KLIK!

Saturday, September 25, 2010

Untuk kamu yang aku kenali

"Ya Allah, kumohon dipermudahkan urusan kami.."

Minggu yang baru di lalui mahupun minggu yang bakal diharungi...
Bagi mereka yg aku kenali,
ia merupakan minggu yang agar sukar dilalui dan diharungi!

PSM/FYP,dengan experiment  yang tak menjadi,
Ditambah pula dgn due date yang aci suka main kejar-mengejari,
memang cukup menyesakkan kepala sehingga menggigit jari!

Bagi yang baru sahaja diarahkan untuk submit proposal untuk dilulusi,
ditolak direject diteguri,
memang suatu berita yang amat mendukacitakan si hati!

Yang ditarik nikmat kesihatan yang baik sehari-hari,
diuji dengan kesakitan dan kedukaan si diri,
sesak dan risau confirm2 duk bersila dlm hati!

pick pocket nama diberi
hilang segala bagai kad dan segala maklumat yang penting untuk si diri!
hinggakan terpaksa pulang ke rumah yg beribu batu semata2 nk  dikembalikan semua yang bukan di lagi digenggami..
Duit/wang yang berangka-angka memang confirm kene sapu sekali
Penat badan dan juga penat hati!

Test dan ujian bakal diduduki,
buku tebal berinci-inci minta ditemani,
korban tidur, korban kehendak hati,
Agar tak menyesal di kemudian hari.

Bagi yang berprogram berhari-hari,
Pasti hati menjerit-jerit mahu ia berjalan seperti yg diingini!

p/s~Semua kisah di atas CK kumpul dari orang disekeliling mahupun diri ini sendri..baik sahabat, keluarga mahupun yang disayangi..

Untuk kamu yang aku kenali,
"terimalah dengan hati yang terbuka dan tanpa soal dihati,
tapi aku cukup mengetahui,
melaluinya sendiri mungkin tak mampu diri ini harungi!

Namun,
ketahuilah, yang setiap masalah mahupun halangan yang anda lalui,
memang tercipta untuk anda harungi,
kerana si DIA tahu yang anda mampu untuk terus BERDIRI!!!"

2 comments:

Hannajoe said...

sabar...
sekarang ni mungkin sedikit sukar..ada hikmah disebaliknya~
insyaAllah...
esok lusa pasti akan berjaya

:D

miranasib said...

angels of d moon...

waaah...akhirnya, my supersenior, my motivator, my step sister, n my co-supervisor dpt gak komen kan...?
hehe

thanx angelss!insyaALLAH...=)