KLIK!

Wednesday, June 15, 2011

Oh semut!

Mahu jadi seperti semut!
dirinya kecik
tapi mampu membawa bebanan yang besar
mampu menggunakan tulang2 sendiri 
untuk terus hidup berdikari

Mahu jadi seperti semut!
dirinya kecik
tapi pergantungan dirinya kepada rezeki Allah bukan kecik!

Mahu jadi seperti semut!
seperti semut dalam cerita Nabi Sulaiman a.s
seekor semut yang ditawarkan untuk duduk di dalam botol
malah ditawarkan makanan berupa sebiji butir gandum
cukup untuk bekalan makanannya untuk setahun

Mahu jadi seperti semut!
tak pernah dia bergantung harap dengan manusia
kerana pergantungan dengan penciptaNYA sangat besar tahap GIGA
semut yang mampu membezakan mana salahnya sama ada pergantungan dengan si PENCIPTA atau pergantungan sesama yang DICIPTA

Mahu jadi seperti semut!
hidupnya selalu bantu-membantu
hidup yang berat sama dipikul
hidup yang sakit sama-sama

Oh semut!



No comments: