KLIK!

Monday, January 18, 2010

cik kotak dan walimatul urus

Assalamualaikum pembuka bicara, penghulu segala kata-kata..update pendek dari cik kotak. Semalam, cik kotak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak sepupu ayah cik kotak di Perak.

Dari Abdullah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.”

Meriah kendurinya. Pelbagai juadah dan ramai pula tetamunya. Dengar cerita 3 ekor lembu tumbang dek nak menjamu makan tetamu yang hadir.

Pengantin diarak masuk dalam jam 1.30 ptg dengan paluan kompang dan selawat ke atas junjungan Nabi kita, Rasulullah saw. Pemain kompang ini rata-ratanya terdiri daripada pakcik-pakcik yang dah pun berusia.

Bila orang dah menjemput kenduri kahwin ni, jatuh hukum wajib bagi orang tersebut menghadirkan diri kecuali ada sebab-sebab tertentu.

Kalau ikut logik pun, memang patut pun kita pergi bila dah diundang. Kalau kita tak datang dengan sengajanya, nanti bila masa giliran kita pulak nak buat majlis kenduri seperti ini, tak ada sape nak datang. Dunia ni kan macam roda, apa yang kita buat kat orang, pasti kita akan merasainya suatu hari nanti.

Majlis kenduri kahwin seperti ini dilakukan pada dasarnya untuk memberitahu kepada orang lain yang pasangan ini telah pun sah menjadi suami isteri. Takut nanti bila tidak diberitahu, timbul pulak soal fitnah zina terhadap pasangan tersebut.

Tapi, kadang-kadang kita kena tengok balik tujuan dan niat kita. Buat majlis sebab nak memberitahu, menjamu makan atau sekadar menunjuk-nunjuk?

Dari Anas bin Malik r.a menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.”

p/s~sape sudi carikan calon suami untuk cik kotak? umur da semakin meningkat nie..hehehe

1 comment:

myQza said...

makan berhidang ke pakai dulang?? wah klasik! rindu nak makan dengan dulang! sekarang kat Melaka semua buffet!!