KLIK!

Monday, October 8, 2012

Dulu dan kini

Dulu,
kaki melangkah keluar bilik, 'release tension' katanya dek tekanan,
Merayau sambil bercerita itu ini tentang study, assignment kononnya

Tapi kini,
Masing-masing ada rumah sewa dah, ada la nak melangkah keluar ambik angin,
Cerita kini dah berubah fasa, bercerita pasal kerja
Pasal gaji, allowance, benefit itu ini.
Nak berfoya2 ngan duit yang ada, tak boleh sangat,
Perlu 'bajet' betul-betul,
Banyak hutang bulanan yang perlu dilangsai,
.
Alahai~=p

Dulu,
Keluar merayap di shopping complex naik teksi je,
Tak pun, cari la mana-mana kereta sewa yang murah,
Minyak/tambang kongsi-kongsi,
Bahagian kat shooping complex yang biasa dituju;
bahagian ladies, kasut, baju, tak pun tgk wayang,  bagi mereka yang minat menyanyi, pi la cari karaoke

Tapi kini,
Keluar merayap di shopping complex guna kereta sndiri yang dibuat loan 9 tahun.
'section' yang dituju dah bertukar dah..
Tuju- kedai emas, cari cincin tunang, cincin kahwin.
Lagi best, bila bahagian baby yng dituju. (kalau dulu, memang tidak la bahagian ini dipandang kan..)
Excited tgk kawan sendiri nak menimang cahaya mata ni

Dulu,
Selamba je ajak kawan blok/bilik lain tidur/lepak bilik kita semalam dua.
Al-maklumlah, senang nak bergossip, layan movie ke kan..

Tapi kini,
Nak ajak member lepak rumah sewa kita,
Kena cek dulu,
Ada suami ke tidak?
Mana boleh sesuka hati nk pinjam isteri orang semalam dua!
ceit!hahah

Melihatkan perubahan sebigini,
Terdetik!
Ah, 'zaman' kita dah banyak berubah
Umur semakin meningkat
Ke mana hari-hari itu dihabiskan?
Bermanfaatkah atau sebaliknya?
Sejauh mana kematangan yang ada?
Ohhh....
Soalan dah ada, pandai-pandailah sediakan jawapan kan?

Peace! (*.~)v

Friday, September 28, 2012

'Delete'&'Backspace'

Banyak perkara yang terlintas di kepala
Cuma tak mampu untuk diperkatakan satu persatu

Taip, 'backspace'
Taip, 'delete'
Taip, 'backspace'
Taip, 'delete'

Inilah yang berlaku pabila mencuba mengarang sesuatu

Alangkah bagusnya andai hidup kita juga sebegitu.
Ah!
Usah berangan wahai diri!
Itu tak mungkin akan berlaku
Berjalanlah di atas titian realiti

Sejarah itu perlu
Ada pahit
Ada manis
Telan sahaja dengan redha
Sebab sang yang melakukan, dirimu sendiri
Tiada yang memaksa
Pilihan itu seluruhnya ke atasmu

Hargai sejarah
Agar mampu mendidik diri lebih matang
Agar mampu menjadi tanda aras yang mana salah yang mana betul

(ok, sangat mengarut post kali ini. maaf, andai tiada manfaat, sila abaikan!)



Thursday, August 30, 2012

Life #1

Manusia. Jangan cepat menghukum.
Antara kita, tiada yang sempurna (Baca: zaman kita)
Kelebihan, kita raikan
Kekurangan, kita top upkan

Manusia
Bukan semua punya cara pemikiran yang sama

Manusia
Setiap dari kita punya cara hidup yang berbeza

Manusia
Tidak semua peroleh petunjuk dari Yang Maha Esa

Terdiam
Seribu persoalan menerjah


Adakah dengan bertudung labuh, berstokin, berkopiah itu memberikan kau lesen untuk menghukum?
Adakah dengan bertudung labuh, berstokin, berkopiah itu memberikan kau lampu hijau untuk memandang serong pada yang tidak?
Adakah dengan bertudung labuh, berstokin, berkopiah itu memberikan satu mandat besar untuk kau menolak segala idea/pandangan mereka yang berlainan cara  hidup denganmu?


Bukankah kelembutan hati yang dikurniakan oleh-Nya utk kau berpakaian sebegitu (baca:menutup aurat) sepatutnya kau gunakan untuk mengajak orang lain juga ke arah itu?

Bukankah orang-orang sepertimu yang sepatutnya  memimpin mereka yang mungkin agak tersasar sedikit (baca:salah simpang, tak jauh) ke jalan yang sama mencari redha Illahi?

Di mana usaha dakwah mu?

Bukankah dengan memandang serong terhadap golongan ini akan membuatkan mereka bertambah jauh dari agama fitrah lagi suci?

Bukankah dikau lebih tahu tentang Habluminnallah?
tentang Habluminannas?


