KLIK!

Sunday, October 30, 2011

Erti hidup pada memberi

Erti hidup pada memberi
tanpa mengharap
sedikit pun balasan

Erti hidup pada memberi
tidak perlu harta benda
tolak ke tepi wang dan harta
bukan itu menjadi kayu ukuran


Erti hidup pada memberi
Doa
Kasih sayang
Perhatian
itu lebih bermakna


Erti hidup pada memberi
'tangan' di atas lebih mulia
tegakah kita untuk merelakan
sampai bila hanya untuk terus menerima

Syukran
bagi mereka yang senantiasa berada di sisi
tidak kira sesak mahupun bahagia
anda harta tidak terhingga!

1 comment:

Lensa Daie said...

moga sudi memberi sedikit ilmu pada yang kurang ilmu ini..
jzkk atas perkongsian ya ukhti..