikmat kesihatan yang baik sehari-hari,
diuji dengan kesakitan dan kedukaan si diri,
sesak dan risau confirm2 duk bersila dlm hati!

pick pocket nama diberi
hilang segala bagai kad dan segala maklumat yang penting untuk si diri!
hinggakan terpaksa pulang ke rumah yg beribu batu semata2 nk  dikembalikan semua yang bukan di lagi digenggami..
Duit/wang yang berangka-angka memang confirm kene sapu sekali
Penat badan dan juga penat hati!

Test dan ujian bakal diduduki,
buku tebal berinci-inci minta ditemani,
korban tidur, korban kehendak hati,
Agar tak menyesal di kemudian hari.

Bagi yang berprogram berhari-hari,
Pasti hati menjerit-jerit mahu ia berjalan seperti yg diingini!

p/s~Semua kisah di atas CK kumpul dari orang disekeliling mahupun diri ini sendri..baik sahabat, keluarga mahupun yang disayangi..

Untuk kamu yang aku kenali,
"terimalah dengan hati yang terbuka dan tanpa soal dihati,
tapi aku cukup mengetahui,
melaluinya sendiri mungkin tak mampu diri ini harungi!

Namun,
ketahuilah, yang setiap masalah mahupun halangan yang anda lalui,
memang tercipta untuk anda harungi,
kerana si DIA tahu yang anda mampu untuk terus BERDIRI!!!"

Friday, September 24, 2010

not good..not good!

Teringin...terasa..mengidam...nk marah..
errrrrrrrr...
not good..not good...
not a gud feeling to feel!

ok!
d best solution is,
Jom cry-cry!
tak susahkan sape-sape kan?

its remind me of 'umi' advice.
sometimes crying is the best way to let it out!
wokeyh 'umi'!!
i'm practising it now..
LOL

Thursday, September 23, 2010

bulat kecik, bulat besar

Bulat kecik bulat besar,
nak kata telur ikan, bukan, telur katak pun bukan!
bila synthesis memang mengharap besar,
agar tak jadi bentuk bukan-bukan!
 (sengal!)

finally!
dapat gak bentuk bulat-bulat ni..
even tak sama saiz..
tapi, xkira!
cik kotak bersyukur gegila!!
sebab nak wat bende ni, kena "empangan pecah" dulu kot!

p/s: sila teka, apakah dimaksudkan dengan 'empangan pecah'??

Saturday, September 18, 2010

saya nak bagi tahu, tapi..

Awak...
saya nak bagi tahu
yang saya sayang awak,
tapi..
saya tak mampu,
sebab saya tahu yang saya harus lebihkan sayang saya pada Dia.

Awak...
Saya nak bagi tahu,
yang saya rindukan awak,
tapi..
saya tak mampu,
sebab saya tahu batas saya sebagai seorang gadis yang berpegang pada agama.

Awak..
Saya nak bagi tahu
yang saya nak awak jadi imam buat saya,
tapi,
saya tak mampu,
sebab saya tahu yang jodoh, ajal maut di tangan Pencipta kita.

Awak..
Saya nak bagi tahu
yang saya nak jadi yang halal buat awak,
tapi,
saya tak mampu,
sebab saya masih lagi tak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mithali buat suami dan anak-anaknya.

Awak...
Saya nak bagi tahu
yang saya mengharapkan awak,
tapi,
saya tak mampu,
sebab saya tahu kadang-kadang apa yang kita inginkan bukanlah sesuatu yang terbaik untuk kita.


"Tapi apa yang saya mampu buat,berdoa dan bersangka baik dengan setiap ketentuan-Nya.."

Thursday, September 16, 2010

Eh, jangan perasan!

Eh, siapa saya bagi dia?
Untuk dipujuk!


Eh, layakkah saya di mata dia?
Untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah!


Eh, cukup sempurna ke saya?
Untuk dilayan bak puteri disinggah sana!


Eh, tolong!
Tolong jangan perasan!
Pabila mahu semua kehendak hati untuk diturutkan!