Suasana yang sempat saya snap waktu lunch tadi.
Puncanya, penangkapan seorang muda yang pecah kereta untuk mencuri
Perasaan yang bercampur baur ketika ini.
Entah!
Sedih!
sebab pemuda itu sebangsa seagama!
Anak melayu yang saya yakin dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad
Kecewa!
sebab anak pemuda ini merupakan seorang pelajar Universiti
Yang saya yakin betapa tingginya harapan/amanat mak ayah untuk anak muda ini
Yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang agar suatu hari nanti, dia mampu berjasa mahupun membantu sedikit sebanyak kedua orang tuanya
Bangga
Sebab orang-orang kita prihatin!
sanggup mengejar si pemuda yang bersalah ni
walaupun kereta yang dipecah itu bukan hak milik sendiri
Namun
Melihatkan anak muda ini ditampar oleh individu yang berlainan setiap minit
Melihatkan helmet itu dihempuk ke kepala anak muda ini berkali-kali
saya sebak!
Secara peribadi,
itu bukan caranya
Bukan hak kita untuk menghukum
Bukan tanggungjawab kita untuk memberi hukuman
Dan
saya yakin
pasti ada sebab, mengapa dan kenapa anak muda itu melakukan sedemikian
Janganlah terlalu cepat melakukan sebarang tindakan yang hanya ikutkan emosi dan perasaan
selidiklah terlebih dahulu
Dengar dan fahami!
Kadang-kadang kita lihat orang itu cukup sempurna, cukup bahagia
Namun, tanpa kita sedari
pasti ada kisah duka yang disembunyikan
2 comments:
siapa kita/mereka untuk menghukum sedemikian rupa.
harusnya terus memanggil pihak berkuasa
bukan menjatuhkan hukuman.
cik intan.
sy setuju dgn pendapat anda..
biasalah manusia, pabila amarah menguasai diri, kurang waras akal fikirannya.
Post a Comment