KLIK!

Wednesday, March 3, 2010

saAt ketIka iTu saAt terindah bagiku~

"di antara masa yang paling bermakna adalah masa di mana kita menghabiskan masa bersama keluarga terchenta~!"

setuju tak dengan pernyataan di atas?
kalau orang tanye cik kotak, cik kotak amat-amatlah setuju!

Tak kiralah mase tu hanya sejam dua,
tapi bila diamati betul-betul, itulah masa paling bermakna..

Mak ayah dan adik-adik kita,
di antara harta yg paling berharga..
Tiada tolok bandingan
tidak mampu dijual beli..

Sungguh, cik kotak amat merindui mereka bila da berjauhan,
walhal baru je 3hari je balik JB!
Homesick? oh, tidak~
cuma, cik kotak merindui di saat kami bersama~

Orang selalu kata,
"KITA TAK AKAN MENGHARGAI SESUATU SEHINGGALAH IA HILANG DI PANDANGAN MATA MAHUPUN IA TIDAK LAGI DI GENGGAMAN TANGAN"

betul kan?
contoh paling senang,
bila buat salah di rumah, pasti mak ayah kita membebel 24 jam, pastu yang kita ni pulak mesti membebel tak puas hati sendirian di dalam kotak hati..
tapi, bila mak ayah dah tak da, tak pun tinggal berjauhan, confirm rindu punya!

alahai manusia...(termasuk cik kotak la tu)
mengapalah tiada perasaan syukur akan nikmat dan setiap ketentuan yang diberikan..~

nota kaki: setiap kali balik rumah, cik kotak akan pastikan cik kotak akan habiskan masa bersama mereka dengan cara ajak mereka keluar walaupun sekadar pegi pekena teh tarik di malam hari~!

1 comment:

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
setuju2! (sambil angkat kedua belah tangan) huhU..