KLIK!

Friday, January 8, 2010

duiT unTuk hidUP @ HiduP untuk duit??

Sehari setelah tidak meng"update" di blog tercinta. Hidup tak keruan, namun tanggungjawab perlu diutamakan terlebih dahulu. Minggu yang agak sibuk dan penuh dengan emosi. Hari ini, Cik Kotak kembali untuk menulis lagi.

Duit?Money? setiap saat, setiap minit kita mengejarnya bukan? kita kerja untuk duit. kita belajar dengan harapan suatu hari nanti, kita mampu memperoleh pekerjaan yang menjanjikan gaji yang lumayan. Hasilnya, duit!

Kadang-kadang, tali persaudaraan keluarga sendiri boleh terputus sebab duit. Keluarga pecah belah hanya disebabkan duit. Hasad dengki di antara manusia pun rata-ratanya hanya disebabkan duit! wah...duit..duit..duit!

contoh situasi boleh refer link di bawah

Adakah hidup kita hanya semata-mata untuk duit? Adakah kita hanya mengejar duit untuk kebahagian hidup di dunia?Bolehkah kita bahagia dengan adanya segunung duit? Bolehkah semua benda boleh dibeli dengan duit?

Tapi, cik kotak tak nafikan yang dengan duit boleh memberikan kita hidup dalam keselesaan dalam melakukan ibadah, memberikan kemudahan dalam mengejar alam akhirat. Terbuki apabila Rasulullah saw mendapat bantuan dari segi kawangan daripada isteri tercinta, Siti Khadijah dalam menyebarkan dakwah.

Terpulang kepada individu bagaimana mendefinisikan duit dalam kehidupan seharian. Agar kita tidak terlampau taksub dengan duit. Agar tidak lalai dalam meniti hari di dunia sementara..

4 comments:

sI tEDI said...

perlu duit untuk hidup!!

zaradgreat said...

betul cakap tedi ..
heheeh
untuk hidup perlu duit

Dak Wan said...

Duit itu perlu, tetapi tak perlu terlalu taksub dengan duit hingga kita jadi hamba duit.

rizputra7 said...

perlu kedua2...