KLIK!

Friday, December 18, 2009

BapAk bOreK anaK rintiK

Pasti kalian semua sinonim dengan peribahasa ini kan? Peribahasa yang mengisahkan tentang sifat mahupun sikap yang diturunkan oleh kedua orang tua kepada anak-anaknya. Tapi bagi miera, perkataan "bapak" boleh merujuk kepada golongan yang lebih tua,tidak kiralah ada pertalian darah mahupun tidak dan "anak" itu pula merujuk kepada golongan yang lebih muda.

Kadang-kadang bila melihat keadaan sekeliling, melihat setiap pergerakan dan pertuturan golongan yang lebih tua membuatkan miera berfikir panjang. Ada yang cakap tak serupa bikin pun ada. Kata golongan yang lebih tua ni, kene menghormati ibu bapa, mak ayah. Jaga hati mereka walau sehebat mana pun anda suatu hari nanti. Tapi akhirnya, tuan punya badan yang menasihati yang tak mengamalkannya.Ini cerita benar ye, bukan lah cerita yang direka semata-mata.

Ada yang suruh anak-anak muda nie solat/sembahyang/mengaji itu ini bagai. Tapi?? diri sendri?? haram nak menjaga!

entahlah..benar, ingat-mengingati itu dituntut. Tapi mengingati diri sendiri itu lebih penting rasanya. Nak membetulkan orang lain, kene betulkan diri sendiri dulu bukan? dan sememangnya setiap insan tidak sempurna, tapi kita perlu berubah untuk penambahbaikkan bukan? bukan hanya kereta mahupun rumah je perlu di renovate, diri sendri pun kene juga..

Macam mana agaknya anak-anak muda nak berubah kalau contoh depan mata pun buruk-buruk belaka? so, tidak hairanlah kalau anak-anak muda ini melawan cakap/kurang ajar dengan ibu bapa sendiri, jiKalau si ibu bapa pun melakukan perkara kurang ajar dengan mak bapak mereka kan?! Allah itu Maha Adil..bila kita buat kat orang, suatu hari kita pasti kita kene balik.. (arrrghhh,ayat da berbelot-belit..faham ke?)

p/s ~ yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan=D

6 comments:

zella said...

slm kenal...

btul tu...kepimpinan melalui tauladan..btul x??

miera said...

salam kenal jua zella..
betol kata awak..kepimpinan melalui tauladan..lebih berkesan=D

intan.maisarah said...

salam
mana tak tumpahnya kuah..kalau tak ke nasi

ada.m0khtar said...

sokong gak... macam ketam mengajar anak berjalan kan

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
hMm..agree with u..tp aCt selain melibatkan orang2 tua, penyakit 'cakap tak serupa bikin' nie ramai yG hadapi..kan..
bukan salah menegur walau diri sendiri tidak betul, c0z nak tunGgu semua betul mmG bukan upaya kita..cuma salah menegur bila diri tak betul dan langsung tak pernah usaha menuju upaya tu...

Awang said...

salam,

mira makin aktif ber-bloggging nampaknya.. heheh

ikut juga kot, peribahasa tu mungkin tak dapat di-apply kat sume keadaan

cuba kita soroti contoh zaman lalu dalam Quran,

1. ayah kepada Nabi Ibrahim AS tu merupakan penyembah berhala, tapi Nabi Ibrahim AS tak ikut jejak langkah ayah die.

2. Nabi Adam AS ayah yang soleh, tapi salah sorang anaknye tak menjadi. yang lagi sorang ok je.

Sekadar menyebut beberapa contoh, kesimpulan saya, iman tak dapat diwarisi ;)