KLIK!

Saturday, March 31, 2012

Indah hidup bermusafir

Indah hidup bermusafir

Bagi saya
Permusafiran itu guru terbaik
Melihat suasana yang bukan biasa di mata kasar kita hari-hari

Permusafiran itu mengajar kita untuk berikhtiar
Ditambah pabila permusafiran itu bukan di suatu tempat yang sinonim dengan Islam
Di mana masjid/surau itu tak mudah diketemui seperti di Malaysia

Pemusafiran itu mampu membuka mata hati
melihat setiap ciptaan Yang Maha Esa
Dalam diam, hati itu pasti terdetik untuk
Mengangungkan
Membesarkan
Yang Maha Esa

Permusafiran kadang-kadang membuatkan diri kita untuk bersyukur dengan apa yang ada
Perbandingan suasana yang kita miliki
Allah...
Sungguh, diri ini sangat bertuah pabila dilahirkan di sebuah tempat yang cukup serba serbi

Percaya atau tidak,
Pegangan,
Disiplin,
Amat-amat diuji ketika permusafiran!
Dari makanannya,
Waktu solatnya,
Pandangannya,
Halal dan haramnya,
Serba serbi...
Pasti kadang-kadang ia menggoyah diri
Memaksa diri agar lebih berhati-hati

Namun!
Jalan penyelesaiannya tetap satu
berbalik kepada Yang Satu
Serahkanlah...
Moga diri ini senantiasa diperlihara di mana jua kita berada
Bukankah bumi ini milikNya jua?

Sekitar lawatan ringkas tak sampai sehari di sebuah kilang, songkhla, thailand..waiting for the next trip yang bakal memakan masa berhari-hari..
Moga dipermudahkan langkah oleh Si Pencipta





1 comment:

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

Betul tu kak :)

Permusafiran punyai nilai tarbiyyah+ukhwah yang sangat indah! SubhanAllah. Berjauhan daripada keluarga, bukanlah bermakna kasih sayang itu akan pudar, sebaliknya semakin erat, akan timbulnya rasa rindu :) indah!