KLIK!

Friday, June 29, 2012

'Solo' bukan tiada erti

Hidup 'solo'
Bukan bermakna aku hidup sendirian

Hidup 'solo'
Bukan bermakna aku kurang tanggungjawab di bahu kiri dan kanan

Hidup 'solo'
Bukan bermakna aku tidak mampu mengamalkan sunnah Rasulullah saw, kekasih Illahi

'Solo' itu memberi peluang pada diri
Masa terluang yang ada bukan bermakna itu 'free'
Tapi, peluang untuk aku mempersiapkan diri
Mencari ilmu milik Illahi

'Solo' itu terpikul 1001 tanggungjawab
Keluarga, sahabat mahupun masyarakat
Setiap satu mendesak perhatian tersendiri
Baik dari segi kewangan, ilmu mahupun sokongan moral sesama manusiawi
Ketahuilah, ia satu tanggungjawab yang sama sekali tidak boleh diketepi

'Solo' tidak bererti aku selesa begini
Tapi aku punya prioriti
Nasib keluarga perlu diteliti
Kerna jalan hidup kau dan aku punya jalan tersendiri

Fitrah manusiawi ingin dikasihi dan disayangi
Setakat ini,
cukuplah kasih Dia yang aku sanjung tinggi
Tidak pernah terhenti doa yang diberi
kerna aku yakin Dia sedang menguji,
sejauh mana kesabaran itu memuncak tinggi tatkala melihat sahabat sekeliling punya pasangan tersendiri

Buat bakal pendampingku suatu hari nanti
Moga kau juga sedang mempersiapkan diri
Bukan sempurna yang aku cari
Cukuplah sekadar keinginan dan usaha untuk mencari redha Illahi
Yang pastinya, kau sanggup membimbing aku di sisi!