KLIK!

Monday, January 4, 2010

siLa jaGa perADABan aNda!

Sila baca situasi di bawah, dan berikan pendapat anda..cik kotak sangat menghargainya=)

peraturan di setiap universiti : setiap pelajar dilarang meletakkan kenderaan di kawasan yang telah dikhaskan untuk kenderaan staf. Jika tidak saman akan dikenakan.

waktu : 2ptg
hari : isnin

pada suatu petang dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Pelajar A telah me"park"an/meletakkan kereta merahnya dikawasan tempat letak kereta staf.

Staf : adik tak boleh parking kat sini. Ini tempat letak kereta staf.

pelajar A : (Sambil mengeluarkan kunci kereta) Nah, ambiklah kunci ni, alihkan sendiri!

Staf : Eh, adik jangan main-main

Pelajar A : (Sambil tersenyum kambing berjalan meninggalkan staf tersebut)

Staf : (Masuk ke dalam makmal,tempat di mana beliau bertugas setiap hari. Mengeluarkan telefon dan menghubungi seseorang)

Selepas beberapa ketika, pihak "pak Guard" datang dengan megahnya. Datang dan memerhati kenderaan-kenderaan yang ada di kawasan tempat letak kereta berkenaan.
Dengan bangganya, sehelai "surat cinta" telah pun dikeluarkan dan diselitkan di cermin depan kereta merah tersebut.

Maklumat tambahan :
1) pelajar A itu merupakan pelajar melayu dan juga pelajar tahun ke-2
2) setelah pelajar A mendapati dia menerima "surat cinta" , dia masih lagi meneruskan senyuman kambingnya itu

5 comments:

touyakaruma said...

satu lagi maklumat tak letak ... kereta Pelajar A tu keta dia atau pinjam ?

miera said...

kereta sendiri la encik tauyakaruma=P

sI tEDI said...

aku ok je dgn nama ko ni.
x de kes langsung!!

la la la
TQ sbb selalu singgah blog aku!

kasihkuamiera said...

ok sy maap kn awk :P

Dak Wan said...

Gila apa tu? Pelajar berlagak macam tu harus di ajar.