KLIK!

Saturday, December 11, 2010

mengapa dirimu tak pernah mengerti?

Kita insan tak pernah sempurna
Apatah lagi terhindar dari segala dosa

sekejap ingat,
tentang dosa pahala,
sekejap alpa dan terleka,
bagai tiada iman di dada

Kekadang hati selalu merintih
Bilakah datang kegembiraan hakiki?
tidakkah ada untukku untuk dinikmati?
mengapa harus ini yang aku lalui?

Allah..
akanku terus cuba tanpa henti
untuk terus mengingatkan diri
akan Kau senantiasa memerhati

Mengapa hati ini tak pernah puas dalam nikmat-Mu
senantiasa meminta sesuatu yang BUKAN MILIKku
terbukti betapa berdosanya diri!

Berikanlah petunjukMu 
bagaimanakah kuharus ajarkan pada hati
akan keREDHAan dan kesSYUKURan 
pada apa yang telah Kau beri
mahupun apa yang Kau TIDAK MAHU BERI!

Wahai hati
keraskanlah dirimu,
akan bisikan dan kehendak nafsu,
hapuskanlah keinginan itu
mungkin dia bukan dijadikan untuk dirimu!

No comments: