KLIK!

Wednesday, November 17, 2010

al-Fatihah


‎"Akan tiba suatu ketika,
pabila mulut berhenti berbicara,
tangan mula berkata apa yang telah dilakukannya,
dan kaki bercerita ke mana arah yang telah dilangkahinya,
cuma kita tak tahu bilakah tiba masanya"

saat ini,
tika ini,
kita masih bernafas,

tapi siapa yang tahu,
mungkin sesaat selepas ini,
nyawa itu bukan lagi dimiliki,
nafas itu tak mampu ditarik lagi.

Setiap anak Adam yang hidup itu,
pasti akan mati!

Meninggalkan semua yang ada di dunia,
Diantara yang menjadi bekalan hanya;
DOa anak yang soleh,
ilmu yang berguna dan dimanfaatkan,
Amal Jariah...

Esok raya,
mungkin kita sedang bersuka ria,
tapi jangan terlalu terlena,
pasti ada yang sedang bergenang air mata!


Pada yang masih bernyawa,
kuatkan hati, tabahlah wahai diri!
kirimkan doa yang tak putus2 di bibir mahupun di hati,
Agarnya rohnya senantiasa dirahmati!

p/s~Mohon disedekahkan al-Fatihah buat ayahanda sahabat/teman CK, yang baru sahaja meninggal dunia maghrib tadi..

No comments: