Hajat di hati ingin membantu
Membantu anak bangsa sendri
Mahu melihat anak melayu terus bangkit berdiri
bukan terkulai layu
akan tercapaikah niat yang satu itu?
Cukuplah diri ini yang tak mampu menggapai bintang yang pernah diimpikan suatu ketika dahulu
tapi diri ini tak tega melihat benda yang sama berulang lagi dalam diri adik-adik di sekeliling
Teruskan berlari adik-adik
Jika hari ini kamu jatuh tersungkur
Bangunlah
Biar bermula dengan bertatih sekalipun
Tapi jangan sesekali kalian putus asa!
Tiada kejayaan mampu digapai tanpa halangan
Tiada jalan yang tiada selekohnya
Tidak akan ada pelangi akan datang tanpa hujan datang menemani
No comments:
Post a Comment