KLIK!

Thursday, June 23, 2011

bukan hitam, bukan putih

Hidup itu bukan satu nada
bukan hanya satu warna
Hidup itu pasti bergelora
pasti ada pasang surutnya

kalau susah itu dikatakan hitam
senang itu dikatakan putih
kalau gembira itu ada warna-warninya
duka itu pasti terasa kegelapan dan kesuramannya

Senang tu tak pernah datang bergolek
Senang itu tak pernah datang melayang-layang

Susah itu bukan selama-lamanya
Susah itu bukan pengakhiran suatu kehidupan

Mak selalu pesan
"BUKAN SENANG NAK JADI SENANG!"

Dah tahu!
tapi diri tak pernah mengerti
tahu tapi tak menghayati!
kan lain ertinya tu?

Bukan mak je selalu pesan
DIA yang duk memerhati setiap saat itu pun
sudah berkali-kali memesan di dalam kitab bekalan sepanjang zaman!
"SETIAP ADANYA KESULITAN PASTI ADANYA KESENANGAN"

dan kadang-kadang
Bait-bait lagu ini bukan sekadar hiburan
tapi mampu mengetuk sikit kepala yang kadang-kadang dalam mimpi
yang mampu membuka mata hati yang saja dijadikan buta tuli


jangan gentar mengejar mimpi
yakin berani percaya diri


jangan takut jatuh ke bumi
                              bingkas bangun melangkah lagi ke depan, 
lari dan terbang menuju bintang
hanya kau saja yang bisa menentu arah hidupmu
[OAG:GENERASIKU]


teringat satu post warna-warni...
warna menarik
gambar menarik
moga kita mampu menghiasi dan mewarnai
kehidupan sendiri
di bawah syariat ILLAHI

Thursday, June 16, 2011

ini memori kecil yg bermakna!!

Melihat adik bongsu yang satu
Lebih senang dengan panggilan 'adik'
Allah takdirkan kami 3 beradik,
Aku yang sulung, angah dan adik

Pelik sejenak,
antara kami bertiga,
adik yang kurang 'menjadi'
bukan bermakna kurang 'menjadi' itu dia sampah masyarakat
bukan!
tapi segi pencapaian akademik dibandingkan ngan aku dan angah

ntah
kenapa abah dan mak agak 'ringan' dlm menguruskan urusan akademik adik
kurang penekanan maksud aku
teringat kisah lalu...

Kalau dulu,
ketika di sekolah rendah
Tali pinggang, hanger tu jadi makanan ruji harianku
tiap kali buat kerja sekolah
pasti abah di depan bersama hanger di tangan
kadang-kadang tangan kosong saje
tapi,penuh ngan bunga-bungaan untuk mencubit ketika perlu

Usah berangan untuk tak siapkan kerja sekolah
usah bermimpi untuk berehat-rehat di malam hari 
usah terdetik di hati untuk menonton kartun di tv 
jikalau latihan di buku itu tidak diselesai dijamah

dulu...
abah ajar dengan ketegasan
ketegasannya lahir dari latihan seorang polis
salah sekali, pasti piching suara itu meninggi
pasti rumah itu turut bergegar sekali dengan suaranya
salah dua tiga kali,
pasti ade bahagian badan yang terasa sengal dan pedih tak sana mahupun sini
pasti ada bahgian badan ini yang 'dijamah' oleh hanger mahupun tangan kasarnya sendiri

pernah sesekali aku bertanya
'abah, kenapa abah garang ngan mi ngan angah je, tapi ngan adik tak?'

abah jawab
'cuba tengok apa yang korang dapat sekarang?'

Bila abah jawab begitu,
mulut ini terus terkunci
diri terus membatu
terus akal buntu mencari kata-kata untuk membalasi

sebab kini,
diri ini mampu berdiri di kaki sendiri
diri ini mampu belajar mununtut ilmu Allah diperingkat yang lebih tinggi
dan kini aku di sini
mampu menjadi seorang anak,
seorang cucu,
seorang anak buah
yang mampu menjadi kebanggaan keluarga sendiri
malah sedikit sebanyak mampu untuk berbakti pada agama dan bangsa sendiri

Terima kasih abah!
terima kasih untuk ketegasan itu
terima kasih untuk didikan itu
terima kasih untuk hanger dan tali pinggang itu

tulisan ini bukan hanya untuk contest dibawah


tulisan ini ibarat satu penghargaan yang tak terkeluar dek mulut
tak mampu diluahkan dengan kata-kata
sempena Hari Ayah yang bakal tiba
coretan hati ini ku nukilkan..
untukmu ABAH



[tag ini juga untuk kamu: kak hanna, aksara cinta Illahi dan encik arc]

Wednesday, June 15, 2011

Oh semut!

Mahu jadi seperti semut!
dirinya kecik
tapi mampu membawa bebanan yang besar
mampu menggunakan tulang2 sendiri 
untuk terus hidup berdikari

Mahu jadi seperti semut!
dirinya kecik
tapi pergantungan dirinya kepada rezeki Allah bukan kecik!

