KLIK!

Monday, December 14, 2009

mALaysiA menang!! 3-1


Salam 1 Malaysia!!!

GGGGOOOOLLLL!!! Perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Laos memberikan hasil 3-1!! Dan untuk pertama kalinya miera menyaksikan perlawanan bola sepak sepenuhnya!!tak berganjak walau seinci pun dari tempat duduk tadi. Penuh tempat duduk di cafe tadi .Yang pasti kaum lelaki la yang monopoli. Hanya ada 3 meja je yang diduduk oleh kaum wanita. Nasib baik gak tadi kami datang awal sebelum cafe itu diserbu lelaki-lelaki ini.so,tak de lah malu sangat.

Agak puas pabila masa yang dihabiskan dibayar dengan keputusan yang memuaskan! Malaysia akan kembali berentap dengan Vietnam sekali lagi di pertandingan akhir nanti. Moga-moga keyajaan itu di pihak Malaysia. Sama-sama kita nantikan.

3 gol tadi dijaringkan oleh saudara Baddrol dengan 2 jaringan gol dan saudara Safiq(rasenya,xpasti namanya) dengan satu jaringan. Miera yang sebelum ini tidak pernah mengenali dan mengetahui kewujudan Baddrol nie,terus tahu!hehehehe..kredit untuknya. Jaringan yang dilakukan pun agak cantik bagi miera. Kredit juga diberikan kepada pemain penjaga gol Malaysia!sangat cekap dalam menahan bola yang datang.

Moga di perlawanan akhir nanti, pemain Malaysia akan bermain habis-habisan. Menebus kempunan rakyat Malaysia mungkin. Jikalau menang, alhamdulillah..Kalau kalah,jangan mudah putus asa. Masuk ke separuh akhir merupakan satu langkah ke hadapan. Kepada rakyat Malaysia, kalau menang, jangan dijulang habis-habisan, dan kalau kalah jangan pula dikutuk bermati-matian. Kesederhanaan itu penting.

btw, CONGRATZ MALAYSIA!!!


gambar di atas adalah situasi tegang penonton yang ada di cafe tu..miera pun tegang gak tau bila Laos berjaya sumbat gol pertama!=D



8 comments:

Mr. J @ pengerindu.com said...

haha.. menarik malaysia menang. i dah agak

Hang TuARC said...

aku hampir xcaye+bangga

miera said...

mr J @ pengerindu.com

you da agak ke mr.J??wahhh..leh jadi pak junum negara ni!!hehehe

miera said...

to Hang Tuarc

miera pun hampir xpercaya, tap Malaysia mampu buktikan Malaysia BOLEH!!
sama2 kita nantikan pertndingan akhir nanti!

Farhana said...

Haha.. Pi kdai makan tadi pn rmai gile orang dok nengok bola. Aiseyyy.. Ku tak nengok pn, tapi bila orang jerit gol ku join skali jek.. Ahaks..

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
huHu..Tahniah buat pasukan b0la U23 negara..
mutu prmainan mmG brtambah bagus brbanding tahun2 sebelumnya..chaiy0k2!!

nadiah fatihah said...

eh npe ak nmpk cm kenal je org dlm gmbo ko tuh?haha

zack zukhairi said...

laki yg call tu mesti nerd yg x ensem langsung. hakhak