KLIK!

Sunday, July 17, 2011

sometimes crying is the besr cure

Mahu pergi sejauh mungkin
Mahu berlari selaju mungkin
Mahu menghilangkan diri
agar tidak lagi diketemui!

Kalau itu yang dipinta
Kalau itu yang diminta
baek!
usah berikan
biar kaki ni sendri memikirkan cara dan kaedahku sendiri

Baek!
usah meminta lagi!
jangan sesekali mengungkit
jangan sesekali mengadu!

jika hingga ke saat tadi,
kepala ini serabut
memikirkan itu dan ini
mencari jalan dan kaedah
bagaimana aku mampu membantu
atleast tanpa meminta-minta!

hingga rehat badanku
aku hiraukan
aku endahkan!
hingga aku sakit
tiada yang tahu

bukan niatku untuk meminta balasan
tapi cukuplah sekadar kasihan
sebab niat aku satu
tak mahu menyusahkan
tak mahu membebankan

tapi
hanya disebabkan itu
aku salah
aku hina

kan kucuba melarikan diri sejauh yang mungkin
kucuba membawa diri
pasti kucuba untuk tidak kembali lagi

terima kasih!
terima kasih tidak terhingga
jika ini yang aku perolehi
terima kasih sekali lagi

Friday, July 8, 2011

mahu itu dan mahu ini

Mahu syukuri apa yang ada
Bukan menangisi apa yang tiada

Mahu mengejar cita-cita
Bukan membiarkan masa yang ada berlalu begitu sahaja
Bukan setakat pangkat yang dikejar-kejarkan
tapi peluang untuk berbakti pada bangsa dan agama

Mahu mencari keredhaan dan kerahmatan dari si Dia
Bukan meraih amarah mahupun dosa
bukan hanya berjaya di dunia
malah di 'sana' matlamat utama

Mahu menjadi seorang yang senang dihampiri
Bukan seorang yang ditakuti dan digeruni
menjadi seorang yang mampu dicontohi dan diteladani
bukan seorang yang hanya betah berkata tanpa isi

Mahu menjadi seperti pokok kelapa
Yang mampu digunakan di setiap inci dan sentimeter
Dari batangnya hingga hujung daunnya
berguna untuk setiap manusiawi

Mahu menjadi seperti sekuntum mawar
Bunganya cantik dari pandangan mata
Harum baunya dihidu si manusia
Namun tak tegar dipetik begitu sahaja

Mahu menjadi seperti Aishah
Yang bijaksana dengan ilmunya
Yang manja dengan telatahnya
Yang hebat dengan keimanannya
Yang taat dan mesra bersama suami tercinta

Oh!
banyak sungguh harapan itu dan ini
perlu disiplin diri yang tinggi
moga ini bukan hanya omong-omong kosong
tapi satu isi kata hati
yang mampu menjadi matlamat buat badan, tangan, kaki, akal dan hati
untuk turut berkerjasama
mencari bahagia yang hakiki

buat semua yang baca post ini
doa kalian amat ku damba dan ingini!
(~.*)

Tuesday, July 5, 2011

tribute buat si dia

saya masih ingat
ingat akan kata-kata nasihatnya
terngiang akan suaranya

masih kuat diingatan
akan kemuliaan hatinya
tidak pernah berkira
dengan sesiapa jua

saya masih ingat
akan keenakan masakannya
kengarupan roti canainya
sedapnya sambalnya..
akan cucurnya
akan sambal belacannya
akan setiap satu masakan hasil air tangannya

saya masih ingat
tidak pernah lokek dia untuk memberi
tidak pernah lokek dia dengan senyumannya
biarlah orang mengata,mengeji dibelakang mahupun di hadapannya
tetap dilontarkan senyuman dibibirnya,
kekal membisu seribu kata tanpa membalasi
biarpun dia tahu,
dia berada di pihak yang benar

saya masih ingat
saya dijaga, dibelai
ditatang bagai minyak yang penuh
sedari dari kecil
hingga mampu berdiri dengan kaki sendiri
tidak pernah sekali pun
dimarahi, diherdik mahupun ditangankan

