KLIK!

Sunday, January 31, 2010

jOm waLk JoG!

Jom cik kotak bawa jalan-jalan di sekitar kawasan muzium JB.
nak ikut?jom!

Di pagi ahad,
cik kotak dan cik nadiah menghabiskan masa lepas subuh bersama..
semalaman tak tidur dek kerana study tok test pada malam isnin.
huhu..rajin tak kami?
doakan agar usaha kami berbaloi ye?

yang datang ke sini, majoritinya chinese.
payah gak nak cari malays kat situ.
tua muda lelaki perempuan kebanyakannya cina.
memang mereka ini amat rajin kan dalam penjagaan kesihatan?
kawasan yang best untuk jogging.
rugi lak tak bawa sport shoes.


suasana sebelum kami bertolak. Gelap lagi..lepas solat subuh lak tu..


di antara bangunan yang ada di dalam taman tersebut. udara yang nyaman dan segar di pagi hari~

Wahh...cik kotak jumpe camel tau di pagi hari~! jangan jelous! hehe

subhanAllah...cantik kan ciptaan Allah?

ok, untuk ilmu tambahan..
kat dalam taman ni, ada rumah ala-ala jepun taw!
cute sanngggaattt!!


Saturday, January 30, 2010

CubaLah kaLau anda MamPu?!

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu (terlebih dahulu) mengubah apa yang ada dalam dirinya.”

Namun, ada di antara benda/perkara yang kita TAK mampu ubah walaupun kita berusaha sesungguhnya..

1. Tarikh/tempat/masa kita dilahirkan ke dunia ini

2. Jantina kita
(tapi ada je yang memandai tukar walaupun 100% tak pure)

3. Nama kita
(agak-agak boleh ke cakap kat mak abah kita nak nama apa masa baru lahir tu?)

4. Islam sebagai Agama kita
(sepatutnya kita rasa bangga pabila kita dilahirkan sebagai Islam. Tapi ada gak yang nak convert walaupun haram! dusshhh2!)

yang lain? ada lagi tak?


DatangLah sayang..muncuLLah intan..

apelah yang cik kotak mengarut ni..
datanglah sayang?
muncuLLah intan?
lelaki mane lak cik kotak tergila-gilakan lak ni?

opppps! tidak!
BUKAN lelaki!
tetapi SEMANGAT dan KERAJINAN!

test dan keje semakin mnyesakkan hidup.
semangat dan kerajinan amat-amat sangat diperlukan!
urgent!

ISTIQAMAH...
berterusan melakukan sesuatu perkara tanpa jemu terumatanya melakukan perkara yang baik..
alahai cik kotak...
bila nak berubah jadi istiqamah ni?


Thursday, January 28, 2010

Lagi berita Pilihanraya Kampus~

Alahai...
Sekali pandang, dah tak ada rupa macam fakulti.
poster pun kebanyakan muka yang sama.
Perlu ke ditampal berulang-ulang kali, berderet-deret sebegini rupa?
malam pasang, esok pagi dah kena mengundi.
tidak sampai tempoh 24jam pun poster ini berguna.

fenomena pembaziran secara terang-terangan.
Agak-agak ape jadi kat poster tu nanti?
buang juga akhirnya bukan?
dan cik kotak percaya,
amatlah sikit peratusannya yang akan recycle kembali kertas-kertas tu..


Cik kotak sangkakan, pilihanraya kampus sebegini tak ada kes-kes yang pelik;
kes sabotaj itu ini..
rupa-rupanya?
ada jugak...
hmmm...ni baru pilihanraya kecil sebegini,
cuba bayangkan kalau pilihanraya di dunia politik sebenar di luar sana,
adakah fenomena ini akan terus dipraktikkan jua?
nak tahu,klik senior serol

I promise myself..

I promise myself...

To forget mistakes of the past and press on to the greater achievements of the future.

To wear a cheerful expression at all times and give a smile to every creature I meet.

