KLIK!

Saturday, October 30, 2010

Q n A..

status orang di FB:
"Let`s StarT our study week with smile...=) hehehe"




Q: eh, dah study week?
A: dah


Q: bila?
A: dah mula la ni.it starts from today, 00.01am, saturday


Q: eh, betol?
A: betol la sengal!


Q: kenape tak sedar?
A: Sibuk kowt


Q: ha,ah..ade PSM
A: yelah sgt!


Q: tapi, nape rasa masa cepat je masa berlalu?
A: Nak akhir zaman dah..!


Q: PSM tak siap lagi nih..sempat ker?
A: sempat


Q: kalau tak sempat?
A: repeat


TAKKKKKK NAAAAAKKKKK repeat! mintak dijauhkan.....


p/s- Q dilakonkan oleh otak bawah sedar, dan A dilakonkan oleh otak yang fully sedar



Tuesday, October 19, 2010

TSUDT

Terima.
Sabar.
Usaha.
Doa.
Tawakal.

dah.
Itu je yang mampu.

untuk semua perkara.
perkara yang diharap.
diharap menjadi realiti.
ya, realiti!
bukan mimpi!!

senyum.
smile.
bukan kita seorang je yang susah.
ada yang lain yang lebih susah.

susah sekejap.
doesnt matter.
it will turn ok.
someday.
maybe not today,
next week?
next month?
next year?
whatever...
He knows better...

p/s~utk si panda.."oops, sory,..i had my 2nd nescafe today...couldnt avoid it..even it might turn myself worst"

Monday, October 18, 2010

Nescafe o nescafe








Nescafe o nescafe

memang sedap minum di cafe

Nescafe o nescafe
dah di baca si buku cerita
dengan harapan penat si mata lalu terlelap lah ia
namun ianya tinggal angan-angan semata-mata

Nescafe o nescafe
Otak dah penat untuk terus berfikir
tiadalah daya selepas seharian mengerah idea sehingga jatuh fakir
namun si kelopak mata masih degil bak batu kikir

Nescafe o nescafe
esok menanti penuh aktiviti
badan penat minta dikasihi
pukul 3 pagi masih tak tidur-tidur lagi!


p/s~pesanan penaja yang jauh di mata tp dekat di hati.."last minum nescafe sebelum jam 5 ptg sahaja"

Sunday, October 17, 2010

Bumi Cinta

Kuatkan ikatan tekad,

angkat tinggi-tinggi bendera harapan

berjalanlah menuju Allah

dengan bersungguh-sungguh, tanpa lelah

jika rasa lemah menyerangmu,

isi jiwamu dengan kekuatan Al-Quran

libas nafsumu, jangan kasi ampun

nafsu selalu mengajakmu menuju kebinasaan.


Sebuah karya Syaikh Muhammad Ahmad Al-Rasyid
di dalam buku, 'Nahwal Ma aali'

mengenalinya hasil bacaan Bumi Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy

Friday, October 15, 2010

Jom mandi!

Jom mandi buih!
eh, bkan utk manusia, tpi kereta!
tp untuk manusia leh gak,
sila buat di tempat terTUTUP dan SAMA jantina sahaja yer


akhirnya, mandi gak la kete ni..
dah setiap hari abah tnye keretanye dah mandi ke blum,
mau tak sesak nafas nk menjawab?
dah pinjam, sila buat cara pinjam ye?!


 ok, one thing yang buat saya kagum kat car wash ni..
ada di antara pekerjanya adalah REMAJA LELAKI melayu ye
gila! CK memang nk tabik spring td,
tp, cover lagi lah kan..
berapa ramai budak melayu kita sanggup wat keje ni..
alih2, sanggup goyang kaki melepak sambil tanam anggur kat umah susahkan mak bapak.
teringat post lama CK pasal ni,
seyes, tabik spring la..
p/s~popular jap muke budak ni..ngeh2
tp, maaf! perlu ditutup jua..

Wednesday, October 13, 2010

Dah cukup BAIK ke aku dan kamu?!

Semua orang nk jadi baik
Tapi, "baik' sgt subjektif

Cube tanye kat sowang-sowang ape 'baik' bagi mereka
memang confirm akan dpt jawapan yg berbeda-beda, eh silap, berbeza-beza

maybe ada yang kata,
baik itu apabila seseorang itu bertudung labuh, menutup aurat,
baik itu apabila si dia lemah lembut, bersopan santun, lemah gemalai..
mungkin juga ada yang kata, baik itu apabila si dia sanggup berkorban apa saja untuk si kawan yang susah,
bahkan, si dia yang sanggup buat segala bagai kerja orang lain atau mereka yang sanggup selesaikan tanggungjawab orang lain juga dianggap baik.

Ade ke skema jawapan untuk maksud apa itu "baik"?