Mahu jadi seperti semut!
seperti semut dalam cerita Nabi Sulaiman a.s
seekor semut yang ditawarkan untuk duduk di dalam botol
malah ditawarkan makanan berupa sebiji butir gandum
cukup untuk bekalan makanannya untuk setahun

Mahu jadi seperti semut!
tak pernah dia bergantung harap dengan manusia
kerana pergantungan dengan penciptaNYA sangat besar tahap GIGA
semut yang mampu membezakan mana salahnya sama ada pergantungan dengan si PENCIPTA atau pergantungan sesama yang DICIPTA

Mahu jadi seperti semut!
hidupnya selalu bantu-membantu
hidup yang berat sama dipikul
hidup yang sakit sama-sama

Oh semut!



Perkongsiaan buat bersama

Radio iLuvislam..
Perkongsiaan buat semua..
sambil mengadap skrin laptop..
sambil mata dan otak bekerja keras..
pasti mahu ada halwa telinga..

Jom!
mari!
kita try halwa telinga yang satu ni..
ada message yg berguna
ada lagu yang akan senantiasa mengingatkan kita padaNYa
agar tak terus leka
agar nanti apabila nyawa ditarik dalam keadaan kita mengingatiNya..

Moga bermanfaat buat semua
http://radio.iluvislam.com/radio/iliradio-flash.php

Saturday, June 11, 2011

JUBAH 1

try market: JUBAH COTTON berSULAM: saiz L, RM80, warna biru...sgt selesa dan tak panas..any inquiries, comment sje di pic ini..tQ

Hei kamu [part II]


Katakanlah,"Tidak sekali-kali akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah,orang-orang yang beriman harus bertawakal"~(at-Taubah:51)

Ya, dah tertulis
dah terang, tak perlu bersuluh!
apa yang berlaku ke atas kamu itu atas ketetapan Allah!

Usah mengeluh
Usah berputus asa
DIA pasti tahu apa yang terbaik untuk kamu!

For indeed, with hardship [will be] ease.Indeed, with hardship [will be] ease. (94:5-6)
Ish, kamu!
dah tahu kan ada ayat ni?
faham kan?
mengapa pelu bersusah hati?
itu janjiNYA!
have a faith!

p/s~ untuk sahabat itu, thanx a lot!
it really helps!
thanx for  time!
thanx for lend ur ears!
thanx for that too~!
let Allah repay u by making ur dream comes true..aminnnnn!
may that opportunity belongs to u!

Friday, June 10, 2011

Hei Kamu!

Hei kamu!
Apa guna hidup sebagai seorang anak kalau tak mampu nak membantu mak abah kat umah?

Hei kamu!
Apa guna umur dah 20-an tapi tak mampu menghulur sedikit ketika mereka terdesak?

Hei kamu!
apa guna title anak sulong kl sedikit pun kamu tak mampu nak jalankan tanggungjawab itu?

Hei kamu!
tak ada belas kasihankah kamu terhadap mereka bekerja siang malam mencari sesuap nasi sehingga kesihatan badan mereka sendiri mereka abaikan???

Hei kamu!
cukup bijakkah keputusan yang kamu ambil tu?

Hei kamu!
tidakkah kamu terfikir keputusan yang kamu ambil itu hanya mementingkan diri sendiri?

Hei kamu!
sudah-sudahlah
bertindaklah mengikut akal yang waras berlandaskan iman!
fikirkan jalan untuk menyelesaikan!
bukan hanya sekadar air mata semata-mata
bukan hanya sekadar doa yang kau tititpkan!
bertindaklah!
cari penyelesaian!

(dari saya untuk aku!)

Monday, June 6, 2011

D kuasa dua

"DUIT BUKAN MATLAMAT 
TAPI HANYA SEBAGAI ALAT!!"

Betul,
sokong!

Hanya alat untuk terus hidup di bumi Allah,
hidup sebagai hamba,
kita sebagai khalifah!

"Sesungguhnya KEFAKIRAN itu amat dekat dengan KEKUFURAN"

Teringat dalam doa al-Mathurat yang selalu dititipkan..

"Ya Allah, aku berlindung kepada-MU dari kekufuran dan kekafikaran"

duit itu keperluan,
tapi ia bukan suatu yang menjadi matlamat hidup seharian.

Yakin dengan rezeki Allah
Rajinkan diri dengan solat Dhuha nya
Tabiatkan diri dengan surah Al-Waqiah nya..

Insya Allah, rezeki itu milikNya
Kadang-kadang kita tak sangka dari sudut mana Dia berikan!
ya, YAKIN dengan hati itu!

untuk tatapan semua,

Friday, June 3, 2011

ini penghargaan buat kamu

bermula!
bermulanya episod baru..
umur pun baru..
bersama semangat baru!
mungkinkah berkekalan? 
insyaAllah,akan cuba kekalkan hingga ianya berada di genggaman!

keputusan dibuat,
usah lagi menoleh ke belakang
teruskan langkah! 
ya! teruskan ayunan kaki itu!

1001 cerita, 1001 kenangan!
thank u!
terima kasih buat anda semua yang mengenali
mewarnai setiap saat hidup ini!


khas buat adik2, rakan seperjuangan, abg2, kakak2 dan 'kamu' yang kukenali di KMPk


buat kakak2 senior di lab a.k.a housemate ku kini


mak abah, family 

dan buat arwah wan khususnya,

kalian membuatkan diri ini lebih bersemangat untuk kaki ini meneruskan perjuangan di atas bumi milik Allah~!

AGAIN, MILLION OF THANK YOU!