KLIK!

Tuesday, December 15, 2009

LeLaki terDesAk?


Lelaki zaman millenium sekarang ini terdesak sangat ke nak cari pasangan hidup? kalau tak salah miera,bilangan wanita semakin ramai dan lelaki pula semakin sedikit. So,maknanya kami sebagai kaum wanita yang patut "terdesak" mencari pasangan. Tapi, rasanya bagi miera,tak mungkin miera akan menunjukkan perlakuan yang di luar batasan tu. Maaf,kalau entry kali ini agak sentitif bagi sesetengah pihak. Tapi, miera tahu tidak semua lelaki di luar sana berperangai sebegini.

Situasinya begini. Salah seorang kawan rapat miera, ms.N mendapat panggilan daripada nombor yang tidak kenali. Kali pertama panggilan tersebut, Ms.N tak menjawab. Tapi, kali kedua selepas deringan yang berpanjangan, akhirnya Ms.N jawab jua panggilan tersebut.

Ms.N menjawab panggilan tersebut seperti biasa. Bertanya siapa, tujuan dan bagaimana si jejaka tersebut mendapat nombor telefon tersebut. Dan jawab si jejaka tersebut, dia saja-saja tekan nombor tu,secara random katanya. ok, bagi miera tak kisahlah secara random ke apa. Tapi, apa yang membuatkan miera hairan apabila si jejaka ini bertanya tentang Ms. N nie single ke?ada pakwe tak? duduk mana? dan yang paling penting si jejaka ini dengan rela hati mengaku yang dia adalah single!

Apabila dengar pengakuan ikhlas tu, Ms N agak berang dan bengang, Ms. N dah xlarat nak melayan dan mungkin Ms N agak kasar menjawab setiap pertanyaan. Dan yang menjadi kemuncak segala cerita apabila si jejaka ni sempat memberi ceramah percuma. Katanya, kita kan orang timur penuh dengan kesopanan dan kesusilaan..dan bla bla bla.. tapi,pernah tak si jejaka ni berfikir yang apa dilakukannya tu termasuk ke dalam tata susila rakyat timur ke? mengganggu orang len dengan panggilan sebegitu? Macam tu ke caranya mencari pasangan hidup aka makwe/girlfried?

Nak tau apa yang menyebabkan si jejaka ini berhenti menggangu? Ms. N dengan bangganya mengaku yang dia adalah isteri orang dan ada anak 4. Bile ditanya nak ke?, terus si jejaka tersebut mengalah dan memberhentikan gangguan panggilan telefon dan sms.

Hmmmm...agaknya apa yang difikir oleh si jejaka ini yer? Mencari pasangan melalui panggilan secara rambang? Mencari perempuan untuk dipermainkan? ada sesiapa yang ingin menjawab persoalan miera atau ada sesiapa yang ada pengalaman yang sebegitu rupa?



19 comments:

Aidi-Safuan said...

haha...pompuan ramai carik mat negro.kesian kat kami kaum laki nih ketandusan gadis melayu.sob2

miera said...

to aidi-safuan...
yeke ramai??xdelah ramai sangat kan?kalau da jodoh nak wat camne kan?=D

ayisy said...

salam. lelaki terdesak? emmm.. memang ada lelaki camtu. selalunya lelaki mcm tu miang kot. hak3! Kalau 1st time atau mula2 telefon dah tanya status dah ada pakwe@makwe ke belum nampak sangat terdesak dan gelojoh. Hehe..

miera said...

salam ayisy..
betol2!kemiangan mereka ni sgt terserlah!1st call da tanya status,pe punye keje la tu?

zool said...

Hm.. tak de la terdesak sampai camtu sekali..

miera said...

to zooL...
ini hanya pendapat peribadi jer..jgn marah erk=P

ariff said...

hm. kesiannya. ada lagi orang macam tu

miera said...

to ariff
agak kesiaannn,masih ada lelaki memilih cara sebegini..hmmm

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
hehE..trsenyum s0rg2 bace entry miera kali nie..
bukan apa, kesian kat mamat tu..
huHu..sape la yG boleh bimbinG dia kembali ke jalan yG benar agaknya...

miera said...

salam saudara azrai..
pelik kan zaman skrg nie?bnyk cabaran..kemudahan seperti telefon nie kadang2 sering disalahguna oleh sesetengah pihak..hmm..kene betolkan mentaliti sesetengah orng nie=)

..::Elm3 Ak3M::.. said...

eloo..
llki tedesak? ish3..masih ada juga ea llki wat cam tu pikir kn dh pupus hikhik..keciann mencari jodoh d dlm telepon..mengaku single..beri ceramah free..last2 dpt malu..hahaha

miera said...

hello Elm3 Ak3M..
pelik kan bile dye pulak yang cube membetulkan kita??teringin nak taw pe yg sebenarnye si jejaka tu harapkan bile dye wat sebegitu..

Budak Malu818 said...

salam..
itu,bukan terdesak..
tuh,nak carik mangsa..

miera said...

salam budak malu818
mungkin tu salah satu agenda rasanya..

Sharinginfoz said...

ramai yang terdesak ke???

bosan2 singgah le

mytee said...

salam..tumpang lalu

nadiah fatihah said...

haha! aku ke? name aku pon start ngn huruf N gak...hehe

HEMY said...

hehehe..ni bukan terdesak cari teman hidup..ni terdesak nk fuck je ni...tak sama okeh..ehehe

salam singgah

intan.maisarah said...

salam.
haha selalu juga dapat panggilan begitu,
mungkin no cell sara sangat hot dipasaran agaknya..

senang aje nk ajar mereka,
jawab panggilan mereka.
lepas tu letak phone kat tepi.
heh
saje bagi kredit mereka abis begitu saja