KLIK!

Sunday, January 10, 2010

beNarkah beGini?

Benarkah pelajar Malaysia "examination oriented"?? Pelajar kita belajar hanya nak lulus peperiksaan? Pelajar kita belajar hanya nak kejar berpuluh-puluh A semata-mata? Pelajar kita tidak mampu apilkasikan segala ilmu yang dipelajari dalam keadaan sebenar?dalam situasi seharian?benarkah?

Wahh..berat jugak soalan di benak minda cik kotak ni.

Cik kotak juga seorang pelajar. Mengikuti sistem pembelajaran di Malaysia hampir 15 tahun. Bila menghadapi tahun ke-3 di universiti. Barulah cik kotak sedar yang selama ini cik kotak hanya belajar semata-mata nak dapat keputusan peperiksaan yang baik yang kononnya cemerlang, gemilang dan terbilang. Kenapa cik kotak kata begitu?

Tahun ke-3 dalam jurusan yang cik kotak ambik sekarang ini, memerlukan cik kotak menggunakan segala ilmu dan informasi yang pernah cik kotak belajar sepanjang berada di universiti. Tapi, mampukah cik kotak mengimbas kembali dan menggunakan kesemua ilmu-ilmu yang pernah dipelajari dahulu?? jawapannya, TIDAK!!

Seolah-olah, cik kotak tak pernah mempelajari satu apa pun. Ini bukanlah kes lupa mahupun tak ingat! tapi, kes tujuan dan niat seseorang itu mempelajari sesuatu. Belajar semata-mata lulus peperiksaan, belajar hanya di permukaan, bukan mendalami! kita belajar menghafal bukan memahami. Apa yang penting? A di genggaman!

Kesannya? seseorang pelajar tidak akan merasai kesannya semasa dalam tempoh pengajian. Tapi, semasa kita berada di alam pekerjaan. Masalah diluar sana tidak akan sama keadaannya dengan soalan-soalan yang perlu kita selesaikan dalam kertas peperiksaan. Tidak percaya? tunggu saja saatnya nanti! Nak bukti? ringankan mulut anda bertanya abang kakak kita yang sudah pun melepasi alam universiti dan sedang bekerja.

Langkahnya?Semoga berjaya dalam menukar persepsi anda dari mengejar A semata-mata kepada menuntut ilmu untuk difahami, didalami, dan diasimilasi!! bukan kerja yang mudah bukan?!


5 comments:

sI tEDI said...

belajar untuk lulus. ya ! Pernah juga terlintas di fikiran. tapi cepat2 sedar!

TSS said...

haha..dasar pendidikan kita patot dirombak..

TongSampahSejarah said...

haha,,dasar pendidkan kita patot dirombak..

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
setuju sGt dengan fakta nie..
sebab tu la ramai anak Melayu belajar English berbelas tahun pun, asyik ulang menda yG sama jew..tp tak pandai2 jGk..
antara silapnya niat & tujuan..sistem pun maybe perlu dilihat semula

rizputra7 said...

contoh dah ada..aku ler contoh tue...hehehe