To give so much time to improving myself that I have no time to criticize others.

To be too large for worry, too noble for anger, too strong to fear and too happy to permit the presence of trouble.

To think well of myself and to proclaim this fact to the world, not in loud words, but in great deeds.

To live in faith that the whole world is on my side, so long as I am true to the best that is in me

CHRISTIAN D. LARSON
The Optimist's Creed

the question is, could I be that kind of optimist?=)

Pilihanraya Kampus MPP

Keadaan di bawah pintu bilik cik kotak malam sebelum pembuangan undian pilihanraya Umum MPP..
Fenomena biasa yang berlaku setiap tahun.
personally, cik kotak rasa ni febomena tak sihat.
sebab?
Pembaziran kertas secara terang-terangan!
kertas tu hanya dibaca 2 3 minit, lepas tu?
tong sampah jua destinasi terakhir untuk di tuju.
Mungkin lepas ni kita perlu mencari kaedah yang lebih sesuai untuk mengedarkan manifesto masing-masing.
Kaedah yang tidak membawa pembaziran dan environmental friendly mungkin.
sesiapa ada idea?
tapi, mungkin juga ini adalah satu-satunya kaedah yang ada.
pendapat kita juga mungkin berbeza~

Wednesday, January 27, 2010

Sabar DaLam UjikaJi

Aktiviti cik kotak di setiap petang rabu : Menghadiri makmal kejuruteraan kimia dari pukul 2pm hingga 5pm.
Ujikaji dalam penghasilan biodiesel. Tindakbalas antara minyak masak yang selalu digunakan di rumah dengan methoxides (Natrium Hidroksida + Methanol)

Apa itu biodiesel?
Biodiesel ni digunakan sebagai standard diesel engine.
Macam minyak untuk menggerakkan bus kat jalan raya tu.
Murah pun murah, senang pun senang nak buat.
dan yang paling penting boleh kurangkan pencemaran udara!

Gambar di bawah adalah semasa proses tindakbalas berlaku.
Dibiarkan campuran tersebut bertindakbalas dan dikacau selama 1jam pada suhu 60 darjah celcius..
(huhu, lama cik kotak tunggu)


Gambar ini pulak lepas proses campuran dilakukan.
Campuran tadi dibiarkan selama 24 jam untuk menghasilkan 2 layer. Sok cik kotak pergi tengok ye?
Tapi kat bawah ni pun da nampak kan 2 lapisan yang terbentuk?


Gambar ni hasil kreatif dan "tak ada keje" partner group cik kotak, encik muaz namanya.
special thanks to ms.ika, ms.atim and mr.muaz..(cik kotak punya group)

maklumak tambahan biodiesel, klik bawah

agak-agak bila malaysia nak guna sepenuhnya biodiesel dalam tangki-tangki bus atau lori kat atas jalan raya tu?hehehe

M.A.S.A


60 saat, 60 minit, 24 jam, 7 hari..
Angka yang diberikan sama rata, sama jumlah kepada setiap individu.
tak kurang dan tak lebih.
Terpulang kepada setiap individu bagaimana mahu memanfaatkan setiap saat yang diberikan.

MASA ITU EMAS.
Tidak boleh dijual dibeli.
Rasanya lebih mahal daripada emas.
sebab emas pun boleh dibeli kalau ada duitnya bukan?

Ia pasti tidak akan menunggu
apatah lagi untuk berpatah balik.
Oleh itu, manfaatkan sebaik-baiknya agar kita tidak termasuk dalam orang-orang yang kerugian..

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Demi Masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati)
dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran."
Al-'Asr

Tuesday, January 26, 2010

Cik kotak dan Cinta

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
-Hamka-

Cinta..
perkataan yang membawa seribu makna. Terbahagi kepada pelbagai kategori dan kelas.

Cinta kepada Allah.
Cinta kepada Rasul.
Cinta kepada ibu dan ayah.
Cinta kepada keluarga.
dan seumpamanya

Cinta adalah subjektif.
Cinta juga boleh disama ertikan dengan sayang bukan?
ke cik kotak salah? mohon diperbetulkan..

