KLIK!

Saturday, December 5, 2009

sEbaB uTamA LELAKI ke NERAKA

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan di tarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.Mereka itu adalah

1. AYAHnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak akan memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau hanya dengan memberi kemewahan dunia sahaja. MAka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. SUAMInya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. ABANG-ABANGnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. ANAK LELAKInya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, menfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawab di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.


Firman Allah s.w.t
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."


3 comments:

akhatam said...

Wah artikel ini bagus banget yak.. keep blogging deh...

miranasib said...

tima kasih ya akhatam...moga mmberi manfaat bersama=D

malaikat said...

ya benar