KLIK!

Thursday, June 16, 2011

ini memori kecil yg bermakna!!

Melihat adik bongsu yang satu
Lebih senang dengan panggilan 'adik'
Allah takdirkan kami 3 beradik,
Aku yang sulung, angah dan adik

Pelik sejenak,
antara kami bertiga,
adik yang kurang 'menjadi'
bukan bermakna kurang 'menjadi' itu dia sampah masyarakat
bukan!
tapi segi pencapaian akademik dibandingkan ngan aku dan angah

ntah
kenapa abah dan mak agak 'ringan' dlm menguruskan urusan akademik adik
kurang penekanan maksud aku
teringat kisah lalu...

Kalau dulu,
ketika di sekolah rendah
Tali pinggang, hanger tu jadi makanan ruji harianku
tiap kali buat kerja sekolah
pasti abah di depan bersama hanger di tangan
kadang-kadang tangan kosong saje
tapi,penuh ngan bunga-bungaan untuk mencubit ketika perlu

Usah berangan untuk tak siapkan kerja sekolah
usah bermimpi untuk berehat-rehat di malam hari 
usah terdetik di hati untuk menonton kartun di tv 
jikalau latihan di buku itu tidak diselesai dijamah

dulu...
abah ajar dengan ketegasan
ketegasannya lahir dari latihan seorang polis
salah sekali, pasti piching suara itu meninggi
pasti rumah itu turut bergegar sekali dengan suaranya
salah dua tiga kali,
pasti ade bahagian badan yang terasa sengal dan pedih tak sana mahupun sini
pasti ada bahgian badan ini yang 'dijamah' oleh hanger mahupun tangan kasarnya sendiri

pernah sesekali aku bertanya
'abah, kenapa abah garang ngan mi ngan angah je, tapi ngan adik tak?'

abah jawab
'cuba tengok apa yang korang dapat sekarang?'

Bila abah jawab begitu,
mulut ini terus terkunci
diri terus membatu
terus akal buntu mencari kata-kata untuk membalasi

sebab kini,
diri ini mampu berdiri di kaki sendiri
diri ini mampu belajar mununtut ilmu Allah diperingkat yang lebih tinggi
dan kini aku di sini
mampu menjadi seorang anak,
seorang cucu,
seorang anak buah
yang mampu menjadi kebanggaan keluarga sendiri
malah sedikit sebanyak mampu untuk berbakti pada agama dan bangsa sendiri

Terima kasih abah!
terima kasih untuk ketegasan itu
terima kasih untuk didikan itu
terima kasih untuk hanger dan tali pinggang itu

tulisan ini bukan hanya untuk contest dibawah


tulisan ini ibarat satu penghargaan yang tak terkeluar dek mulut
tak mampu diluahkan dengan kata-kata
sempena Hari Ayah yang bakal tiba
coretan hati ini ku nukilkan..
untukmu ABAH



[tag ini juga untuk kamu: kak hanna, aksara cinta Illahi dan encik arc]

7 comments:

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

Assalamualaikum kak mira :)

Nukilan yang menyentuh hati..garangnya ibu bapa kita kerana sayang..marahnya mereka kerana sayang..diamnya mereka kerana sayang..

:) sayang selalu..

loveable said...

trkejutnye mse first time bace...kirenye ni mcm citer2 rekaan la ek???
xde kne mngena ngn yg hidup ataupun yg mati kan??hehe
btw...tahniah kak..bagus coretan akak tu...

cik kotak said...

@Aazar

waalaikumsalam...syukran kerana sudi membaca..
garang mereka bermkna,
ketegasan mereka itu tanda kasih dan sayang,
ini kerana, mereka mahu yang terbaik untuk kita~!

cik kotak said...

@loveable..

=)
ni cerita betul, tiada perisa penambah..
pengalaman yang akak sendri lalui..
perkongsian buat bersama..
moga bermanfaat untuk akak, kamu dan mereka...

Dr. Siti Hamidah said...

thanks sudi join contest ni, Mira..:)

cik kotak said...

DR Hamidah...
most welcome DR..Dr xnk komen pape pasal entry ni ke? dialu-alukan...

Anis izyan Abd Rahman said...

gud luck ~ dtg dr blog qamarguyz ,hehe