Cinta sesama manusia mungkin tidak berkekalan.
tetapi cinta kepadaNya..
kekal abadi selamanya.

Tidak dinafikan perasaan manusia ingin dicintai dan disayangi.
Namun realitinya, cinta sesama manusia mampu membunuh diri.

Pesanan cik kotak,
lepaskanlah orang yang kita sayangi walaupun kita tak mampu memiliki sayang dan cintanya.
Kadang-kadang melihat orang yang kita sayang itu bahagia sudah mampu memberi seribu satu kebahagian buat kita walau kita kehilangannya.
Redhalah..
Pasti Dia telah tentukan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Monday, January 18, 2010

cik kotak dan walimatul urus

Assalamualaikum pembuka bicara, penghulu segala kata-kata..update pendek dari cik kotak. Semalam, cik kotak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak sepupu ayah cik kotak di Perak.

Dari Abdullah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.”

Meriah kendurinya. Pelbagai juadah dan ramai pula tetamunya. Dengar cerita 3 ekor lembu tumbang dek nak menjamu makan tetamu yang hadir.

Pengantin diarak masuk dalam jam 1.30 ptg dengan paluan kompang dan selawat ke atas junjungan Nabi kita, Rasulullah saw. Pemain kompang ini rata-ratanya terdiri daripada pakcik-pakcik yang dah pun berusia.

Bila orang dah menjemput kenduri kahwin ni, jatuh hukum wajib bagi orang tersebut menghadirkan diri kecuali ada sebab-sebab tertentu.

Kalau ikut logik pun, memang patut pun kita pergi bila dah diundang. Kalau kita tak datang dengan sengajanya, nanti bila masa giliran kita pulak nak buat majlis kenduri seperti ini, tak ada sape nak datang. Dunia ni kan macam roda, apa yang kita buat kat orang, pasti kita akan merasainya suatu hari nanti.

Majlis kenduri kahwin seperti ini dilakukan pada dasarnya untuk memberitahu kepada orang lain yang pasangan ini telah pun sah menjadi suami isteri. Takut nanti bila tidak diberitahu, timbul pulak soal fitnah zina terhadap pasangan tersebut.

Tapi, kadang-kadang kita kena tengok balik tujuan dan niat kita. Buat majlis sebab nak memberitahu, menjamu makan atau sekadar menunjuk-nunjuk?

Dari Anas bin Malik r.a menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.”

p/s~sape sudi carikan calon suami untuk cik kotak? umur da semakin meningkat nie..hehehe

Sunday, January 17, 2010

iTs 100!!!

hello! hye to all my followers!
wah..sgt lama cik kotak tak berblog..
maaf yer, cik kotak ada tanggungjwab lain yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu..
(ececehhh...macam la ada orang yg sudi baca kan?!)

btw, followers blog ni da mencapai angka 100!!!
satu penghargaan buat cik kotak..

cik k0tak teringin nak tanya, teringin nak tahu..
sebab utama dan sampingan followers ku sekalian mengikuti blog yang tak seberapa ini..
hehehe...saja je nak tanya...kalau sudi berkongsi, sila la comment kat ruang yang disediakan yer?

jutaan terima kasih dan tak terhingga sebab sudi jenguk dan drop by kat blog cik kotak..=)

Monday, January 11, 2010

CeRmin mAta versus kanta lekap.

cermin mata @ spectacle..
  • formal glasses that you wear to see..
  • ada dua cermin dan bingkainya
  • harga mungkin mahal, bergantung kepada kualiti cermin dan bingkai
  • walaupun mahal tapi boleh digunakan sepanjang hayat selagi power tak meningkat, tidak patah mahupun tidak hilang..
  • bingkai ada pelbagai warna dan corak, pilih aje, janji duitnya ada..
  • boleh dipakai dan dicabut di mana-mana dan bila-bila masa sahaja..
  • tapi, kekurangannya agak rimas bagi sesetangah orang..
  • payah nak bentuk tudung kat muka, nanti nampak muka besar!hehehe=p
  • kene pandai jaga agar tak tercicir di mana-mana atau patah bagi orang jenis cuai macam cik kotak!hehehe

  • Kanta lekap @ contact lens..
  • a plastic lens that you wear in your eye to help you to see more clearly
  • ada dua plastic lens, satu kanan satu kiri..
  • terdapat pelbagai warna..merah,hitam, coklat, biru? pilih aje..
  • harga agak mahal dibandingkan dengan cermin mata..
  • ada jangka hayat, sepasang kanta lekap mampu bertahan selama sebulan..
  • agak leceh menjaga, kene jaga kebersihan sentiasa, kalau tidak, bila dipakai, mata akan sakit dan kemerah-merahan
  • ada tempat khas dan juga cecair khas untuk membersihkan kanta lekap
  • tapi, bila da pakai, rasanya mustahil nak hilang, sebab duk melekat kat kornea=p
  • semakin lama dipakai, semakin keringla mata anda kecuali anda menggunakan ubat penitis mata.

p/s ~ orang yang kena pakai salah satu daripada alat di atas, tandanya Allah dah tarik salah satu anugerahNya iaitu penglihatan yang baik dan jelas..
so, nak tak nak kene pakai gak..macam cik kotak! cik kotak ada kedua-dua alat di atas, tapi cik kotak lebih prefer untuk menggunakan contact lens daripada cermin mata..hehehe..
rasanya anda pasti dapat mengagak kenapa kan??=p

Sunday, January 10, 2010

beNarkah beGini?

Benarkah pelajar Malaysia "examination oriented"?? Pelajar kita belajar hanya nak lulus peperiksaan? Pelajar kita belajar hanya nak kejar berpuluh-puluh A semata-mata? Pelajar kita tidak mampu apilkasikan segala ilmu yang dipelajari dalam keadaan sebenar?dalam situasi seharian?benarkah?

Wahh..berat jugak soalan di benak minda cik kotak ni.

Cik kotak juga seorang pelajar. Mengikuti sistem pembelajaran di Malaysia hampir 15 tahun. Bila menghadapi tahun ke-3 di universiti. Barulah cik kotak sedar yang selama ini cik kotak hanya belajar semata-mata nak dapat keputusan peperiksaan yang baik yang kononnya cemerlang, gemilang dan terbilang. Kenapa cik kotak kata begitu?

Tahun ke-3 dalam jurusan yang cik kotak ambik sekarang ini, memerlukan cik kotak menggunakan segala ilmu dan informasi yang pernah cik kotak belajar sepanjang berada di universiti. Tapi, mampukah cik kotak mengimbas kembali dan menggunakan kesemua ilmu-ilmu yang pernah dipelajari dahulu?? jawapannya, TIDAK!!

Seolah-olah, cik kotak tak pernah mempelajari satu apa pun. Ini bukanlah kes lupa mahupun tak ingat! tapi, kes tujuan dan niat seseorang itu mempelajari sesuatu. Belajar semata-mata lulus peperiksaan, belajar hanya di permukaan, bukan mendalami! kita belajar menghafal bukan memahami. Apa yang penting? A di genggaman!

Kesannya? seseorang pelajar tidak akan merasai kesannya semasa dalam tempoh pengajian. Tapi, semasa kita berada di alam pekerjaan. Masalah diluar sana tidak akan sama keadaannya dengan soalan-soalan yang perlu kita selesaikan dalam kertas peperiksaan. Tidak percaya? tunggu saja saatnya nanti! Nak bukti? ringankan mulut anda bertanya abang kakak kita yang sudah pun melepasi alam universiti dan sedang bekerja.

Langkahnya?Semoga berjaya dalam menukar persepsi anda dari mengejar A semata-mata kepada menuntut ilmu untuk difahami, didalami, dan diasimilasi!! bukan kerja yang mudah bukan?!


Saturday, January 9, 2010

c.kotak letak jawatan

Larikan diri..sembunyikan diri..
dari masalah..
itu kepakaran cik kotak..
bak kata mr donald!

erk, ada cik kotak kisah apa orang nak kata ?=p

resign letter telah berjaya diberikan kepada salah seorang MT atasan..
maaf yer, cik kotak terpaksa ambil langkah ini.
rasanya cik kotak tak penting pun dalam organisasi tersebut.

Ada yang lebih layak.
tak pun,pasti orang yang sedia ada mampu melakukan 2 3 kerja dalam satu masa!
tambahan pula, cik kotak tak memberi apa-apa sumbangan pun.

Sayang memang sayang,
tapi rasanya cik kotak tak mampu lagi nak berlagak "baik" di depan sesetengah orang yang berlakon jadi "baik"!
ingat!
tak semua orang itu sempurna!
dan jangan ingat diri anda dah cukup sempurna sehinggakan anda tidak mampu mengeluarkan perkataan pohon maaf dengan orang lain!

Oleh hal yang demikian,
khas ditujukan buat semua MT khususnya,
ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab tarik diri.
halalkan makan minum bagi sesiapa yang sudi belanja cik kotak sebelum ini..
rasanya hidup cik kotak semakin stabil sejak mendiamkan diri.
Jangan dipertikaikan tentang hal cik kotak tarik diri.
Tak usah ditanya mengapa dan kenapa.
Jangan pula lepas ini berpuluh-puluh panggilan telefon mahupun buzz ym yang cik kotak akan terima.

pape pun cik kotak masih lagi menunggu seorang hamba Allah untuk minta maaf dari cik kotak..
oopps!cik kotak tahu sepatutnya cik kotak patut memberi kemaafan kepadanya.
maaf sekali lagi, cik kotak masih tidak mampu untuk memberkan kemaafan itu selagi orang di sekeliling cik kotak turut terasa/terseksa kerananya..


Friday, January 8, 2010

duiT unTuk hidUP @ HiduP untuk duit??

Sehari setelah tidak meng"update" di blog tercinta. Hidup tak keruan, namun tanggungjawab perlu diutamakan terlebih dahulu. Minggu yang agak sibuk dan penuh dengan emosi. Hari ini, Cik Kotak kembali untuk menulis lagi.

Duit?Money? setiap saat, setiap minit kita mengejarnya bukan? kita kerja untuk duit. kita belajar dengan harapan suatu hari nanti, kita mampu memperoleh pekerjaan yang menjanjikan gaji yang lumayan. Hasilnya, duit!

Kadang-kadang, tali persaudaraan keluarga sendiri boleh terputus sebab duit. Keluarga pecah belah hanya disebabkan duit. Hasad dengki di antara manusia pun rata-ratanya hanya disebabkan duit! wah...duit..duit..duit!

contoh situasi boleh refer link di bawah

Adakah hidup kita hanya semata-mata untuk duit? Adakah kita hanya mengejar duit untuk kebahagian hidup di dunia?Bolehkah kita bahagia dengan adanya segunung duit? Bolehkah semua benda boleh dibeli dengan duit?

Tapi, cik kotak tak nafikan yang dengan duit boleh memberikan kita hidup dalam keselesaan dalam melakukan ibadah, memberikan kemudahan dalam mengejar alam akhirat. Terbuki apabila Rasulullah saw mendapat bantuan dari segi kawangan daripada isteri tercinta, Siti Khadijah dalam menyebarkan dakwah.

Terpulang kepada individu bagaimana mendefinisikan duit dalam kehidupan seharian. Agar kita tidak terlampau taksub dengan duit. Agar tidak lalai dalam meniti hari di dunia sementara..

