KLIK!

Friday, January 1, 2010

on oFF bertudung?!

Salam tahun baru buat semua bloggers.Rasanya dah semakin jarang miera meluangkan masa dengan blog yang tak seberapa ni. 


bertudung? rasanya semua umat islam sedia maklum akan hal ini. wajib dituruti. Post kali ini mungkin terarah kepada kaum sejenis miera rasanya, kaum wanita.




Pernah tidak anda melihat segelintir wanita yang on/off dalam pemakaian tudung? Contoh situasi macam ni lah, Ms A ni dulunya memakai tudung pada zaman sekolanya. Molek sangat dilihat apabila keluar jalan-jalan dengan keluarga dan rakan-rakan ketika dia memakai tudung. Tapi sebaik sahaja peperiksaan SPM melabuhkan tirai dan zaman di kolej mahupun di universiti bermula, tudung tanggalkan. Semakin banyak gaya rambut yang diperagakan.


Bukan la saya nak kata saya ni baik sangat. Dan saya sendiri akui pemakaian tudung saya pun tak seberapa sempurna. Cuma saya tak beberapa setuju melihat ada rakan-rakan seperjuangan saya ketika dahulu on off dalam pemakaian tudung. Kejap pakai kejap tidak. Seolah-olah perkara wajib sebegitu dipermain-mainkan. 


Pernah suatu ketika dahulu saya view gambar rakan-rakan seperjuangan saya,rasa amat kecewa melanda bila melihat kebanyakannya jadi sebegitu rupa,  Dan pada masa itu, masih ada seorang dua yang masih bertudung. Di kala itu, saya rasa amat berbangga dengan mereka. Saya telefon salah seorang dari mereka, Ms Z dan bertanya mengapa jadi sebegitu rupa? Sudah semestinya saya tidak akan dapat jawapannya. Peredaran zaman mungkin ataupun jawapan yang paling popular yang pernah kita dengar.."tak datang seru lagi" tak pun "nak enjoy puas-puas dulu"


Dan dua tiga hari yang lepas, saya amat terkejut apabila Ms.Z yang saya call ketika dahulu mengikut jejak langkah rakan-rakan saya yang lain. Membuka tudung! itulah gambar pertama yang saya lihat dia tanpa tudung meliputi kepala.  Runtuh terus perasaan bangga saya ketika itu. Rasa gagal dalam menjadi seorang rakan. 


Sesetengah orang mungkin tak akan rasa kecewa macam apa yang saya rasa. Tapi mungkin disebabkan Ms.Z ni merupakan rakan baek saya di zaman sekolah dahulu, membuatkan saya terkesima sebentar.


Masing-masing mempunyai cara dan haluan hidup. Siapa saya nak berkata mahupun menegur bukan? saya bukannya mak ayah mereka. Hanya seorang rakan dan kawan yang semakin jauh. Tapi,ikhlas dari hati saya anda lebih comel, ayu dan anggun dalam bertudung.


p/s~pernah ke anda merasai situasi sama seperti saya? ataupun anda ada jawapan/pendapat tersendiri mengapa perkara sebegini terjadi?  feel free to share with me.. Ms A and Ms Z itu bukanlah nama sebenar~

10 comments:

ARC said...

entri ni aku dah buat lama dah hahahha
Trademark lagi.... Tudung Hanyalah Kain
tgkla komen2 pembaca disane
ade yg insaf
ada yang degil
ada yg tgh dok pk2 lg

miera said...

oh yer?
xperasan lak..sat lagi saya gi menyelongkar blog anda yer?
hehehe

Awang Ilham said...

kadang2 perubahan selepas zaman sekolah ni hanya nampak secara fizikal pada kawan2 perempuan je, betul tak?

tapi, perubahan kat budak2 laki orang macam tak ambil peduli. time sekolah ok je, tapi bile dah abes sekolah ... ?

perubahan tu berlaku kat kedua2 gender, antara sedar @ tak je.

miera said...

salam awang..
bukan tak ambik peduli..kebiasaannya perubahan kat lelaki ni kawan lelaki je yang faham..
kami yang perempuan ni tak berapa rapat dan mungkin tak nampak dengan mata kasar..

Awang Ilham said...

mungkin cara berpakaian, cara berinteraksi dan mungkin juga gambar2 mereka di facebook.

adakah saya (atau kita) akan dilabel sebagai social conservatives (atau kolot, jumud, kuno etc.) kalau nak kekal dengan imej sedia ada?

jawapan saya: biarlah apa orang nak kata. syariat is no 1. ada sebarang bantahan? ;)

zaradgreat said...

hurm
ada jugak. mula2 on off pakai tudung. sekarang dah off dah.
de orang tegur. then dia cakap bapak dia tak tegur siapa orang lain yang nak tegur.

aish.

ustazah dulu pun cakap, on off pakai tudung nih mempermainkan agama. kalau cakap tak sampai seru, seru tuh dah lama Tuhan dan Rasulullah berikan. hati kita je keras.

kalau cakap nak enjoy dulu, time tengah enjoy tuh malaikat maut datang tarik nyawa amacam? bukan confirm kita mati masa tua je.

sekadar berkongsi. walaupun tau aku nih pun tak seberapa. sedang cuba berubah ke arah yang lebih baik. hehehehee.

sI tEDI said...

artis sekarang pun ada,

mula2 akai tudung.. berlakon bukan tudung. katanya.. niat cari rezeki. x pe.. Allah tahu!

jan said...

erm.adat la tuh.ble da besar2, ade haluan masing2...

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
huhU..macam2 la kan..bukan 0n/off bertudunG jew..ada jG dari yG labuh jd makin kecik tudungnya,,tak pun labuh di dalam (k0lej) kecik di luar...

L B said...

ini lah globalisasi...
apa yg disajikan kepada kita...
dan apa yang kita terima...
itulah yg akhirnya akan kita keluarkan...
nice blog btw...