KLIK!

Friday, December 4, 2009

nAK buAT maKsiaT??meh,BaCa ini duLu!

5 SYARAT unTuk berbuat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba IshaK! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksananakannya, maka kamu boleh melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "kalau kamu sudah memahamiya, masih mampukah memakan rezekinya,sedangkan kamu selalu keinginan melanggar laranganNya?"

"Yang ke-2",kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat,jangan tiggal di bumiNya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak makan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu langgar segala laranganNya?" "Ya!Anda benar",kata lelaki itu

Dia kemudian menyatakan syarat yang ke-3. Ibrahim berkata, "Kalau kamu masih bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat olehNYA!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih keinginan melakukan maksiat?",kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang ke-4.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, "ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh." Kemudian, lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematian,lalu bagaimana boleh kamu boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang ke-5?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringimu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan kamu ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini, aku bertaubat kepada Allah", katanya.

p/s~renung-renungkanlah..Adakah kita ingin mengorbankan kebahagian hakiki untuk menikmati kebahagian sementara. Sekadar perkongsian bersama malahan teguran untuk diri ini yang alpa.

3 comments:

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said...

assalamualaikum.. paling penting, buatlah maksiat d tempat yg Allah tak nampak.. kan???

miera said...

waalaikumsalam wbt..betol2!agak2 sape leh taw cara n tempat,leh la kongsi...hehehe=P

FdausAmad said...

salam,

Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.Rilek rilek.

selambe...