Wednesday, January 6, 2010

aKu dan kamu II

" PANAS API YANG KAMU NYALAKAN DI DUNIA INI
(TERMASUK MATAHARI)
HANYA 1/70 DARIPADA
PANASNYA API NERAKA DI AKHIRAT.
KALAU SEBAHAGIAN KECIL JATUH DE DUNIA,
TENTU MENDIDIH AIR LAUT KERANA PANASNYA"

Tuesday, January 5, 2010

maafkan cik kotak..

Maafkan cik kotak andai kata setiap perlakuan mahupun tindakan cik kotak ada yang tak puas hati.

kadang-kadang cik kotak tak sedar yang cik kotak buat benda yang boleh menyakitkan hati sesetengah pihak.

Again, maafkan cik kotak.

Kalau nama "cik kotak" atau cara cik kotak berinteraksi membuatkan ada yang geli mahupun tak selesa, itu pun cik kotak minta dimaafi .

Rasanya hak cik kotak nak guna nama ini. Tapi terpulang kepada individu andai kata geli dengan nama dan penggunaan "cik kotak". kalau tak suka, tak mengapa. Tidak perlu datang ke page ini, tidak perlu baca status cik kotak di fb dan tidak perlu komen apa-apa pada status cik kotak. Cara paling mudah, buang saja cik kotak dari senarai kawan anda. Maaf sekali lagi akan tindakan cik kotak.

apa yang kita buat, tak semua orang suka. Tak semua orang akan puas hati. Sebab tak semua orang sempurna. Akhir kata, maafkan cik kotak akan ketidaksempurnaan diri.

Monday, January 4, 2010

siLa jaGa perADABan aNda!

Sila baca situasi di bawah, dan berikan pendapat anda..cik kotak sangat menghargainya=)

peraturan di setiap universiti : setiap pelajar dilarang meletakkan kenderaan di kawasan yang telah dikhaskan untuk kenderaan staf. Jika tidak saman akan dikenakan.

waktu : 2ptg
hari : isnin

pada suatu petang dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Pelajar A telah me"park"an/meletakkan kereta merahnya dikawasan tempat letak kereta staf.

Staf : adik tak boleh parking kat sini. Ini tempat letak kereta staf.

pelajar A : (Sambil mengeluarkan kunci kereta) Nah, ambiklah kunci ni, alihkan sendiri!

Staf : Eh, adik jangan main-main

Pelajar A : (Sambil tersenyum kambing berjalan meninggalkan staf tersebut)

Staf : (Masuk ke dalam makmal,tempat di mana beliau bertugas setiap hari. Mengeluarkan telefon dan menghubungi seseorang)

Selepas beberapa ketika, pihak "pak Guard" datang dengan megahnya. Datang dan memerhati kenderaan-kenderaan yang ada di kawasan tempat letak kereta berkenaan.
Dengan bangganya, sehelai "surat cinta" telah pun dikeluarkan dan diselitkan di cermin depan kereta merah tersebut.

Maklumat tambahan :
1) pelajar A itu merupakan pelajar melayu dan juga pelajar tahun ke-2
2) setelah pelajar A mendapati dia menerima "surat cinta" , dia masih lagi meneruskan senyuman kambingnya itu

ciK kOtak misS thIs GuY a loT

Tadi cik kotak buka cik kotak punya myspace. Kalau ikutkan, cik kotak tak beberapa suka ngan myspace ni. Sebab kebanyakan pengguna myspace ni budak-budak belasan tahun atau senang cite orang yang lebih muda la dari cik kotak.
Cik kotak selongkarlah gambar kawan-kawan cik kotak.
tetibe masuk lak page lelaki ini.


Bile tengok gambar lelaki ini satu-persatu, tetiba timbul perasaan rindu ngan dia..
seyes, rindu semakin tebal.
lantas, tangan cik kotak gapai handphone murah cik kotak.
cik kotak call dia=D
Katanya baru habis paper fizik. cik kotak tanya "macam mane?"
dia jawab "ok, boleh jawab!"
alhamdulillah..cik kotak seronok dengar. cik kotak tanya lagi, "UPU da isi ke?"
dia kata "belum lagi, nak concentrate kat exam dulu. Pastu baru wat sikit researh dan isi form"
cik kotak dan dia set masa bile nak balik puchong, nanti cik kotak ngan dia leh kuar sama-sama..
wahhh, nak ajak die dan adik bongsu cik kotak sekali.
rindu!rindu!rindu!
hanya doa je yang cik kotak mampu berikan ketika ini..

p/s~agak-agak readers/bloggers sekalian tahu ke apakah status lelaki ini bagi cik kotak?=P

Sunday, January 3, 2010

Apa itu PARETO LAW??


Selamat hari ahad!

cik kotak nak bagi ilmu sket ni. Ilmu tak luak kan kalau dikongsi kan?

PARETO LAW : 20/80 Rules.

apakah itu??

maksud secara kasarnya~ daripada 100 aktiviti yang kita buat, hanya 20% daripada aktiviti tersebut yang memberikan kita 80% nilai dan manfaat!

contoh situasi :

daripada 6pagi hari ini sehinggalah 6pagi esok (24jam), kita pasti melakukan 1001 aktiviti bukan?

Seandainyalah kita sebagai pelajar, di antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti makan, belajar, tidur, mandi, solat, keluar masuk toilet dan sebagainya.

Sebagai seorang pelajar matlamat kita adalah memperoleh ilmu sebanyak mungkin bukan?

tapi tahukah anda, bahawa daripada 1001 aktiviti itu, hanya 20% daripadanya yang memberikan 80% pulangan untuk kita mendapatkan ilmu!

Kiranya, kat sini cik kotak nak kata, tumpukanlah sepenuh perhatian kat 20% aktiviti itu untuk kita dapatkan 80% pulangan/manfaat untuk diri kita sendiri..strategic planning tu kan penting untuk mendapatkan sesuatu?!

p/s~kalau salah tolong betulkan yer?ilmu ini diperoleh daripada kelas Project Management.

Contest Baru Pulak

Contest pertama yang disertai oleh cik kotak di tahun 1421/2010..

link tuan punya blog yang menganjurkan contest ni..

gambar di atas diambil oleh kak sab semasa busu tunang , dan cik kotak ada di situ..
p/s~maaf yer busu gune gambar ini..
heheheh

Saturday, January 2, 2010

Kotak Baru dan Lama

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Setiap yang bermula pasti ada perakhiran..
Terpulang kepada individu bagaimana mahu menggunakan detik-detik di antara dua peristiwa tersebut..


SELAMAT TINGGAL 1430 & 2009
Tahun yang banyak mengajar diri cik kotak untuk menghadapi tahun 1431/2010..
Tahun yang meninggalkan seribu kepahitan dan kemanisan di dalam kotak memori..

Bergiat aktif dalam AlumniKMPk..
Dikutuk dipuji oleh sesetengah pihak dalam setiap tindakan..
Kena pukul,sepak terajang bagai..
Kesilapan yang menyebabkan nama cik kotak heboh diperkatakan di seantero fakulti..
Result exam naik sedikit dan turun mendadak..
Lesen kereta berjaya diperoleh setelah banyak kritikan dan sindiran tempuhi..
handphone hilang akibat kecuaian diri..
menyebabkan 2009 merupakan
Di antara tahun yang paling banyak air mata cik kotak mengalir..

Namun, bagi diri cik kotak,
pengalaman meninggalkan sejarah..
sejarah tidak mampu diubah walau apa pun yang dilakukan..
dan sesungguhnya
Manusia yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya buat kali kedua!

SELAMAT DATANG 1431 & 2010!!
Setiap perkara yang ingin dilakukan mestilah dimulakan dengan perancangan yang rapi, meskipun perkara yang ingin dilakukan itu semudah seperti makan..
Perancangan menitikberatkan kesan dan akibat sesudahnya..
Dua benda penting yang cik kotak belajar daripada tahun 1430/2009..

Setiap insan pasti ada azam dan matlamat yang baru untuk menghadapi 1431/2010..
tapi jangan dilupa 1430/2009..
ambillah iktibar dan pengajaran,
agar kita bersedia menghadapi setiap dugaan yang mendatang..

aKu dan kamu~english version~


"SUCCESS IS A JOURNEY,
NOT A DESTINATION"


"YOU ARE RESPONSIBLE FOR YOUR OWN LIFE"
by Oprah Winfrey


p/s ~ Alhamdulillah, preparation for 3 minutes presentation regarding SUCCESS is done at 2.30am.
Above picture is part of my presentation. Hope Mr.Affendy will like it=P

Friday, January 1, 2010

on oFF bertudung?!

Salam tahun baru buat semua bloggers.Rasanya dah semakin jarang miera meluangkan masa dengan blog yang tak seberapa ni. 


bertudung? rasanya semua umat islam sedia maklum akan hal ini. wajib dituruti. Post kali ini mungkin terarah kepada kaum sejenis miera rasanya, kaum wanita.




Pernah tidak anda melihat segelintir wanita yang on/off dalam pemakaian tudung? Contoh situasi macam ni lah, Ms A ni dulunya memakai tudung pada zaman sekolanya. Molek sangat dilihat apabila keluar jalan-jalan dengan keluarga dan rakan-rakan ketika dia memakai tudung. Tapi sebaik sahaja peperiksaan SPM melabuhkan tirai dan zaman di kolej mahupun di universiti bermula, tudung tanggalkan. Semakin banyak gaya rambut yang diperagakan.


Bukan la saya nak kata saya ni baik sangat. Dan saya sendiri akui pemakaian tudung saya pun tak seberapa sempurna. Cuma saya tak beberapa setuju melihat ada rakan-rakan seperjuangan saya ketika dahulu on off dalam pemakaian tudung. Kejap pakai kejap tidak. Seolah-olah perkara wajib sebegitu dipermain-mainkan. 


Pernah suatu ketika dahulu saya view gambar rakan-rakan seperjuangan saya,rasa amat kecewa melanda bila melihat kebanyakannya jadi sebegitu rupa,  Dan pada masa itu, masih ada seorang dua yang masih bertudung. Di kala itu, saya rasa amat berbangga dengan mereka. Saya telefon salah seorang dari mereka, Ms Z dan bertanya mengapa jadi sebegitu rupa? Sudah semestinya saya tidak akan dapat jawapannya. Peredaran zaman mungkin ataupun jawapan yang paling popular yang pernah kita dengar.."tak datang seru lagi" tak pun "nak enjoy puas-puas dulu"


Dan dua tiga hari yang lepas, saya amat terkejut apabila Ms.Z yang saya call ketika dahulu mengikut jejak langkah rakan-rakan saya yang lain. Membuka tudung! itulah gambar pertama yang saya lihat dia tanpa tudung meliputi kepala.  Runtuh terus perasaan bangga saya ketika itu. Rasa gagal dalam menjadi seorang rakan. 


Sesetengah orang mungkin tak akan rasa kecewa macam apa yang saya rasa. Tapi mungkin disebabkan Ms.Z ni merupakan rakan baek saya di zaman sekolah dahulu, membuatkan saya terkesima sebentar.


Masing-masing mempunyai cara dan haluan hidup. Siapa saya nak berkata mahupun menegur bukan? saya bukannya mak ayah mereka. Hanya seorang rakan dan kawan yang semakin jauh. Tapi,ikhlas dari hati saya anda lebih comel, ayu dan anggun dalam bertudung.


p/s~pernah ke anda merasai situasi sama seperti saya? ataupun anda ada jawapan/pendapat tersendiri mengapa perkara sebegini terjadi?  feel free to share with me.. Ms A and Ms Z itu bukanlah nama sebenar~