Kita tiada beza
Hidayah/petunjuk itu dari Dia
Yang kita selalu ingat,
Dia yang Memberi
dan jangan lupa,
Dia juga berhak untuk tarik kembali!


[untuk pembaca berfikir dan peringatan buat yang menulis]

Tuesday, August 28, 2012

Thoughts and words

We should have no reason for being nice to others

Usah ada agenda dan niat yang tersembunyi pabila melakukan kebaikan kepada orang sekeliling.
Jalinan yang dibina bukanlah bersandar pada sesuatu sebab kepentingan peribadi.
Kerana, pabila niat/tujuan tak tercapai,
Pasti kekecewaan melanda diri.
Ikatan yang dibina akan hilang kemanisannya.
Pasti akan terputus di akhirnya.

What you give, you will definitely get back

Yes!
Tiada hukum karma dalam Islam itu sendiri.
Rukun Iman ke-6:
Percaya kepada qada' dan qadar.
Itu yang perlu dipegang ketat-ketat.
Kebaikan yang diberi kepada seseorang, tidak semestinya kita akan dapat bentuk yang sama dari orang yang sama.
Tapi yang pasti kita akan dapat sesuatu dari Dia,
Hanya dari Dia.




"Setiap insan ingin rasa dihargai.

Itu fitrah.

Sebelum ingin dihargai,

Didik diri utk menghargai orang lain terlebih dahulu"



Monday, August 13, 2012

Diam dan terus berfikir

24th ramadhan
5-6 hari lagi sebelum syawal tiba
dan
5-6 hari lagi sebelum ramadhan berlalu pergi

Yang mana kita nantikan?
Yang mana kita kejarkan?
Yang mana kita sedihkan?
Raya yang bakal menjelma?
atau
Ramadhan bakal berakhir?

Perasaan tu bercampur baur
YES!
Diri ini menghitung hari.
Sebab apa?
kerna mahu bersua muka bersama keluarga tercinta
Mahu mengambil peluang berbuka bersama walau hatta hanya sekali

Tapi,
Dalam pada masa yang sama,
Hakikat perlu diterima,
Hadirnya syawal bermakna ramadhan bakal berlalu pergi

Mampukah segala perkara makruf yg dilakukan di dllm ramadhan kali ini mampu dikekalkan untuk bulan-bulan yang seterusnya?
Atau ianya akan ikut sekali ramadhan yang berlalu pergi?


*diam dan terus berfikir*




Friday, June 29, 2012

'Solo' bukan tiada erti

Hidup 'solo'
Bukan bermakna aku hidup sendirian

Hidup 'solo'
Bukan bermakna aku kurang tanggungjawab di bahu kiri dan kanan

Hidup 'solo'
Bukan bermakna aku tidak mampu mengamalkan sunnah Rasulullah saw, kekasih Illahi

'Solo' itu memberi peluang pada diri
Masa terluang yang ada bukan bermakna itu 'free'
Tapi, peluang untuk aku mempersiapkan diri
Mencari ilmu milik Illahi

'Solo' itu terpikul 1001 tanggungjawab
Keluarga, sahabat mahupun masyarakat
Setiap satu mendesak perhatian tersendiri
Baik dari segi kewangan, ilmu mahupun sokongan moral sesama manusiawi
Ketahuilah, ia satu tanggungjawab yang sama sekali tidak boleh diketepi

'Solo' tidak bererti aku selesa begini
Tapi aku punya prioriti
Nasib keluarga perlu diteliti
Kerna jalan hidup kau dan aku punya jalan tersendiri

Fitrah manusiawi ingin dikasihi dan disayangi
Setakat ini,
cukuplah kasih Dia yang aku sanjung tinggi
Tidak pernah terhenti doa yang diberi
kerna aku yakin Dia sedang menguji,
sejauh mana kesabaran itu memuncak tinggi tatkala melihat sahabat sekeliling punya pasangan tersendiri

Buat bakal pendampingku suatu hari nanti
Moga kau juga sedang mempersiapkan diri
Bukan sempurna yang aku cari
Cukuplah sekadar keinginan dan usaha untuk mencari redha Illahi
Yang pastinya, kau sanggup membimbing aku di sisi!

Thursday, June 21, 2012

hidden agenda

Kita tak perlu sebab untuk berukhwah
Andai sebab itu disandarkan sesuatu yang boleh hilang.
Suatu hari, suatu ketika,
Rasa berukhwah itu juga akan hilang bersama-sama sebab yang disandarkan

Tapi sebab utama berukhwah itu perlu disandarkan pada Dia
Sebab Dia Yang Abadi
Tak akan mati
Selamanya

Hindarkan berukhwah bila ada hidden agenda!
Nikmat bahagia itu akan kurang terasa
Takut nanti jadi sengketa
antara kamu dan mereka

Pasti ada satu ketika
Ukhwah itu diuji olehNYA
Tika itu
Berbaik sangkalah antara kalian
Moga diberi jalan penyelesaian



'bila cinta kerna Allah, 
berpisahnya tak gelisah,
bila rindunya kerana Yang Satu,
bertemunya pasti tidak jemu, 
ukhwah itu indah..hanya kerana Allah'

Tuesday, June 19, 2012

Strategi

Bismillah...
Moga entry kali ini bermanfaat.

Hidup perlu berstrategi.
Baik untuk dunia mahupun akhirat
Malah di alam kubur itu juga berkehendak

Ilmu dan rezeki
Aset yang Dia beri untuk dikongsi

Usah lokek dalam memberi
Rezeki yang ada, bukanlah 100% yang kau boleh claim itu milik kau sendiri
Kongsikanlah
Berikanlah
Indah hidup itu pada memberi

Meyimpan itu perlu
Untuk kegunaan ketika mendesak
Tapi,
Usah jadikan ianya alasan
Hingga kau sekat semua rezeki yang ada untuk dikongsi

Lakukanlah perbuatan dan tingkah laku yang mampu memberi aman di alam kubur nanti
Ilmu yang ada, kongsikanlah
Rezeki yang ada, bahagi-bahagikanlah
InsyaAllah, mampu dijadikan saham di akhirat nanti
InsyaAllah, moga ianya mampu mempermudahkan urusan mereka sedikit sebanyak

Ingat!
Kita tak tahu bila mati menjemput
Entah sempat atau tidak untuk kita guna rezeki yang kita simpan, kita jeruk dan kita peram
Andai saat ini nyawa ditarik
Apakah kita mampu berikan jawapan yang baik
Pabila diajukan soalan tentang pembahagian rezeki kita?


Oleh itu,
Ayuh! sama-sama periksa kembali buku keluar masuk rezeki kita setiap hari setiap bulan
Mana bahagian yang disedekahkan?
Mana bahagian yang dikongsikan?
Mana bahagian yang hanya untuk kepentingan peribadi?


Rezeki yang dikongsi,
InsyaAllah, berkat disusuli,
Berikanlah seikhlas hati,
InsyaAllah, senyuman bahagia daripada mereka, pasti kau perolehi.
















Thursday, June 14, 2012

Jom Cari!

Setiap dari kita memerlukan motivasi baru setiap hari
Setiap kali mata itu celik setiap pagi

Motivasi itu suatu rasa yang mampu membuatkan seorang individu itu sentiasa positif
sentiasa bersemangat dalam melakukan aktiviti seharian

Lumrah
Manusia mudah bosan, mudah muak pabila melakukan sesuatu perkara yang berulang-ulang kali, 24 jam sehari, 7 hari seminggu,
macam saya

Pabila menjalani kehidupan hari-hari dengan jadual yang sama,
Pasti akan ada suatu ketika, suatu hari yang kita akan rasa..LELAH..!
Mengeluh sendirian.
Moody seharian

Jalannya.
Caranya.
Satu titik perlu dicari.
Satu button perlu ditekan.
Mood S.E.M.A.N.G.A.T itu perlu diaktifkan kembali

Selain daripada kedua belah tapak tangan itu ditadahkan ke langit
Usaha yang lain juga perlu digigihkan

Ayuh!
Cari satu dua perkara yang mampu boost up inner spirit diri kita
Sesuatu yang kita minat, kita suka untuk kita lakukan

Membaca mungkin?
Siapa tahu ia boleh membuatkan kita berfikir atau memandang suatu perkara dari satu sisi yang lain.


atau mungkin dengan self reward
'treat' diri sendiri dengan makanan yang jarang kita makan di penghujung hari?


Terpulang
Setiap dari kita punya cara tersendiri

Ayuh!
Jadikan setiap hari kita hari yang berkualiti~
(Guna jari telunjuk tunjuk pada cermin)

Monday, June 11, 2012

Rasa

Hitung kesyukuranmu ketika kesukaran itu menimpa
Hitung nikmatNya yang masih ada, ketika diri itu terasa serba serbi kekurangan, kesesakan
Nescaya, disudut kecil hatimu itu tidak sanggup rasanya untuk keluh kesah dengan apa yang tiada

Harta
Kekayaan
Benda
Kasih sayang
Setiap rasa
Gembira mahupun sedih
Lapang mahupun sempit
Percayalah, itu semua rezeki dariNya

Tanpa pahit, tanpa masin
Pasti setiap rasa makanan itu akan sama, tiada perbezaan di antara dua

Tanpa sedih, tanpa kecewa
Pasti kita tak mampu untuk benar-benar menikmati rasa 'gembira'

Jika lapang itu sentiasa ada
Pasti diri ini sentiasa leka ditinggal masa

Tanpa rasa miskin dan kehilangan,
Pasti diri ini tidak akan pernah untuk merasai menghargai dan dihargai

Setiap apa yang pancaindera ini rasa
Tidak satu pun dijadikan oleh-NYA sia-sia
Nikmati setiap rasa
Syukuri setiap apa yang terbentang di depan mata
Itu pasti akan membahagia

Usah dikenang apa yang tiada
Usah ditanya mengapa dan kenapa ianya menimpa
Usah dilayan keluh kesah yang tiada titik nokhtah
Ayuh! Jalani hidup ini dengan redha
Moga iman kita terpelihara
Yang kita tak sedar ianya hanya sebesar zarah cuma!


Sunday, June 3, 2012

Precious!

Dalam berurusan dan berkerja
Usah diperbesarkan sesuatu hal yang negatif

Ya,
memang perlu yang negatif itu diperbincangkan
Tapi,
Bincangkan untuk penambahbaikan,
Bukan untuk dituding jari untuk mempersalahkan.
Bukankah setiap daripada kita punya kelemahan tersendiri?

Pada awalnya, 
Pabila ditegur, pasti hati itu memprotes.
Pasti hati itu terusik, tersentuh
Itu normal.
Tanpa rasa, 
Itu tandanya hati kita ada yang tidak kena

Hingga ke saat ini,
Diri ini masih belajar,


.........................................................................................................................

Hampir 10 bulan bekerja,
Tempoh ini benar-benar mengajar saya mengawal emosi.


Pengalaman diri:
Pabila ditegur di dalam 'meeting', di depan ahli mesyuarat yang lain,
Di tambah pula, kesilapan itu diletakkan 100% ke atas bahu ini,
yang dijatuhkan hukuman tanpa sebarang perbicaraan untuk membela diri,
ia benar-benar menguji

Namun,
Walaupun ianya mengambil masa semalaman untuk mempositifkan diri,
Alhamdulillah, diri ini kembali menyambung tugasan seperti biasa pada keesokan hari.

Ah, pedulikan bagaimana mata-mata manusia melihat
pedulikan kata-kata kasar yang dilontarkan
Asalkan Dia dan aku tahu,
Apa yang dilakukan,
Apa yang tidak

Tidak perlu rasanya nak menegakkan diri sendiri ketika itu,
Pabila mata-mata itu sudah pun menjatuhkan hukuman terlebih dahulu,

Berdiam diri bukan bererti salah
Cuma tidak mahu membuka kembali cerita yang rasanya tak perlu orang lain tahu,
yang juga mungkin boleh memburukkan individu lain.

Oleh itu,
teruskan melangkah!
pengalaman itu membuatkan kita matang ke satu tahap
Yang membantu kita untuk memperbaiki diri,
Malah memberi amaran di kemudian hari 

                       .....................................................................................................


Cuma,
Janganlah di'highlight'kan sangat kekurangan seseorang.
Yang negatifnya cuma SATU
yang baiknya LEBIH BERIBU

Jangan disebabkan satu, dua kesalahan,
Habis semua kebaikan dan pengorbanannya kita lupakan
Percayalah,
Ianya mampu melumpuh sesebuah kumpulan mahupun penggerak



Thursday, May 17, 2012

NEW EMAIL!

sedang menanti dengan penuh sabar

any 1 new



or

1 call


from them...
should be enough for me~!

its ok amira...
be patience k!




Wednesday, May 9, 2012

Vs

Currently: Engineer


VS

In consideration: Teacher

which one should I choose?
both have pro and cons
o Allah!
I need Your guidance throughout this path~

Friday, April 27, 2012

Siput berjalan

Buku..
Buku..
Buku..


Agh!
Membeli memang gah
Tapi khatamnya,...



Aduh!
Seperti siput berjalan rasanya
(eh, siput boleh berjalan ke? T.T)









Bukan tak mahu nak menghabiskan
Bukan pula disebabkan dek jalan cerita or gaya penulisan yang tak best
(Ada la..sesetangah)
Tapi kerna masa 24 jam sehari yang tak pernah cukup (pembahagian masa: GAGAL)
Erk!

Buku yang menjadi pujaan hati untuk dimiliki:
'Sunan Musafir'-RAM
'Cinta High Class' - Ustzh Fatimah Syarha & suami
'Kitab Terfaktab #2'
'Refleksi Diri'-Dr Muhaya
'Al-Fateh'

Pergh!
List berderet!
cuba cek almari buruk kat rumah
berderet gak buku yang tak terkhatam-khatam
Ish!!






Wednesday, April 18, 2012

Macam-macam rasa


Suasana yang sempat saya snap waktu lunch tadi.
Puncanya, penangkapan seorang muda yang pecah  kereta untuk mencuri

Perasaan yang bercampur baur ketika ini.
Entah!

Sedih!
sebab pemuda itu sebangsa seagama!
Anak melayu yang saya yakin dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad

Kecewa!
sebab anak pemuda ini merupakan seorang pelajar Universiti
Yang saya yakin betapa tingginya harapan/amanat mak ayah untuk anak muda ini
Yang  dibesarkan dengan penuh kasih sayang agar suatu hari nanti, dia mampu berjasa mahupun membantu sedikit sebanyak kedua orang tuanya

Bangga
Sebab orang-orang kita prihatin!
sanggup mengejar si pemuda yang bersalah ni
walaupun kereta yang dipecah itu bukan hak milik sendiri

Namun
Melihatkan anak muda ini ditampar oleh individu yang berlainan setiap minit
Melihatkan helmet itu dihempuk ke kepala anak muda ini berkali-kali
saya sebak!
Secara peribadi,
itu bukan caranya
Bukan hak kita untuk menghukum
Bukan tanggungjawab kita untuk memberi hukuman

Dan 
saya yakin 
pasti ada sebab, mengapa dan kenapa anak muda itu melakukan sedemikian
Janganlah terlalu cepat melakukan sebarang tindakan yang hanya ikutkan emosi dan perasaan
selidiklah terlebih dahulu
Dengar dan fahami!

Kadang-kadang kita lihat orang itu cukup sempurna, cukup bahagia
Namun, tanpa kita sedari
pasti ada kisah duka yang disembunyikan



Sunday, April 15, 2012

Mix and Match



You should know that 



but



So, please..


!!!!


and keep your


on  your dream..!
on  HIM...!

Saturday, April 14, 2012

Memories!

Memori
Mencipta memori bukanlah mudah
Namun ia tak la payah!
Saya lebih senang mencipta memori bersama adik-adik alumni saya
Sangat teruja pabila ada kesempatan untuk mencipta memori bersama mereka

Biarlah jauh
Biarlah perlu berhabis wang ringgit
Saya tegar untuk mengharungi highway yang ada


Berjumpa 4 mata
gelak tawa bersama mereka
Mendengar setiap luahan/update cerita-cerita  mereka
Itu memori yang tak mampu dijual dibeli

 Adik haziq dan Adik Shahrul
Dua-dua bakal engineer
InsyaAllah~!

dan ini pula, adik zulfadhli
Bakal artis!
Bakal YB juga..
konpius sekejap, apalah profession yang terbaik untuk adik ini?! 
banyak sangat dlm list ni

Buat insan-insan ini,
terima kasih kerana sudi meluangkan masa!

Yang pasti
masih ada lagi insan-insan yang ingin saya bersua muka
tapi disebabkan kekangan masa dan jarak
niat itu perlu ditangguhkan untuk sementara waktu

Tidak mengapa!
Bila Dia mengizinkan,
Pasti akan ketemu jua suatu hari dan ketika !

Friday, April 13, 2012

Ke hadapan saudari yang dihormati,

Saya mendoakan agar saudari senantiasa berada di bawah rahmat dan barakah Illahi. Diberikan kesihatan yang baik dan hati yang senantiasa di bajai iman dan takwa.

Tujuan saya mengutuskan surat ini adalah ingin menyatakan sesuatu yang tak kena tentang tingkah laku saudari. Bukanlah niat saya untuk mencemuh, mengeji, mahupun menunjuk pandai di sini. Tapi atas rasa kasih dan sayang saya yang menebal terhadap saudari, saya beranikan diri untuk mengarang dan memberikannya kepada saudari.

Saudari yang senantiasa di bawah pemerhatian Illahi,

Saya tahu saudari punya hati yang suka akan kebaikan, hati yang membenci perkara kemungkaran. Saya tahu jauh di sudut hati saudari, saudari ingin berubah menjadi seorang Muslimah sejati. Tapi saudari, niat tanpa tingkah laku tak mampu membawa saudari satu langkah ke hadapan.

Kuatkanlah hati agar bibir mulus itu mampu menolak dan mampu berkata TIDAK dengan apa-apa yang yang tidak patut di'tawar'kan kpd saudari. Janganlah disebabkan manusia lain ada di sisi, saudari goyah! Jangan saudari! Bukan mudah untuk saudari berada di tahap saudari berdiri ketika ini. Usah di persiakan usaha-usaha terdahulu.

Saudari yang sangat dikenali dengan teguhnya pendirian diri,

Percayalah saudari mampu untuk melakukannya. Bukankah saudari sangat dikenali dengan ketegasan? Teruskan berdoa wahai hamba Allah yang disayangi. Rezeki dan hidayah itu milik Illahi. bukan milik manusiawi. Usah bimbang! Jangan khuatir! Kita sama-sama mencari jalan yang duredhaiNya bukan?

Oleh hal yang demikian, sampai sini sahaja nasihat saya. Moga saudari mampu berubah dan melangkah.

Sekian,

Yang menyayangi diri saudari,
'saya'



Saturday, April 7, 2012

Prasangka

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Kita mulakan post kali ini dengan Hadith di bawah


Allah swt berfirman,
" Aku adalah sebagaimana prasangka hambaKu kepadaKu" 
(Riwayat Imam Bukhari)




Prasangka
Kita hidup penuh dengan perasaan ini
Baik mahupun buruk

Saat pertama kita mahu/sedang melakukan sesuatu
Pasti hati itu terdetik
Mampukah aku melakukannya?
Terkandaskah aku di tengah jalan?
Apakah gagal mahupun kejayaan pada akhirnya?

Allahuakbar!
Nipis sekali kepercayaan kita padaNya
Buruk benar tanggapan kita pada ketentuanNya

Adakah kita sama?
Sama dalam bertanggapan negatif sebegitu?

Tidak?
Alhamdulillah..

Ya?
Ayuh!
kita perlu tukar pradigma ini
kita harus tukar cara kita berfikir

Bersangka baiklah dengan Pencipta kita sendiri

Setiap usaha yang kita lakukan,
 letakkanlah kepercayaan yang baik-baik sahaja padaNya

Setiap langkah yang kita aturkan,
 yakinlah akan bantuanNya

Setiap apa yang telah ditakdirkan untuk kita,
 bersangka baiklah pada apa yang ditetapkan olehNya

Bukankah bersangka baik dan positif itu lebih menenangkan hati?

Tuesday, April 3, 2012

Siapa kata?

Ucaplah Alhamdulillah...
Syukur kita kepada Allah...
Selawat ke atas Nabi..
Muhammad Ya Rasulullah..

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku

Syukur itu sifat mulia
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang
Hidup sejahtera

SYUKUR : Raihan

Terdetikkah di hati kita rasa cukup dengan apa yang ada?
atau
rasa yang keinginan  sesuatu yang lebih lagi
atau
rasa gelisah takut-takut simpanan di bank tidak mencukupi?

sehingga..
jarang sekali tangan itu menghulur untuk diderma?
sehingga...
amat berkira-kira untuk berkongsi?

Tanpa syukur
Tanpa rasa cukup dengan yang ada
Adalah tanda-tanda penyakit hati yang kronik

Mengingatkan segmen kuliah pagi tadi di IKIM.fm
"Bakhil adalah satu sifat yang akan MENYEMPITKAN dan MERESAHKAN jiwa"


"TIDAKLAH akan BERKURANG harta yang kita INFAQ/ SEDEKAHKAN dengan ikhlas karena Allah, melainkan ALLAH akan MENGGANTINYA dengan BERLIPAT GANDA..."

Kata Prof Dr Muhaya,

"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.
Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."


Nah!!
Terus cek balik diri
Bakhilkah aku??

Ayuh!
Mari tukar paradigma diri~
Mari cari lubuk-lubuk yang boleh kita menderma
Mari cari kawan/sahabat yang boleh kita berkongsi!

Menderma
Tidak perlu puluhan, ratusan ringgit
Hatta 20sen tu pun cukup besar jika dilakukan hanya keranaNYA

Berkongsi
Tidak semestinya hanya dengan wang ringgit
Makanan, senyuman misalnya
Berikanlah
Kongsikanlah

dan




Saturday, March 31, 2012

Indah hidup bermusafir

Indah hidup bermusafir

Bagi saya
Permusafiran itu guru terbaik
Melihat suasana yang bukan biasa di mata kasar kita hari-hari

Permusafiran itu mengajar kita untuk berikhtiar
Ditambah pabila permusafiran itu bukan di suatu tempat yang sinonim dengan Islam
Di mana masjid/surau itu tak mudah diketemui seperti di Malaysia

Pemusafiran itu mampu membuka mata hati
melihat setiap ciptaan Yang Maha Esa
Dalam diam, hati itu pasti terdetik untuk
Mengangungkan
Membesarkan
Yang Maha Esa

Permusafiran kadang-kadang membuatkan diri kita untuk bersyukur dengan apa yang ada
Perbandingan suasana yang kita miliki
Allah...
Sungguh, diri ini sangat bertuah pabila dilahirkan di sebuah tempat yang cukup serba serbi

Percaya atau tidak,
Pegangan,
Disiplin,
Amat-amat diuji ketika permusafiran!
Dari makanannya,
Waktu solatnya,
Pandangannya,
Halal dan haramnya,
Serba serbi...
Pasti kadang-kadang ia menggoyah diri
Memaksa diri agar lebih berhati-hati

Namun!
Jalan penyelesaiannya tetap satu
berbalik kepada Yang Satu
Serahkanlah...
Moga diri ini senantiasa diperlihara di mana jua kita berada
Bukankah bumi ini milikNya jua?

Sekitar lawatan ringkas tak sampai sehari di sebuah kilang, songkhla, thailand..waiting for the next trip yang bakal memakan masa berhari-hari..
Moga dipermudahkan langkah oleh Si Pencipta





Thursday, March 29, 2012

seketul daging


Setiap 'seketul daging' itu Dia yang pegang.
Setiap apa yang terdetik,
Setiap apa yang 'seketul daging' itu rasa,
sama ada yang dizahirkan mahupun tidak
Dia Maha Tahu!

Serahkanlah,
yang kita claim 'itu' kita punya
walhal, itu hanya pinjaman

Barang pinjaman,
Jagalah seeloknya,
Jangan dikotori,
Biarlah 'barang' itu dipulangkan seperti keadaan asal pada saat pertama kita pinjam dari
Yang Memiliki,

Berbahagialah wahai 'seketul daging'
Dia sentiasa ada di sisi
Walau ribut taufan melanda membanjiri
Tidak kah kau yakin dengan aturan Si Yang Empunya?

'Seketul daging'
itulah dia si hati
yang tika ini ia berkata-kata 
tanpa sebarang melodi didengari
tanpa ada manusia yang menyedari

Tuesday, March 20, 2012

rasa

Seperti ada yang tak kena
hmmm
hmm
hm
m
....
...
..
.

apakah?
ntah
hmmm
hmm
hm
m
......

Tuesday, March 13, 2012

Power Rangers

Berubah!
Mari kita jadi Power Rangers
boleh berubah
pilih je warna-warnanya
eh!


Hebat!
pabila perubahan diri mampu dilihat oleh sesetengah orang di sekeliling
T.A.H.N.I.A.H!
sedangkan diri tetap tega mengatakan..
aku masih aku!
T.A.K.Z.I.A.H!

h.a.h.a.h.a
kata mereka..
ketegasan dalam keriangan milik dulu
makin hari makin pudar
sehingga ianya bertukar menjadi..
ke'ber-alah-an' dalam ke'pendiam'an
(maaf dalam merosakkan bahasa yang indah)

adakah perubahan ini sesuatu yang positif?
atau sebaliknya?
ah!
maaf!
diri sendiri tak menyedari akan perubahan itu
hanya satu yang tersemat di dalam hati
yang aku perlu terus melangkah!
mencari dan terus mencari
cari apa?
cari dia dan DIA

Wednesday, March 7, 2012

Erti

Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Alhamdulillah..
niat itu mampu dilaksanakan akhirnya
Walaupun hanya kali pertama
tapi ianya satu permulaan yang baik!

satu persatu berita gembira menerjah ke telinga dari sahabat sekeliling
melihat senyuman bahagia itu terukir indah dibibir mereka
kelihatan jelas bahagia dari setiap kata-kata
Alhamdulillah
senyuman itu turut terukir di bibir sendiri

akan diteruskan usaha dan langkah
demi niat yang satu itu
demi senyuman berharga mereka
walau tak mampu memberi banyak mana
biar hanya sebaris doa
akan diusahakan setiap saat dan ketika
bukankah erti hidup itu pada memberi?
agar hidup ini terus bererti!

Jalan mujahadah bukan mudah
Harus cekal dan tabah untuk sentiasa istiqamah
 bukan mudah..
sesekali pasti lelah
namun jangan sesekali mengalah~

Tuesday, March 6, 2012

bekal


Mencari dan mencari~!

ah!

ilmu itu perlu dikejar,
harta itu perlu diusaha,
hidayah Allah itu perlu dicari,
tiada yang datang bergolek2 di depan mata

carry mark 'di sana' perlu dikerjakan
bekalan di akhirat itu perlu dicukupkan
usah jadikan hidup ini sia-sia!
aku dilahirkan bertujuan bermatlamat
hidup disini sementara
disana lebih utama

ayuh!
cukupkan bekalan kita ke sana!
penuhkan 'bakul-bakul' kita untuk dibawa
isinya amal
kandungannya ilmu yang berguna
penuhnya dengan sedekah jariah
cari 'lubang-lubang' yang boleh dipenuhi
agar ia mampu dibawa ke 'dunia' itu nanti

Monday, March 5, 2012

ukhwah

ukhwah?

Ukhwah itu misteri rasanya tatkala
 tanpa ayat dan kata-kata
gerak laku, mimik muka mampu menjelaskan segalanya

Ukhwah itu mampu menjadi gelojak di jiwa pabila
Pertemuan itu dinanti,
Perpisahan itu dirasai

Ukhwah itu bagaikan magic apabila
Bertemu, terasa ikatan itu bertambah erat
Berpisah hanya jasad semata-mata

Ukhwah itu utuh apabila
Bertemu,beringat sesama kita
Berpisah, tanpa jemu doa utk mereka itu menjadi rutin seharian

Ukhwah terasa redhaNya pabila
Bertemu, bersama-sama kita beriringan ke jalanNya
Berpisah, terbayang wajah-wajah itu tatkala doa rabithah itu dititipkan

Sunday, February 19, 2012

Teruskan melangkah!

Hajat di hati ingin membantu
Membantu anak bangsa sendri
Mahu melihat anak melayu terus bangkit berdiri
bukan terkulai layu
akan tercapaikah niat yang satu itu?

Cukuplah  diri ini yang tak mampu menggapai bintang yang pernah diimpikan suatu ketika dahulu
tapi diri ini tak tega melihat benda yang sama berulang lagi dalam diri adik-adik di sekeliling

Teruskan berlari adik-adik
Jika hari ini kamu jatuh tersungkur
Bangunlah
Biar bermula dengan bertatih sekalipun
Tapi jangan sesekali kalian putus asa!

Tiada kejayaan mampu digapai tanpa halangan
Tiada jalan yang tiada selekohnya
Tidak akan ada pelangi akan datang tanpa hujan datang menemani

give me a chance!

I do believe REZEKI ITU MILIK ALLAH
dan gaji yang saya terima selama ini?
hanya satu perantaraan untuk dikongsi dengan orang sekeliling

Siapa yang tak pernah dilanda masalah kewangan?
perasaan yang tak pernah cukup itu akan SENTIASA ADA untuk mereka yang tak pernah bersyukur,
itu pasti!

Let's read this!

"O Allah's Messenger! What kind of charity is the best?"

He replied, "to give in charity when you are healthy and greedy hoping to be wealthy and afraid of becoming poor. Don't delay giving in charity till the time when you are on the death bed when you say, 'Give so much to so-and-so and so much to so-and-so,' and at that time the property is not yours but belongs to so-and-so"

(al-Bukhari)

Dear honey,
Dear sisters,
Dear brothers,
please do give me a chance to at least lighten your burden? even  I am not that rich, even I can't help u much..
but please..please give me a chance to at least to try...

Sakit
Sangat pedih
bila kita mampu bergelak ketawa bersama
tapi knp tidak utk menangis bersama?

Tuesday, February 14, 2012

Impak SPKGVI

Adat bertemu
Berpisah itu pasti

ukhwah..
sukar digambar
sukar diterangkan

ikatan nya
teguh, tetap utuh

bersama hanya 4hari
malah ada pula yang hanya betemu 2-3 jam untuk 2 hari
tapi itu yang kuat ikatannya
hingga mengalir mutiara jernih itu
tatkala perlu berpisah meneruskan tanggungjawab masing2

rapatnya ukhwah itu bukan tergambar pada kekerepan pertemuan
tp kerapnya ingatan itu timbul di dalam doa2 yang dititipkan
MasyaAllah
Subhanallah
saya amat MERASAKANNYA

Buat adik-adik
Sahabat-sahabat
Rakan seperjuangan
Pertahankan ikatan ukhwah ini
hatta kita tak bertentang mata
tapi gunakanlah medium-medium yang ada untuk kita update sesama kita

kl kita mampu kongsi gembira
knp tidak suka duka
walau jauh di mata, kita masih ada sesama kita utk membantu
walau hanya utk mendengar, menadah telinga

Akhir kata,
maaf andai kata saya tersilap kata tersalah bahasa tertinggi suara
sesungguhnya diri ini masih dalam perjalanan utk memperbaiki diri ke arah yang lebih baek


dan sesungguhnya, korang merupakan harta2 yang berharga buat saya

Sunday, February 5, 2012

Ini kata saya tentang SPKG, anda?

Excited!
Teruja!
Berdebar!
SPKG VI bakal menjelma (klik link utk maklumat lanjut)

eh
apa itu SPKG?
oh maaf,
SPKG itu bermaksud Sireh Pulang ke Gagang
tahun ini, kali ke-6 ia dilaksanakan

Mungkin ada yang berkata
Mungkin ada yang tertanya-tanya

Buat apa datang KMPk lagi?
Hanya setahun je duduk di situ
Apalah sangat yang ada?
Apalah sangat yang memberi makna?

Bagi saya,
setahun di situ bagai satu batu loncatan buat saya..
kalau dulu, SPM sy tak semegah mana,
tapi di KMPk,
saya bangkit untuk berdiri dan terus berlari!

Saya mampu katakan,
jika sy tak belajar utk berdiri di sana,
kemungkinan saya bukan seperti saya pada hari ini!
Namun, itu juga atas kehendak Dia~

Dan
Setelah melalui zaman di universiti
dan kini hampir 6 bulan hidup berkerjaya
saya akui
zaman di matrikulasi adalah zaman paling bermakna+BEST buat saya!

Di dalam Alumni KMPk itu sendiri
saya bukanlah siapa-siapa
bukan pemegang apa-apa jawatan sekali pun

tapi, saya happy
senang dengan ukhwah yang terjalin di antara ahli-ahlinya
walaupun sebelum itu, tak pernah bersua muka dek akibat tahun belajar yg berbeza
tapi ukhwah yg terjalin itu sangat manis rasanya!
tua, muda
kami mampu bergelak tawa bersama
bekerja bersama
buat 'drama' bersama

hah!
nak tahu kelainannya?
join kami!
dan anda nilaikan sndiri..