CK pernah terbaca pendapat seorang rakan..
"baik itu apabila seseorang itu melakukan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR yakni melakukan segala kebaikan dan meninggalkan segala larangan-Nya"

hoho,
memang payah tu nak capai aspek ke"baik"an sebegitu..
Buat baik satu perkara tak semestinya si dia akan tinggal semua larangan-Nya..

so, kiranya semua orang tak baik lah ye?
(kecuali nabi dan rasul Allah yang bersifat maksum..)

hmmm...
manusia itu tak sempurna,
tak pernah lari dari melakukan kesilapan..
tapi, berusaha ke arah menjadi yang lebih baik itu lebih baik kan?
sebab kita senantiasa ada ruang untuk menjadi lebih baik!

Monday, October 11, 2010

Desaru dan Taman Bunga lagi..

Hoho..
hobi baru..
tangkap gambar,
Tapi bukan gambar sendiri ye..
sebab memang sedar diri,
diri tu bukan cantik macam model..!

(a)Desaru

 (b) Taman bunga lagi..ngeh2


Saturday, October 9, 2010

Taman bunga+Nusajaya

9th October 2010,
7.00am..
gi 'dating' berdua ngan cik nadiahku sayang..
venue: Nusajaya dan Taman Bunga JB
plan asal, 
ada lagi 3 orang jelita-jelitawan yang turut serta dlm perjalanan tak berapa nak jauh ni..

Namun apakan daya,
kelopak mata mereka lagi penting untuk dilayan dan dituruti..
hahaha

Untuk buah tangan bagi mereka bertiga,
sila lihat gambar di bawah

Sekitar di taman bunga 

Dan ini pula di kawasan Nusajaya



oh ye, cik nadiah dah plan macam-macam dalam kete td...da siap kertas kerja rasanye..so, tunggu jelah moga menjadi..LOL


p/s~ Untuk si dia yang jauh disana, jom turun JB? saya bawa awak ke sini..ok x?

Silver leh beranak-pinak ke?

Soalan cepumas:
Silver a.k.a Argentum leh beranak pinak ke bila dicampurkan dengan acid or any alkali??

Biul gak bile fikir ni.
Boleh pulak la % silver tu naik selepas dibuat adsorption kan..

Oh,
kalau memang boleh beranak pinak,
memang confirm lepas ni nak sambung wat master dalam recovery gold lak kan..

Buat experiment,
pastu tapis sebab emas tadi dah bertambah, beranak-bercucu,
then jual..
kayo-kayo...!

Oh ye, lagi satu..
apa pandangan anda tentang perkataan "SENGAL" ye?
agak-agak kalau dengar kawan cakap word tu kat anda, anda marah tak?

Wednesday, October 6, 2010

Sila malu~!

Karang ayat punye best,
puas kowt fikir nak susun kata-kata,
Bila nak send,
Baru sedar,
Hp tu tak save nombor orang yang ingin diberi.


Dengan bangganya,
tekan je lah kan..
bajet ingatan tu memang superb!
and proceed tekan button send..


Balik bilik,
Cek balik no. tu kat hp satu lagi,
Hahaha..sengal!
Salah nombor..
erk!
Sila MaLu~!

p/s~naseb bek la orang tu tak reply..LOL

Sunday, October 3, 2010

Buat mereka yang terasa diri tu status seorang anak, jom main kira-kira...

Buat mereka yang terasa diri tu status seorang anak, jom main kira-kira...

Sila kira berapa banyak wang dan duit yang mak abah awak habiskan untuk awak?
Sila kira berapa banyak masa yang mak abah awak peruntukkan untuk menjaga awak?
Dan sila juga kira berapa banyak kasih sayang yang mak abah awak curahkan untuk awak?

Hoho..
Mampukah terkira?

Dan sekarang,
Sila kira berapa banyak pula masa yang awak luangkan untuk mak abah awak sepanjang awak hidup dengan mereka?
Sila kira berapa kali awak menggembirakan hati mak abah awak?
Dan sila juga kira berapa kali anda teringatkan mak abah awak dalam 24jam sehari?

Yang ni, rasanye pasti terkira sebab memang confirm sikitnye kuantiti~!

p/s~pos untuk teguran diri sendiri..ampun maaf kalau ada yang terasa...tp, memang diri CK sendri dah cukup terasa!

Saturday, October 2, 2010

Mak, Abah..TQ!!

Budak kecik: "Mak, ampu-ampu!" (sambil menunjuk-nunjuk ke arah lampu yang berwarna-warni)
Si Mak: "Iye, lampu tu"


Situasi ini berlaku 18 tahun dahulu, ketika budak kecik itu berumur 4 tahun. Ketika itu, mereka sedang bersiar-siar menaiki motorsikal di perkarangan jalan parlimen di malam hari.

Aiyoo....
Ketika mak abah bercerita tentang itu,
Bercerita di depan wan ngan busu pulak tu,
Membuatkan CK senyum tersipu2 ayu!
haha

Kalau suruh flashback time umur 5tahun ke bawah,
Ampun maaf, memang CK tak mampu nk rewind, n play back!

Dah besar,
22tahun!
aiyoo!~
sok lusa, semalam tulat, still menyusahkan mak abah!
Ceit!