KLIK!

Wednesday, March 7, 2012

Erti

Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Alhamdulillah..
niat itu mampu dilaksanakan akhirnya
Walaupun hanya kali pertama
tapi ianya satu permulaan yang baik!

satu persatu berita gembira menerjah ke telinga dari sahabat sekeliling
melihat senyuman bahagia itu terukir indah dibibir mereka
kelihatan jelas bahagia dari setiap kata-kata
Alhamdulillah
senyuman itu turut terukir di bibir sendiri

akan diteruskan usaha dan langkah
demi niat yang satu itu
demi senyuman berharga mereka
walau tak mampu memberi banyak mana
biar hanya sebaris doa
akan diusahakan setiap saat dan ketika
bukankah erti hidup itu pada memberi?
agar hidup ini terus bererti!

Jalan mujahadah bukan mudah
Harus cekal dan tabah untuk sentiasa istiqamah
 bukan mudah..
sesekali pasti lelah
namun jangan sesekali mengalah~

3 comments:

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

Moga senyuman itu terus kekal di bibir akak..bukan hanya kerana kegembiraan org lain tetapi kegembiraan tulus dari hati kerana akak VIP di hati-hati kami!

InsyaAllah..

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

Nak senyum di sini! :)

miranasib said...

insyaAllah..akan diteruskan untuk tersenyum hatta badai ombak melanda=)