Fakta:
Aurat seorang wanita itu adalah seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya
Comment:
Ni memang dah terang lagi nyata tak perlu lampu torchlight or what so ever lampu pelita yang ada. Memang wajib tutup bila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim kita. Malah, undang-undang/peraturan/ fakta yang sama juga diaplikasikan semasa kita nak solat.
betul?
Yang ketat semendat yang kononnya ikut fakta di atas pun memang salah. sebab nampak segala perhiasan dan bentuk/alur tubuh.
betul?
ok.
Persoalan:
Bagaimana pula hukumnya, sah ataupun sebaliknya bagi seorang wanita yang solat menggunakan telekung putih tapi jarang?
Ya betul, dari segi zahirnya memang wanita tersebut sudah pun menutup auratnya bila pemakaian telekung itu diaplikasikan.
Kita sedia maklum, kain ada banyak jenis dan material. Ada mahal ada murah. Ada tebal ada nipis. Ada jarang ada tidak.
so, if si pemakai memakai telekung yang agak nipis (selalunya murah) yang mampu kelihatan lehernya, mampu kelihatan bayang-bayang kakinya yang dua, or mampu kelihatan tangannya..maka sahkah solat tersebut??
p/s: kadang-kadang kita terlepas pandang
No comments:
Post a Comment