saya masih ingat
setiap kali cuti sekolah
setiap kali bermulanya cuti semester
pasti kaki kurniaan Illahi ini
menjejakkan kaki ke rumahnya

saya masih ingat
sukanya dirinya akan urutan dua tangan ini
entah mana yang sedapnya
saya sendiri tak tahu
tapi yang pasti,
tangan ini jua yang dimahunya untuk tolong mengurangkan kesakitan yang dialami
kerusi urut yang beribu itu pun ditolak olehnya

saya masih ingat
3 hari 2 malam
diri ini berjaga siang dan malam,
untuk menemani,
memujuk, untuk menjamah sesuap makanan,
hatta hanya 2 sudu bubur setiap kali santapan

saya masih ingat
pada malam itu
saya keseorangan
menemani dirinya didalam kesakitan
di hospital itu,
tilam itu,
katil itu,
wad itu,
menjadi saksi buat saya dan dia

saya masih ingat
malam itu
berulang-alik dari katil ke tandas
digagahkan jua dirinya
akibat perut yang tidak selesa

entahlah
apa yang tidak kena
mungkinkah disebabkan kesan morfin itu
adakah disebabkan kesan ubat itu
tak terlintas difikiran saya
ketumbuhan itu pecah di dalam perutnya

hampir 10 kali
hanya pada satu malam
ulang-alik dari katil ke tandas
apalah kudrat yang dirinya ada?
untuk mengurus diri?
hatta untuk membawa diri?

sedang saya sibuk menguruskan dirinya,
dengan tenaganya yang semakin berkurangan,
terkeluar ayat ini dari mulutnya
"Dulu kecik-kecik wan yang pakaikan mi seluar, sekarang ni.. mi yang pakaikan wan kain"

dan malam itu,
air mata yang saya tahan,
yang saya bendung
dari terkeluar dihadapannya,
akhirnya tumpah jua..
saya sangkakan
pada gelap wad itu
tak terlihat air mata ini olehnya
namun,
saya silap
matanya pantas melihat linangan air mata ini

maghrib itu
dia pergi meninggalkan kami
pergi dengan tenang
pergi dengan senyuman dibibir

saya masih ingat
sepanjang malam itu
tak henti-henti
bacaan Yassin itu bermain dibibir saya

saya masih ingat
kedua tangan ini memandikannya

saya masih ingat
ketika bibir ini mengucup dahinya buat kali terakhir

saya masih ingat
akan sejuknya kulitnya ketika kucupan terakhir itu saya berikan

dan saya masih ingat
ketika dirinya dimasukkan ke dalam liang lahad

malah saya masih ingat
ketika talkin itu dibacakan

dan kini,
air mata ini terus laju mengalir
selaju memori saya bersamanya bermain di ingatan,
sebab kini,
dia tiada lagi
dia pergi tanpa sempat melihat cucu sulungnya ini
menerima segulung ijazah pada waktu convo nanti

dia pergi
pergi menemui Illahi

Moga dirinya senantiasa dirahmati ILLAHI
Dilapangkan kuburnya seluas-luasnya
Dipermudahkan urusannya di sana
Diampunkan setiap satu dosa-dosanya...
AL-FATIHAH..

Friday, July 1, 2011

1st, 2nd, 3rd and....

1st-MAYBE succeed

2nd-FAILED

3rd-HOPE to succeed

4th-positive to succeed


yeah!
never give up!
Jangan menyerah!
http://www.youtube.com/watch?v=mTp-OxfkCao

setiap kali buat,
setiap kali masuk itu, masuk ini,
pasti nama ALLAH itu bermain di fikiran, 
pasti selawat ke atas Rasulullah itu meniti di bibir.

takut!
takut tak menjadi,
cemas!
cemas apabila apa yang dihajati menjadi, tak menjadi.

YA,
naseb diri ini bukan terletak di tangan kiri dan kanan yang diberi
kejayaan diri ini bukan 100% bergantung pada diri sendiri
tapi,
DIA!
Dia yang menentukan segala-galanya,
tangan ini hanya menggerakkan,
tapi DIA jua yang menentukan

serahkan! 
tawakal!
doa!
3 KEKUATAN yang diri ini ada!