KLIK!

Saturday, March 13, 2010

Di antara 5 dari 30...

Salam..
di bawah adalah di antara 5 senarai..
senarai 30 SAAT TERINDAH DALAM PERSAHABATAN
(di copy dan ditaip semula dari majalah REMAJA-1 feb 2010)


Saat 1~ Apabila kamu dalam kesusahan, sahabatmu sentiasa setia di sisi mendengar luahan kamu tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bosan.

Saat ke-3~Satu kebiasaan kamu mendapat hadiah hari jadi sahabatmu setiap kali hari jadi kamu namun satu yang luar biasa dan paling indah apabila sahabatmu tiba-tiba sahaja memberikan kamu hadiah tanpa sebarang sebab.

Saat ke-4~ Sememangnya indah apabila sahabatmu mengucapkan perkataan terima kasih kerana kamu sudi jadi sahabatnya yang paling baik.

Saat ke-10~ Kamu dan sahabatmu berjaya menyelesaikan perselisihan yang berlaku dan perselisihan tersebut menjadikan persahabatan kamu berdua makin akrab dan lebih mengenali antara satu sama lain.

Saat ke-25~ Palimg terharu apabila sahabatmu membetulkan kesilapan kamu kerana kamu tahu dia lakukannya kerana sentiasa mahukan yang terbaik untukmu.

Bagi cik kotak..
pasti bahagia kan pabila kita mampu merasai & memperoleh saat-saat di atas..? Tak mustahil untuk berlaku..Tapi perlu diingat, sebelum nak sahabat kita buat untuk kita,kita terlebih dahulu buat macam tu..lumrah hidup..

cik kotak nak tambah sikit,

sahabat yang baik tidak akan menjatuhkan maruah/menggelakkan sahabatnya di depan orang lain, terutamanya orang yang tidak dikenali..
Tetapi, sebaliknya..sahabat yang baik pasti akan sedaya upaya menjaga maruah sahabatnya yang lain..

No comments: